MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Friday, July 06, 2007

kesesatan wahabi

KESESATAN WAHABI




SEJARAH RINGKAS MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi ( gambar) dilahirkan sekitar tahun ( 1115H @ 1703-1787M ) di daerah Najd . Ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz di dalam kitabnya menyatakan Muhamamd Abdul Wahab lahir pada tahun 1690M / 1111H . Sementara pada tahun 1694M / 1115H adalah pendapat segolongan Wahabi manakala pada 1703M / 1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M / 1121H.

Jadi di sini ada 4 pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab iaitu :

1. 1111H / 1690 : Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz
2. 1115H / 1694 : Pendapat segolongan Wahabi
3. 1121H / 1700 : Muhammad Iqbal
4. 1124H / 1703 : Ahli sejarah Barat.

Jikalau kita perhatikan pendapat tersebut maka jarak antara keempat - empat pendapat tersebut adalah kira 13 tahun , antara pendapat Shaikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafie Mekah juga ahli sejarah Hijaz dan Pendapat segolongan Wahabi adalah 4 tahun .manakala pendapat yang terbaru seperti Muhammad Iqbal dan Ahli sejarah Barat juga berbeza., jadi kita tinggalkan dulu tentang tarikh kelahirannya.

Sementara itu ayah beliau merupakan penentang kepadanaya anaknya sendiri juga seorang qadhi pada zaman pemerintahan Abdullah bin Muhamd bin Hamad bin Abdullah bin Mua'mar mashyur dengan gelaran 'Sohib Al-Uyainah' , manakala datuknya pula adalah seorang mufti.

Muhammad Abdul Wahab sebelum berpindah ke Harimalah sebuah perkampungan di Najd , beliau telah belajar dengan ayahya di dalam mazhab Imam Ahmad bin Hambal ketika itu Muhammad Abdul Wahab masih remaja.

Segolongan wahabi berpendapat beliau di katakan seorang yang cerdas , rajin membaca dan memutaalah kitab seperti tafsir , hadis , dan aqidah .Semasa beliau meninggalkan Al-Uyainah iaitu sebuah perkampungan di Najd beliau telah ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji dan seterusnya ke Madinah.Semasa di Madinah beliau bertemu dengan seorang alim iaitu Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif ( dari keluarga Saif ) .Di dalam pertemuan itu Muhhamd Abdul Wahab berkata :
..............................................



Sayid Mahmud Shukri Al-Alusi seorang penyokong wahabi di dalam kitabnaya : 'Tarikh Nadj' m/s 112 Maktabah Thaqafah Cairo , berkata : Muhammad Abdul Wahab mengingkar mereka yang beristighathah di maqam nabi .Kemudian dari Najd ke Basrah dan ke Syam.Ketika tiba di Basrah selama beberapa lama ( tidak di sebutkan tempohnya ) kemudian beliau bertemu dengan Syeikh Muhamamd Al-Majmu'i Semasa di Basrah Muhammad Abdul Wahab pun banyak mengingkari beberapa perkara , lalu masyarakat Basrah terasa dengan sikapnya dan kemudian beliau diusir dan dihalau keluar dari Basrah di waktu yang panas terik .Kemudian Muhamad Abdul Wabad diberi penempatan oleh Syeikhnya Muhamamd Al-Majmu'i.

Setelah itu Muhammad Abdul Wahab meninggalkan Basrah dan semasa di pertengahan jalan antara Basrah dan negeri Az-Zubair di waktu yang sangat panas dengan keadaan beliau yang berjalan kaki , haus dan dahaga , beliau pun bertemu dengan seorang lelaki dari negeri Az-Zubair yang bernama Aba Humaidan , yang merupakan seorang ahli ilmu lalu memberikanya minuman dan seterusnya membawanya dengan menunggang himar menuju ke negeri Az-Zubair .

Kemudian Muhammd Abdul Wahab pun berhasrat menuju ke Syam akan tetapi beliau kesempitan wang , lalu membatalkan hasratnya ke sana, dan seterusnya beliau ke Al-Ahsaei dan bertemu dengan Syeikh Abdullah Bin Muhamamd Ibnu Abdull Latif As-Sayfe Al-Ahsaei.
Kemudian beliau pun meninggalkan Al-Ahsaei dan menuju ke Harimalah di Najd.
Sementera itu ayah beliau Syeikh Abdul Wahab meninggalkan perkampungan Al-Uyainah pada tahun 1139 selepas kewafatan Abdullah bin Mua'mar .Kemudian Muhamd bin Hamad dilantik mengantikan ayahnya dengan menggunakan gelaran 'Khorfaash.'


Sementara itu Muhamd bin Hamad dan Syeikh Abdul Wahab berlaku sedikit perselisihan , lalu Syeikh Abdul Wahab ( ayah Muhammad Abdul Wahab ) pun meletakan jawatan qadhi di Al-Uyainah lalu menuju ke Harimalah dan menjadi qadhi di sana, kemudian tempatnya digantikan oleh Ahmad bin Abdullah bin Abdul Wahab bin Abdulllah.

Setelah Muhammad Abdul Wahab tiba di negeri Harimalah beliau sentiasa bersama dan belajar dengan ayahnya sehinggalah pada satu ketika ahli Nadj menolak secara terang-terangan ajaranya , lalu berlalulah perbalahan , perjidalan antara Muhammad Abdul Wahab dengan ayahnya sendiri .Begitulah juga berlalu banyak pertentangan dan perdebatan yang amat teruk antara beliau dengan penduduk Harimlah di Nadj sehinggalah di akhir dengan kewafatan ayahanya pada tahun 1253H. Setelah kewafatan ayahnya maka Muhammad Abdul Wahab pun mengistiharkan ajaranya maka ramai di kalangan penduduk kampung yang menolaknya dan tidak sedikit juga yang mengikutnya .

Pada masa itu negeri Harimalah mempunyai 2 qabilah, pada asalnya merupakan satu qabilah sahaja tetapi masing -masing mahu mengaku mereka adalah ketua.Salah satu di antara qabilah tersebut adalah abid (hamba) yang di katakan namanya Al-Humayan adalah seorang yang jahat , lalu Muhammad Abdul Wahab pun ingin melarangnya dan mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menyerunya melakukan berbuat kebaikan .

Kemudian pada satu malam dalam diam-diam abid tersebut ingin membunuh Muhmmad Abdul Wahab.........................

Kemudian Muhammad Abdul Wahab pun melarikan diri ke negeri Al-Uyainah yang pada masa itu di ketuai oleh Usman bin Hamad bin Mu'amar lalu keduanya pun bertemu maka Muhammad Abdul Wahab berkata ; Aku berharap agar engkau dapat membantu kalimah ( la ilaha illah ) nanti Allah akan memberikan engkau dan menganugerahkan engkau kawasan Najd dan penduduknya.

Maka pemimpin Al-Uyainah iaitu Usman bin Hamad bin Mu'amar pun membantu Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya serta menghapuskan kemungkaran dengan ganas.Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya menebang pokok dan menghancurkan qubah di perkuburan seperti Qubah Zaid bin Al-Khattab di Jabilah .

Setelah itu Muhammad Abdul Wahab pun menyampaikan berita tersebut kepada Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri iaitu Sohib Al-Ahsaei dan kawasan di sekitarnya , kemudian Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri pun menulis surat kepada Usman bin Hamad bin Mu'amar katanya ;

.............sesungguhnya lakukan apa yang dilakukan katakanlah apa yang dikatakan , maka apabila sampai surat ini kepada engkau maka peranginya, apabila engkau tidak membunuhnya maka kami akan membunuhnya ,engkau .............. kami di sini Al-Ahsaei

Setelah itu keluarlah lebih kurang 200 ribu pengikut Muhamamd Abdul Wahab bersama makan dan pakain

Apabila surat itu sampai kepada Usman bin Hamad , dan di dapati surat itu tidak ada sebarang percangahan , lalu beliau pun serahkan kepada Muhammad Abdul Wahab dan menceritakan bahawa surat ini datangnya dari Sulaiman bin Muhammd bin Azizi Al-Hamiri iaitu Sohib Al-Ahsaei .............................................


Ada yang menyebutkan bahawa setelah itu Muhammad Abdul Wahab pun ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama' fuqaha' lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke Al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya (Amir Al-Uyainah ).

Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di Al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke Ad-dar'iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada tahun 1165H / 1744M.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi " Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati)" .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd


KAWASAN NAJD

Penduduk Najd pada ketika itu terbahagi kepada dua golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi, kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.


PERJANJIAN BERSAMA AMIR SAUD DI AD-DARY 'IYAH PADA TAHUN 1744H
( 1165M)

Selepas Amir Muhammad Saud dan saudara tuanya Abdul Aziz mengetahui kedatangan Muhammad Abdul Wahab maka beliau (Amir Muhammad Saud) memuliakan serta meraikannya dengan penuh kegembiraan .Selepas memberi salam dan mempersilakan masuk mereka pun berkata.

Amir Muhammad Saud : Ya Shaikh Muhammad Abdul Wahab, Aku gembira pada negeri yang baik dari hal negeri engkau ,dan aku juga gembira dengan kedudukan dan keenakkan.

Muhammad Abdul Wahab:Ya Amir Muhammad Saud ! Aku akan mengembirakan engkau dengan kekuasaan dan keteguhaan serta kemuliaan .Dan inilah kalimah la ilaha illah barang siapa yang berpegang dan beramal dengannya serta membantunya nescaya akan memperolehi baginya negara dan agama ,iaitu kalimah Tauhid yang pertama diseru oleh sekelian rasul dari dahulu sehinggalah sekarang. Adakah engkau lihat bagaimana keadaan negeri Najd dan meneliti sehabis-habisnya .Sesungguhnya mereka ( penduduk Najd ) bergelumbang dengan berhala dan tenggelam di dalam kesesatan dan kesyirikan,mereka buta di dalam mencari jalan kebenaraan dan petunjuk.Mereka melakukan perkara yang haram dan kembali di dalam kehidupan jahiliyah lalu berperang sesama sendiri.Kehidupan mereka amat buruk,dan aku amat berharap kepada engkau di atas kedua tangan engkau yang mulia untuk menghapuskan mereka yang sesat ini , Insyallah engkau akan ditabalkan menjadi Imam yang akan menyatukan orang-orang muslimin di kalangan keturunan engkau sehingga kini dan akan datang. Nescaya Allah akan menjadikan engkau Manrul Huda (Cahaya Petunjuk). Selepas Muhammad Abdul Wahab memujukanya dan merayu tanpa berfikir panjang Amir Saud pun menjawab.

Amir Muhammad Saud :Ya Shaikh Muhammad Abdul Wahab ! Agama ini ,agama Allah dan Rarul-NYA,yang tidak boleh dipertikaikan lagi .Aku teramat gembira dengan bantuan dan candanganmu ,dan kita akan sama-sama berganding bahu untuk melancarkan serangan jihad kepada mereka yang mengingkiri Tauhid ( Tauhid Muhammad Abdul Wahab)

Sejurus selepas itu mereka pun berbaiah dan bersalaman tanda persepakataan dan persetujuan untuk menyebarkan agama di atas landasan Jihad.

Selepas perjanjian tersebut mereka menubuhkan Markaz Dakwah yang berpusat di Ad-Dar'iyah yang diketuai oleh Amir Muhammad Saud sendiri berasaskan agama, politik dan serangan jihad. Berdasarkan landasan agama mereka cuba menghapuskan beberapa cukai lalu menggantikannya dengan zakat,mereka menyeru kepada Tauhid seperti solat berjemaah dan Jumaat,mengajar al-Quran dan sebagainya, oleh kerana ketiadaan asas pegangan agama yang kukuh masyarakat Badwi pada ketika itu mudah menerima ajaran tersebut. Manakala dari sudut politik mereka cuba berbaik-baik dengan beberapa kabilah badwi arab serta berjanji akan menabalkan mereka sebagai ketua negeri seperti yang berlaku di atas keluarga Saud, sementara serangan jihad ke atas mereka yang ingkar. Dengan ini sekaligus menjadikan Ad-Dar'iyah sebagai Pusat Islam yang menghimpunkan masyarakat Islam ,sebagimana yang dilakukan oleh nabi bersama sahabatnya di Madinah selepas hijrah. Setelah kematian Muhammad Abdul Wahab sekitar usia 90 an pada tahun 1792M ( 1206H ) maka segala tampuk pemerintahan dunia dan agama diserahkan kepada pembesar-pembesar di kalangan keluarga Saud.


Kesimpulanya.

Bagi pendapat penulis,daripada rentetan peristiwa tersebut iaitu perjanjian Ad-Dar'iyah atau Perjanjian Muhammad Abdul Wahab dengan Amir Suad kita dapati bagaimana pujuk rayu dan kebijaksanaan Muhammad Abdul Wahab menawan pemikiran Amir Saud yang kononya untuk menyebarkan agama yang benar ,seolah-olah Nabi Muhammad yang diutuskan ke dunia ini khususnya di bumi Hijaz iaitu Mekah dan Madinah tidak meyampaikan ajaran Tauhid ,atau dengan kata lain Nabi Muhammad tidak berjaya melaksanakan ajarannya sehingga ada beberpa daerah seperti di Najd telah melakukan amalan yang bertentangan dengan agama seperti syirik, bidaah dan kembali ke alam jahiliyaah seperti mana dakwaan mereka. Selain dari itu Muhammad Abdul Wahab berjanji akan mengangkat martabat keluarga Saud sebagai ketua dan imam bagi seluruh umat Islam yang akan diwarisinya turun temurun.Tanpa berfikir panjang dengan sikap kebadwianya yang terburu-buru dan jahil serta gilakan kuasa, terus menerima lamaran tersebut sehingga mengakibatkan bencana dan maka perata terhadap umat Islam .Apatah lagi ajaran mereka di dalam penyebaran dakwah ini berasaskan peperangan dan serangan jihad lalu merosakkan harta benda umat Islam.Mereka juga mendakwa bahawa Rasulullah juga melancarkan serangan jihad terhadap mereka yang bercanggah dan melawan agama Tauhid. Pejanjian ini secara langsung mahu pun tidak telah memperkukuhkan ajaran Muhammad Abdul Wahab dan keluarga Saud sehingga ke detik ini.


ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama' al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama' al-Harmain bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka Akhirnya Ulama' al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam. Ulama' Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar'e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar'iyah ( sekarang ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M


WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji ,lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan .Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah As-Syarif Ghalib b. Musaaid b. Said b. Saad b. Zaid, akhirnya berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban sehingga golongan Wahabi akhirnya dapat menyebarkan dakyah mereka dan membentuk beberapa kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah.

Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa'edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak, sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah. Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga mereka berasa amat takut sebagaimana yang berlaku di Taif. Penduduk Mekah tidak dapat berbuat apa-apa, akhirnya golongan Wahabi buat pertama kalinya memasuki kota Mekah pada 8hb Muharram 1218H lalu menetap di sana selama 14 hari dan melakukan kerosakkan serta melarang daripada menziarahi maqam ambiyak dan awliyak

Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif, setibanya di sempadan Jeddah mereka gagal menangkis serangan Amir as-Syarif sehingga ramai tentera mereka yang terkorban, kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu'ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka


WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa'edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah.

Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh 'Bilik Nabi' dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama' melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi .Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe' seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya " lambang bulan sabit " yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat.

( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul An-Nadhirin fi Tarikh Masjid Al-Aw'walin Wal Akhirin oleh Syed Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani Al-Barzanji)

Mereka juga melarang jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan sebagainya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun.


SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI

Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal pulang ke Mesir. Kemenangan ini disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H / 1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan al-Amir Faisal


SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra' dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa'edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.

Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz daripada Mesir ,As-Syarif Ghalib telah menangkap Osman Al-Mudayyiqi yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum As-Syarif Ghalib ibnu Musa'd lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa'd untuk memuliakannya di Mekah .

Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu dihukum bunuh, kepalanya di gantung di " Bab As-Saraya " seperti Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehinggalah beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya'ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan 'Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka.

Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggungjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar'yah kemudian melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka.


BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha.(abang tua) Sementera itu Amir Wahabi Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar'yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit sehingga berakhir pada bulan Zul Qa'edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.


AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ;

Muhammad Ali Basha : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ?
Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ).
Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?
Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami
Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.
Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus
Muhamad Ali Basha : Apa ini ?
Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya bersama ku.
Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini, di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud.
Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)
Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif.
Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar'yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi'ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di "Bab Hamaayun " manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh di beberapa tempat dan sudut . Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.


SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI

Ramai di kalangan Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang mu'tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi. Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke 'Bab as-Thani' mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan Wahabi bahawa mereka adalah penduduk Mekah , seolah-olah semacam berlakunya Qiamat. Setelah itu berhimpunlah sekelian ulama' di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni. berbunyi : Wahai! Ulama',Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..………………………

( Sila rujuk Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal'uni at-Tamimi al-Kadzabi)

Kemudian ada pula daripada Ulama', Qadhi, Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama' menghukumkan kafir dan wajib Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu, barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa khilaf menulis surat kepada Amir Mekah ,sebaik sahaja menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah, kemudian seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah

(Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86 )

Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang mukhalif atau ingkar kepada Imam al'Azam sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata lalu berhasrat untuk menentang Imam al'Azam, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi dengan mengatakan bahawa kewafatan nabi bererti tiadanya kewajipan memmebyar zakat setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij.

( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Sayafe")


MUHAMMAD ABDUL WAHAB MEMBAWA AGAMA BARU

Secara ringkasanya Muhammad Abdul Wahab telah membawa agama baru,ini terbukti melalui beberapa kenyataan ahli sejarah:


1. Seorang lagi ahli sejarah Soviet Vladimir Lewisky ( 1906-1962) di dalam kitabnya :'Tarikh al-Aqtar al-Arabiah al-Hadis " terjemahan Afifiah al-Bastami cetakkan Darul Taqaddum Moskow 1977 m.s. 95-97 "Selepas beliau pulang dari Najd sekitar umur 40 tahun, beliau pun berkhutbah di hadapan penduduk badwi Najd untuk mengajarkan agama baru............ Beliau juga telah mengharamkan tuak, tembakau dan kopi dan beberapa alat bunyian. (ad-Dakwah al-Whabi dr M. Kamil m..s. 242 ).


2. Bekata John Roymond penulis Perancis dalam bukunya 'Memoires sur I'origine des wahabys p. 5." berkata "Abdul Wahab (ayahnya ) pada peringkat awalnya telah menerima dakwah anaknya, akan tetapi agama (ajarannya) secara sunyi ini tidak disebarkan secara terang terangan melainkan sedikit daripada sahabatnya yang mempercayainya dengan keiklasannya dan menyembunyikan secara rahsia. Maka selepas kewafatan ayahnya barulah Muhammad Abdul Wahab menyebarkan dakwah beliau secara terang terangan
(ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 47-48.)


3. Berkata ahli sejarah Turki George Basha beliau berkata " Adalah ahli Najd sejak 600 tahun lalu telah syarik, jahil dan sesat dan tidak mengetahui agama Islam......... ketika mana Muhammad Abdul Wahab menyampaikan ajaranya ramailah di antara mereka yang menerimanya di sebabkan tiada pegangan agama ,dan mereka juga tidak mengetahui bahawa mazhab yang dibawa olehnya ( Muhammad Abdul Wahab) adalah bertentangan dengan pegangan mazhab Imam Ahmad bin Hambal yang hanya menasabkan sebagai simbol sahaja . Daripada apa kecenderungaan dan minat mereka (orang Badwi ) pada agama baru ini, bahawasanya Muhammad Abdul Wahab menghalalkan bagi mereka untuk membunuh orang-orang muslim serta merampas harta mereka.
(ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 234.)


4. Berkata ahli sejarah Denmark Crystal Nebahor di dalam bukunya bertajuk "Wasfu Jazirah Arab" beliau adalah antara orang Barat pertama yang membahaskan tentang pergerakkan Muhammad Abdul Wahab. Selepas beliau menziarahi Yamen, persisiran Teluk, Iraq, Syam pada kurun ke 18 dan antara tujuannya adalah untuk menemui Muhammad Abdul Wahab di ad-dar'yah, akan tetapi dengan sebab keselamatannya beliau tidak dapat sampai ke daerah Najd, lalu beliau mengambil berita pergerkkan tersebut di Basrah yang tidak jauh beza daripada apa yang sebenarnya , kemudian buku tersebut telah diterjemahkan oleh Dr Munir al-'Ajlaani di dalam kitabnya "Tarikh al-Bilad al-Arabiah as-Saudiah" jilid 1 iaitu {Sejarah Negara Saudi Arabiah }

katanya : " Selepas beberapa tahun beliau (Muhammad Abdul Wahab) pun membentuk firqah jadid bahkan agama baru. Katanya lagi; Selepas beliau pulang dari Najd ,beliau kemudiannya menyeru seluruh penduduk Najd kepada pemikiranya iaitu agama baru. Katanya lagi; Bahawasanya Muhammad Abdul Wahab berpendapat Sesungguhnya Muhammad, al-Masih, Musa dan semua ambiyak adalah lelaki yang agung dan mereka layak untuk dimuliakan, akan tetapi beliau ( Muhammad Abdul Wahab) tidak mempercayai kewujudan kitab Allah, kitab yang diturunkan dari langit atau yang diturunkan melalui perantaran Jibril .Aku tidak tahu sama ada kamu percaya atau tidak ,kerana orang badwi mereka berkata pada diri mereka, mereka adalah Muhammadun (umat Muhammad ) akan tetapi mereka tidak mengenali Muhammad dan memahami al-quran.
( lihat ad-Dakwah al-Wahabi .Dr M. Kamil m..s. 236-238 )


Walaupun pendapat ini diambil dari orang barat tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya , dengan erti kata lain ahli baratlah yang sebenarnya mengambil pendapat ini daripada beberapa tokoh ulamak Islam seperti Syeikh Ahmad Zaindi Dahlan.

5 Manakala di dalam ( Majalah Islam Watan keluaran April 1999 tahun ke 13 bil; 149 Muharam 1420 .m.s 7 ) Shaikh Syaid Muhammad 'Ala an-Din Madhi Abu al-'Azaim" Yang nyata dari hal Muhammad Abdul Wahab bahawasanya beliau mendakwa sebagai nabi, melainkan beliau tidak mampu menzahirkan secara terang-terangan dan adalah pada awal perlaksanaanya sukalah bagi saya menyingkap sejarah Musilamatul Kazab , Sajah, Al-Aswad dan Tuliakh kesemua ini adalah pendusta agama. Mereka menyembunyikan pengakuan beliau sebagai nabi, dan jikalau memungkinkan beliau untuk menzahirkan ,maka beliau akan berkata : Aku diutuskan kepada kamu untuk membawa agama yang baru ,kerana itu beliau mengkafirkan sahabat dan bertopengkan mazhab Hambali, dan tidak menerima agama nabi Muhammad melainkan al-Quran dan mentafsirkan mengikut hawa nafsu serta menolak pandangan ulama silam.

Sejarah ini tidak ubah seperti mana yang berlaku kepada Musilamatul Kazab di Nadj mari sama-sama kita perhatikan : Berkata Ibnu Ishak: Adalah Musailamah b. Habib al-Kazab telah menulis sepucuk surat kepada Rasulullah katanya ; Dari Musilamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah Salam Sejahtera. Dengan ini , Maka sesungguhnya aku ingin berkongsi bersama kamu (Nabi) pada urusan ini maka bagi kamu sebahagian bidang tanah dan bagiku sebahagian bidang tanah. Hadis ini mengisahkan tentang bagimana Musailamah al-Kazab ingin berkerjasama sebagai Utusan Allah untuk menyebarkan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi,lalu berjanji akan membahagikan sebahagian bidang tanah untuknya.

Begitu jugalah persepakatan dan perkongsian Muhammad Wahad bersama Keluarga Saud lalu beliau melebarkan empayarnya sehingga ke persisiran Teluk, selepas Muhammad Abdul Wahab bernaung di bawah keluarga Saud, untuk mengukuhkan kedudukkannya serta menyebarkan dakyahnya secara tersembunyi maka akhirnya terciptalah sebuah kitab yang berjudul 'At-Tauhid' yang tidak lain hanya memuatkan perkataan syirik, sesat, bidah yang menyelubungi umat pada zaman ini. Muhammad Abdul Wahab tidak menzahirkan dakwahnya sehinggalah kematianya ayahnya pada 1153H,

Ini terbuki daripada kajian ahli sejarah Ibnu Bisr katanya: "Ramai daripada mereka yang mengingkari (ajaran Muhammad Abdul Wahab ) dari semua aspek sehinggalah berlakunya pertentanggan antara beliau dan ayahnya, juga terhadap keluarganya serta penduduk Badwi Najd sendiri maka beliau pun membentuk ajarannya dalam tempoh dua tahun sehingglah di akhiri dengan kewafatan ayahnya pada 1153H kemudian mengistiharkan dakwahnya ke seluruh penduduk Najd .
( Tarikh Nadj .jilid 1 Tahun 1973 m.s. 21-22 & ad-Dakwah al-Wahabi Dr M. Kamil m..s.39.-48 )



MUHAMMAD ABDUL WAHAB MEREKA-REKA DAN MENCIPTA SERTA MENTAFSIRKAN AYAT AL-QURAN MENGIKUT HAWA NAFSU.

1. Di dalam surah an-Nisa' ayat 117-121-beliau telah mentafsirkan ayat ini dengan mereka-reka seperti berikut

" Keadaan orang-orang musyirikin pada zaman ini bila mana mereka berkata Wahai Siti Khadijah, Wahai Siti Fatimah, Wahai Siti Rabiyah, Wahai Siti Ruqaiyah atau yang seumpama dengannya ,kesemua panggilan tersebut adalah seruan syaitan kemudian mereka memotong bahagian angotanya seperti telinga lalu berkata ini untuk Si polan.. ."

Ini juga antara beberapa penyelewengan Muhammad Abul Wahab di dalam mentafsikan al-quran ,padahal ayat ini menceritakan kepada mereka yang menyembah selain daripada Allah lalu menamakan Tuhan mereka seperti al-Latta, al-Uzza dan al-Manan yang merupakan nama berhala wanita jahiliyah. Bagaimana pula Muhammad Abdul Wahab boleh mentafsirkan ayat ini dengan menyamakan Siti Khadijah, Siti Fatimah, Siti Rabiyah, Siti Ruqaiyah dengan al-Latta al-Uzza dan al-Manan adalah seruan syaitan sedangkan mereka tidak menyembahnya.Apakah mereka ini menyembah Siti Khadijah, Siti Fatimah, Siti Rabiyah, Siti Ruqaiyah ? Na'uzubillahhi minzalik

2. Katanya lagi " Barang siapa yang bersedekah, menyembelih binatang atau bernazar lalu berkata "Aku bernazar kerana Allah dan Rasul , Aku bernazar dan bersedekah untuk sahabatku kerana Allah" adalah syirik daripada kesesatan syaitan " Na'uzubillahhi minzalik

Tidakah golongan Wahabi melihat bahawasanya setiap manusia itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada amalan orang lain sabda nabi "Bahawasanya aku menyembelih 2 ekor kibasy dan memasaknya salah satu daripadanya untukku dan yang lain untuk umatku "

3. Di dalam surah al-'Anam 137 beliau mentafsirkan ayat al-quran seperti berikut " Seperti inilah yang berlaku dikalangan orang musyrikin (orang Islam) Arab dan Ajam sesungguhnya mereka menjadikan sesuatu daripadanya kerana Allah , nabi, awliyak, imam dan orang bangsawan , maka jadilah mereka orang-orang musyirikin yang keji "

Wahai! orang Wahabi yang jahil sebenar apa yang dimaksudkan oleh Allah ini adalah kata-kata orang musyirik " Ini untuk (makanan) berhala-berhala kami " bukannya nabi, wali ,imam .Sedangkan orang muslim menjamu untuk para tetamu mereka yang terdiri dikalangan, nabi ,awliyak, sahabat handai dan sebagainya .Di dalam hadis nabi baginda bersabda "Ini untuk Ummu Saad " Adakah syirik ? Adakah syaitan ?.Bagaimana pula Wahabi boleh menyamakan berhala dengan para nabi dan wali. Na'uzubillahhi minzalik ( Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'al ar-Risalati an-najdiyati m.s.72-76 cetakan Maktanah ar-Rahmah al-Muhdah -Mansuroh Mesir )



MENGHINA NABI S.A.W.

1. Berkata Muhammad Abdul Wahab 'Baginya (Nabi Muhammad itu ) reput di dalam kubur.' Inilah suatu penghinaan yang besar sebelum beliau mengistilahkan maqam nabi sebagai berhala umat Islam .Penghinaan sebegini sememangnya tidak harus dimaafkan .Dalam sebuah hadis

"Allah mengharamkan bumi untuk membinasakan jasad ambviyak dan nabi Allah itu hidup serta diberi rezeki '

(Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'Ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s. 80 cetakan Maktabah ar-Rahmah al-Muhdah -Mansuroh Mesir)



2. Muhammad Abdul Wahab juga seorang yang tidak menghormati nabi serta membuat
penyelewangan beberapa hadis nabi dan melarang umat Islam memuji-mujinya cukuplah sekadar menyebut Muhammad, Abdullah atau Rasulullah .

Katanya Maka telah pasti hadis ini larangan memuji Muhammad selain daripada lafaz Abdullah dan Rasulullah, bagaimana orang musyirik (orang Islam) pada zaman ini boleh memuliakan dan memujinya di dalam pusi, syair dan prosa Na'uzubillahhi minzalik
(Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'Ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s.23 baris pertama)


3. Muhamad Abdul Wahab mengangap bahawa nabi tidak mengetahui ( jahil ) akan kehidupannya sama ada semasa hidup mahupun selepasnya. Katanya Bahawasanya nabi tidak mengetahui (jahil) tentang kesudahanya pada kehidupannya,Bagaimana pula orang musyirikin ( orang muslimin ) mengetahui halnya selepas matinya ( nabi) "


Tidakah ini tandanya suatu penghinaan terhadap nabi ?, Apakah nabi tidak mengetahui tentang hal umatnya samaada hidup mahupun sesudahnya ?. Banyak hadis-hadis nabi yang menceritakan peristiwa-peristiwa kini dan akan datang yang telah diwahyukan oleh Allah kepada para rasulnya.
( Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'Ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s.47 & 40 cetakan Maktabah ar-Rahma)






MENGINGKARI ADAM SEBAGAI UTUSAN.

Berkata Muhammad Abdul Wahab; Ketahuilah bahawasanya Tauhid ialah mengesakan Allah subhanahu wata'ala dengan ibadah ,Ia ( Tauhid ) adalah agama para rasul yang telah Allah utuskan mereka,kepada hambaNYA. Maka yang pertama di kalangan para rasul mereka adalah Nuh 'alaihissalam kepada kaumnya ketika mana berlakunya kesyirikan dan penyembahan orang-orang soleh seperti Wadda, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang merupakan nama berhala yang mereka sembah dan yang terakhir di kalangan para rasul adalah Nabi Muhammad s..w. yang telah memusnahkan gambar-gambar lelaki soleh. ( Al- Iman wal-Ambiyak m.s. 8 & Al-Maqalat As-Sunniah oleh Shaikh al-Harari m.s. 235 & Kasfu Syubhat m.s. 2 Muhammad Abdul Wahab.)

Di dalam petikan tersebut Muhammad Abdul Wahab cuba mengelirukan dan menyelewengkan beberapa fakta sejarah .Antara penyelewengan atau syubhat tersebut adalah seperti berikut;

1. Maka yang pertama di kalangan para rasul mereka adalah Nuh 'alaihissalam kepada kaumnya

2. adalah Nuh 'alaihissalam menyampaikan kepada kaumnya ketika mana berlakunya kesyirikan dan penyembahan orang-orang soleh seperti Wadda, Suwaa',Yaghuts,Ya'uq dan Nasr yang merupakan nama berhala yang mereka sembah

3. dan yang terakhir di kalangan para rasul adalah Nabi Muhammad sallas hu 'alaihiwassallam yang telah memusnahkan gambar-gambar lelaki soleh.



DALIL AL-QURAN.


1. Allah berfirman di dalam surah ali 'Imran ayat 33



Maksudnya ; Allah telah memilih Adam,Nuh,keluarga Ibrahim, dan keluarga 'Imran melebihi segala umat ( di masa mereka masing) .

Di dalam ayat tersebut Allah menyebut Allah telah memilih Adam yang memberi maksud Rasul Imam al-Qurtubi menukilkan daripada Az-Zujaj katanya; Pemilihan mereka sebagai Nubuah( utusun kenabian) di muka bumi ini adalah berdasarkan di zamanya dan nabi Nuh adalah rasul yang pertama dibangkitkan oleh Allah di atas muka bumi ini selepas Adam 'alaihissalam ialah perkahwinan anak-anak perempuan dan saudara-saudara perempuan.


2. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 34



Bermaksud ; Dan ingatlah kami berfirman kepada para malaikat ' Sujudlah kamu kepada Adam' , maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir'



KETERANGAN

Ayat ini menceritakan kisah keingkaran Iblis sujud dan patuh ke pada nabi Adam sebagai utusan dan khalifah diatas muka bumi ini .Para ulama berselisih pendapat tentang kaifiat sujud para malaikat kepada nabi Adam .Jumhur ulama mengatakan perintah ini ditujukan kepada para malaikat untuk meletakkan dahi mereka di atas bumi seperti sujud di dalam sembahyang kerana meneliti dari zahir ayat menurut uruf dan syare'. Pada kebiasanya istilah sujud mengikut syarak ialah meletakan dahi seperti sembahyang

Walau bagaimana pun setengah ahli tafsir menyebut yang dimaksudkan sujud di sini ialah mengadap atau berhadapan kepada nabi Adam sebagai satu tanda kemuliannya yang dijadikan Allah, bukan bererti sujud menghambakan diri, kerana sujud memperhambakan diri diri hanyalah semata-mata kepada Allah, seperti mana berlaku sujud nabi Ya'qob dan anak-anaknya kepada nabi Yusuf dan inilah pendapat kebanyakkan ahli tafsir.


Peristiwa seumpama ini banyak berlaku di zaman Rasulullah seperti pokok dan unta sujud kepada Rasulullah, lantas sahabat berkata


Maksudnya ; 'Kami adalah terlebih awla sujud kepadamu (Muhammad ) daripada pokok dan unta'

Jadi larangan sujud kepada makhluk akhirnya digantikan agar mereka berjabat tangan sebagai satu penghormatan yang di sunnatkan.
Justru itu sekiranya Adam bukan seorang nabi mahupun Rasul yang pertama seperti mana yang dinukilkan oleh Muhammad Abdul Wahab mengapa Allah memerintahkan agar seluruh malaikat dan iblis supaya sujud kepada Nabi Adam yang pada ketika itu tiada manusia lain selain Adam.


3. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 31 Allah berfirman ;



Maksudnya; Dan Dia mengajar kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para malaikat lalu berfirman ' Sebutkanlah kepadaku nama-nama keseluruhanya itu jika kamu memang orang-orang yang benar'


KETERANGAN

Ulama berselisih pendapat tentang ayat

( )

Ertinya ; Dan Allah mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya.Apakah nama-nama yang Allah ajarkan kepada Adam ?





APAKAH NAMA-NAMA YANG ALLAH AJARKAN


Imam Qurtubi di dalam tafsirnya membahagi kepada beberapa pendapat


Berkata Ulama as-Suffiah yang di maksudkan dengan 'Mengajarkan' di sini ialah ilmu-ilmu ilham ketuhanan serta memeliharanya melalui perantaran malaikat Jibril.
Berkata ; Ibnu 'Ata sekiranya Allah tidak menyingkap dan membukanya untuk mengajarkan kepada Adam sudah pasti Adam tidak berupaya dan lemah berbanding dengan para malaikat .



APAKAH NAMA -NAMA ITU ?


Pendapat Pertama ;

Apa yang di maksudkan asma di sini ialah nama perbuatan seperti Zaid berdiri,
harimau garang atau nama-nama yang dikehendaki pada zatnya .Walau bagaimana pun pendapat yang termasyhur di kalangan ahli ilmu dan ahli t'awil yang di maksudkan dengan nama-nama atau asma ialah nama-nama Allah yang 99 seperti mana sabdaan nabi ;

( )

Maksudnya: Sesungguhnya bagi Allah 99 asma (nama-nama)



Pendapat kedua

Ibnu Abbas menyatakan ia termasuk kepada semua asma (nama-nama ) termasuklah nama-nama Allah yang maha agung, sama ada benda seperti alat-alat perkakas seperti bekas minuman dan sebagainya. Manakala al-Qtadah berkata : Allah mengajarkan nama-nama atau jenis-jenis tersebut dan tidak pula diajarkan kepada para malaikat. Ibnu Zaid ; berkata Allah juga mengajar kesemua nama-nama zuriat nabi Adam

Oleh yang demikian melalui isimabat uslub al-quran ini maka kita dapati dan fahami , apabila Allah berkehendak mengajar sesuatu ilmu yang tertentu khususnya kepada nabi Adam, itu adalah sebagai suatu petanda kenabian dan kerasulan seperti mana yang berlaku kepada para nabi contohya ;


-Nabi Daud di dalam surah al-baqarah ayat 251

( )


bermaksud ' Kemudian Allah memberikan kepada nabi Daud pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan kepadanya apa yang di kehendaki-NYA' .
Jadi yang dimaksudkan 'Allah memberi hikmah ialah kenabian dan kitab zabur.

-Begitu juga yang berlaku kepada nabi Ya'qub di dalam surah Yusuf ayat 68

( )

Maksudnya 'Dan sesungguhnya dia (Ya'qub) mempunyai pengetahuan ,kerana kami telah mengajarkannya (Ya'qub) akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui'

-Allah juga mengajar kepada ilmu ta'bir mimpi kepada nabi Yusuf sebagi tanda kenabian dan kerasulan seperti mana di dalam firmanNYA di dalam suirah Yusuf ayat 21

( )

Maksudaya : Dan demikian pulalah kami menambah kedudukan yang baik kepada nabi Yusuf di bumi ini (Mesir) dan agar kami ajarkan kepadanya ta'abir mimpi'

-Allah juga memberi hikmah dan ilmu-NYA kepada nabi Luth untuk menyelamatkan kaumnya dari melakukan perkara keji seperti homosexuel, menyamun serta mengerjakan perbuatan tersebut dengan terang-terangan seperti di dalam firmanNYA di dalam surah al-Ambiyak ayat 74" ( )

Maksudnya ; Dan kepada nabi Luth ,kami telah berikan hikmah dan ilmu ,dan kami selamatkan dia dari (Azab yang telah menimpa penduduk) kota yang megerjakan perbuatan keji"

-Selain dari Adam, Daud, Ya'qub, Yusuf, Luth Allah juga mengajarkan nabi Sulaiman suatu kisah yang menarik berkenaan dengan suatu hukum yang lebih tepat di dalam surah Ambiyak ayat 79 firmannya

( )


Maksudnya : 'Maka telah memberikan pengertian kepada nabi Sulaiman tentang hukum ( yang lebih tepat) ,dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu ,dan telah kami tundukkan gunung-ganang dan burung semuanya bertasbih bersama nabi Daud dan kamilah yang melakukanNYA'.

Jadi di sini Allah telah mengajar nabi Sulaiman sebagai membuktikan kenabian dan kerasulan seperti mana yang telah di sebutkan di atas .

Di riwayatkan dari Ibnu Abbas suatu kisah yang bahawa sekelompok kambing telah merosakkan tanaman di waktu malam .Maka pemilik tanaman mengadu halnya kepada nabi Daud , lalu nabi Daud memutuskan bahawa kambing-kambing itu harus diserahkan kepada pemilik tanaman tersebut sebagai ganti tanaman-tanaman yang telah rosak. Tetapi nabi Sulaiman , Allah telah mengajarkannya lalu memutuskan supaya kambing-kambing tadi diserahkan sementara kepada pemilik tanaman untuk diambil manafaat (seperti mengangkut barang) ,manakala pemilik kambing tadi diharuskan mengantikan tanaman yang rosak itu dengan tanaman yang baru .Apabila tanaman yang baru telah dapat diperolehi hasilnya ,maka pemilik kambing boleh mengambil kambingnya kembali.Putusan nabi Sulaiman ini adalah keputusan yang lebih tepat .........

-Tidak terkecuali juga junjungan nabi kita Muhammad yang dikasihi sseperti mana Allah sebutkan di dalam surah an-Nisa ayat 113
( )
Maksudnya; Dan Allah telah menurunkan kitab (al-Quran) dan hikmah kepadamu dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui' .

Kesemua rasul-rasul tersebut telah Allah ajarkan mereka suatu ilmu sebagai bukti kerasulan dan kenabianya maka tidak syak lagi Adam adalah salah satu di antara para rasul yang telah Allah berikan ilmu-ilmu dan asma-asma (nama-nama-NYA)



4. Di dalam surah al-Baqarah ayat 253



Maksudnya :'Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain.Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata ( berdialog terus dengan-NYA) dan sebahagiannya Allah meninggikan ( Muhammad ) beberapa darajat .

Ayat ini dengan jelas Allah mengisyaratkan dan menghimpunkan kesemua rasul-rasulnya yang disebutkan di dalam surah al-Baqarah iaitu Adam, Musa, Ibrahim, Ismail , Ishak,Ya'qub, Daud dan Muhammad adalah rasul sebagaimana Allah sebutkan di akhir ayatnya surah AL-Baqarah ayat 252

( )

Maksudnya ;'Dan sesungguhnya kamu benar-benar salah seorang di antara nabi-nabi yang diutuskan "

Ini menujukkan Adam adalah rasul sebagaimana Musa, Ibrahim, Ismail , Ishak,Ya'qub, Daud dan Muhammad .


5. Di dalam surah al-Baqarah ayat 253

( )

Maksudnya :Di antara mereka ada yang dapat berkata dengan Allah'

Di sini Allah menceritakan bagaimana sebahagian daripada para rasulnya dapat berdialog langsung kepada Tuhannya mereka ialah nabi Adam ketika berada di dalam syurga , nabi Musa ketika di puncak Jabal Thur Sina ,dan nabi Muhammad S.A.W. ketika diundang oleh Allah ke langit tujuh dan Sidratul Muntaha melalui peristiwa Israk dan M'raj,sebagai satu kemulian dan penghormatan dan ketinggian darjat .Ini juga menunjukkan Adam adalah rasul kerana Adam termasuk dari salah seorang para nabi yang dapat berdialog dengan Tuhannya.


6. Di dalam surah al-Ma'dah ayat 27-28 Allah menceritakan kisah anak Adam'

( )


Maksudnya; Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ,ketika keduanya mempersembahkan qorban,maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain ( Qabil ).Ia berkata (Qabil) 'Aku pasti akan membunuhmu ' Berkata Habil ;' Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa .Sesungguhnya kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku ,aku tidak sesekali tidak akan akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu(membalas) .Sesungguhnya aku takut kepada Allah ,Tuhan sekelian Alam'.

Ayat ini Allah menceritakan kisah Habil dan Qabil serta menunjukkan beberapa hukum syariat dua qurban ,salah satu darinya diterima Allah dan yang satu lagi ditolak ,antara hukum syariat yang terkandung di dalam ayat tersebut ialah ;

1) Hukum 2 qurban antara Habil dan Qabil.
2) Qurban yang diterima Allah iaitu qurban Habil.
3) Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja segala amalannya diterima Allah.
4) Dosa membunuh seperti mana yang diajarkan oleh Qabil dan merupakan pembunuhan pertama di muka bumi ini.
5) Hendaklah takut kepada Allah.
6) Golongan yang zalim akan dihumban ke dalam api neraka.
7) Bersabar seperti kata Habil ; Aku tidak sesekali tidak akan akan menggerakkan tanganku kepadamu".

Setelah kita meneliti hukum syariat tersebut maka ini sudah pasti kesemua hukum tersebut tidak akan diketahui dan diajarkan melainkan kepada para nabi dan rasul ,maka tidak syak lagi nabi dan rasul pada ketika itu ialah Adam.








DALIL HADIS.


1.



Maksudnya : Dari Abi Zar Al-Ghifari berkata Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam siapakah ambiyak yang pertama? .Baginda menjawab ; Adam. Aku bertanya ; Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam beliau juga nabi ? Baginda menjawab; Benar beliau (Adam) juga seorang nabi yang dapat berdialog .
Ad-Darul Manthsur juzuk 5 m.s. 326.




2.





Maksudnya ; Dari Abi Zar Al-Ghifari berkata Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam berapa jumlah para ambiyak? Jawab baginda ; 124 ribu .Aku bertanya ' Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam berapa bilangan para Rasul ? .Baginda menjawab; 313. Aku bertanya lagi ; Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam siapakah yang pertama ? Baginda menjawab Adam .Aku bertanya lagi ;Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam ; Adakah nabi menyampaikan Risalah ? Baginda menjawab ;Ya .



3




Maksudnya :Dari Abi Zar Al-Ghifari telah berkata .Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam adakah tuan hamba melihat Adam seorang nabi ? Baginda menjawab ;Ya Adam adalah nabi dan rasul perkataannya nyata ketika beliau berdialog bersama Tuhannya di dalam firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 35


(( Hai Adam diamilah oleh mu dan isteri-isterimu di dalam syurga ini)).




4



Maksudnya; Dari Abi Umamamah Bahawa seorang lelaki telah berkata ; Wahai Rasulullah salawallah hu 'alaihi wassalam Adakah Adam seoran nabi ? Baginda menjawab ;Ya, Lelaki tadi bertanya lagi ; Berapa kurun antaranya dan antara nabi Nuh .Baginda menjawab; Sepuluh kurun.
Ad-Darul Manthur Imam As-Sayuti Juzuk 1 m.s. 126. Sahih Ibnu Hibban oleh al-Ehsan Juzuk …. M.s.23



5.





Maksudnya; Dari Abi Zar Al-Ghifari Wahai Nabi Allah siapakah ambiyak terawal ? Baginda menjawab ; Adam . Abi Zar Al-Ghifari bertanya lagi ; Adakah Adam seorang nabi ? Baginda menjawab ;Ya ! Beliau ( Adam ) adalah seorang nabi yang dapat berdialog dan telah dijadikan oleh Tuhan dengan Tangan-NYA melalui tiupan roh.
Musnad Imam Ahmad Juzuk 5 m. s. 265-266


DALIL IJMAK.

Berkata Ibnu Hazm di dalam kitab ( ) m.s.173
Para ulama bersepakat bahawa tiap-tiap nabi yang disebutkan di dalam al-Quran adalah benar ialah Adam, Idris, Nuh, Soleh, Syuib,Yunus, Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub, Yunus, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, el-Yasak, Zakaria ,Yahya,'Isa, Ayub, Zilkafli dan Muhammad.Berkata Qadhi' 'Ayad ; Barang siapa yang mengingkari ijmak ulama dan juga mengingkari kenabian serta kerasulan Adam dan para nabi yang disebutkan di dalam al-quran adalah kafir..
As-Syifak 1/489

Berkata al-Ustaz al-Muhaddis Abu Mansur Abdul Qadir At-Tamimi al-Baghdadi di dalam kitabnya Usul ad-din m.s 157; Masalah keempat yang merupakan masalah pokok pada menyatakan bilangan ambiyak a.s. dan para rasul.Bersepakat ahli sejarah Islam bahawa bilangna ambiyak a.s. sebanyak 124 ribu seperti mana yang warid di dalam hadis sahih yang pertama ialah bapa kami Adam a.s. dan yang terakhir ialah nabi kami Muhammad salawallah hu 'alaihi wassalam .

Manakala di dalam m.s. 159 kitab yang sama menyatakan ;Ijmak kaum muslimin dan ahli kitab bahawa yang terawal di kalangan para rasul ialah Adam .
Syarah al-'Aqaaid oleh Al-Taftazani m.s.162


MENOLAK DUA SYUBAHAT

Syubhat pertama.

Golongan ini berpendapat dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab 'al-Iman ; Bab Adna ahli Jannah Man Zilati Fi Hal ' Hadis yang terlalu panjang ini berkenaan dengan syafat dan kedudukan manusia di hari hisab, bila mana semua manusia membuat pengaduan dan meminta syafaat dari para imbiyak di hari qiamat untuk mempercepatkan perhitungan di hari hisab mereka pun berkata kepada nabi Nuh ;


Maksudnya; Anda adalah permulaan rasul di atas permukaan bumi ini "


Jawab

Sekilas baca menunjukkan Nuh adalah rasul yang pertama di muka bumi ini akan tetapi sebenarnya adalah begini. Allah menamakan Adam "Abu Basyar " ertinya Bapa manusia tanpa menafikan kerasulannya ,kerana Adam merupakan rasul dikalangan ahli syurga iaitu isterinya sendiri.Setelah Adam diturunkan ke dunia beliau adalah rasul kepada Hawa dan anak-anaknya ,ini berbeza dengan nabi Nuh yang merupakan permulaan Rasul di muka bumi ini ,disebabkan risalahnya meliputi ahli keluarga, sanak saudara , sama ada yang dekat mahu pun yang jauh .Nabi Nuh juga menyampaikan risalah kepada umatnya di kalangan manusia lalu Allah menamakannya sebagai Kaum seperti Allah menyebutkan Kaum Hud dan Kaum Soleh "

Bagi memperjelaskan kedudukan ini, Berkata Qadhi Abi Bakr ibnu al-Arabi ; Sesungguhnya Adam menyampaikan risalahnya kepada golongannya yang di sebut Bani . (Bani Adam) yang tidak terdapat di kalangan mereka golongan orang-orang kafir dan ingkar, bahkan memerintahkan dan mendidiknya mereka supaya beriman dan taat kepada Allah , seperti juga Allah mengutus nabi Syith. Jadi ini berbeza dengan kedudukan perutusan nabi Nuh yang Allah perintahkan ke atas mereka yang ingkar atau kafir di muka bumi ini. Ahli sejarah berpendapat ; Idris iaitu datuk nabi Nuh juga termasuk di kalangan para Rasul yang menyampaikan risalahnya seperti Nabi Nuh.Berdasarkan hadith Abi Zar Al Ghifari yang telah lalu, melalui beberapa turuq (jalan) ilmu hadis maka di dapati Adam dan Idris adalah rasul yang menyampaikan risalahnya dan ini merupakan pendapat terakhir terakhir beliau

Sementara Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari juzuk 6 m.s. 372 menyebut hadith yang diriwayatkan oleh Sahih Ibnu Hibban adalah sama sekali tidak boleh dipertikaikan lagi kerana terdapat beberapa sanad dan riwayat lain lagi thiqah yang menguatkan antara satu sama lain . Al-Hafiz Ibnu Hajar menjawab persoalaan ini ketika beliau mensyarahkan hadith 'Syafaat ' katanya ; Di dalam riwayat Hisyam rasul yang pertama di kalangan penduduk bumi dihimpunkan antara Adam dan Nuh dengan didahului oleh Adam yang merupakan rasul pertama, maka Adam menyampaikan kepada ahlinya dan tempatnya maka dipelbagai bentuk 'Permulaan ini ' dengan Adam sebagai rasul seperti mana Syith, Idris dan mereka ini sebelum nabi Nuh . Fathul Bari 433-434 juzk 6.


Kesimpulan ;

Setelah meneliti kesemua hadith-hadith berikut, saya berpendapat bahawa hadith yang mengatakan Adam sebagai rasul pertama adalah cukup kuat, jadi bolehlah di katakan Adam adalah rasul seperti mana sah diperkatakan Nuh adalah Rasul juga .Dalil ini sekaligus menolak pendapat Muhammad Abdul Wahab pengasas mazhab wahabi dan sekutu-sekutunya yang bukan sahaja menafikan kerasulan bahkan mengingkarinya . Menurut jumhur ulamak dan ahli kitab barang siapa yang mengingkari kerasulan Adam dan para amabiyak adalah kafir .. Al-Iman Bil Ambiyak m.s. 10.



Syubhat kedua

Ada segolongan lain dari mereka yang menafikan perutusan risalah nabi Adam mengatakan Jikalau Adam adalah seorang nabi bagaimana Allah mensifatkan beliau seorang yang melakukan dosa , sebagimana firman Allah di dalam surah Taha ayat 121

( )

Maksudnya; Dan derhaka Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia.




Jawab

1. Imam al-Qurtubi ; Mengatakan yang di maksud dengan 'durhaka' di sini ialah melanggar larangan Allah kerana terlupa dengan tidak sengaja sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat 115 surah Taha .


Maksudnya ' Sesungguhnya telah kami perintahkan kepada Adam dahulu ,maka ia lupa akan perintah itu dan tidak kami dapati padanya,kemuaan yang kuat '


Berdasarkan ayat ini kita dapati bahawa nabi Allah Adam terlupa dengan tidak sengaja dan sebagaimana yang kita maklumi para amabiyak maksum dari sebarang dosa dan durhaka.Imam al-Qurtubi juga di dalam tafsirnya berkata terlupa dengan tidak sengaja memberi makna meninggalkan perintah dan perjanjian yang merupakan pendapat kebanyakkan ahli tafsir termasuklah Imam Mujahid, seperti mana yang di nyatakan di dalam surah at-Taubah ayat 67

( )


Maksudnya "Mereka telah lupa kepada Allah ,maka Allah melupakan mereka" .


Apabila nabi Allah Adam terlupa dengan tidak segaja maka ini memberi makna Adam juga terlepas dari sebarang dosa , kerana Allah mengecualikan dosa hambanya yang terlupa dengan tidak sengaja.


2. Ada pula sebahagian ulama tafsir lain menyatakan bahawasanya Allah menceritakan kisah nabi Allah Adam ini sebelum beliau ditabalkan menjadi sebagai seorang nabi dan rasul, maka di sini kita dapati hukumnya adalah harus berlaku ke atas nabi Adam dosa sebelum beliau di lantik menjadi nabi dan rasul, kerana tiada disyariatkan untuk mempercayaianya, dengan kata lain berlakunya dosa ke atas para nabi sebelum dilantik menjadi rasul tidak boleh dijadikan dalil bahawa para nabi adalah berdosa atau melakukan dosa.



BERHALA ATAU LELAKI SOLEH ?


Berkata Muhammad Abdul Wahab; Allah mengutus Nuh 'alaihissalam kepada kaumnya ketika mana berlakunya kesyirikan dan penyembahan orang-orang soleh seperti Wadda, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang merupakan nama berhala yang mereka sembah .

Ini juga antara penyelewengan yang tidak kurang juga pentingnya yang dilakukan olehnya, mereka mengatakan bahawa perurusan nabi Nuh di atas muka bumi ini apabila berlakunya kesyirikan dan penyembahan orang-orang soleh Wadda, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr
Di dalam petikan ini Muhammad Abdul Wahab memberikan nama-nama tersebut adalah berhala-berhala yang mereka sembah.Jikalau kita meneliti dan memerhatikan petikan tersebut sudah pasti kita akan terkeliru dan lantas mempercayainya ,akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku amat jauh sekali dari apa yang para ulama terangkan. Kaum nabi Nuh sebenarnya menyembah berhala lalu mereka namakan Wadda, Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr yang merupakan kumpulan lelaki soleh, dengan lain perkataan kaum nabi Nuh tidak menyembah lelaki soleh akan tetapi mereka menyembah berhala lalu mereka menamakan dengan nama lelaki soleh berdasarkan kenyatan ini saya datangkan beberapa dalil yang menerangkan kenyataan ini.


1. DALIL AL-QURAN


Allah berfirman di dalam surah Nuh ayat 23



Maksudnya : Dan mereka berkata; "Jangan sesekali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sesekali kamu meninggalkan ( penyembahan ) Wadda dan jangan pula Suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr "

Jadi penyembahan yang di maksudkan di sini adalah berhala atau tuhan-tuhan mereka, bukan orang soleh ,malah penyembahan orang-orang soleh tidak berlaku dan wujud di muka bumi ini ia adalah rekaan semata-mata oleh Muhammd Abadul Wahab dan golongan wahabi yang bencikan orang-orang soleh. Jikalau benarlah wujudnya penyembahan orang-oarng soleh maka nabi Adamlah yang patut disembah dan di sujud seperti mana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 34 ;

( )

Maksudnya ; ' Sujudlah kamu kepada Adam'



DALIL HADIS


Hadis ini di riwayatkan oleh Imam Bukhari katanya ;



Maksudnya ; Inilah nama lelaki soleh ( bukan berhala ) daripada kaum nabi Nuh, setelah mereka mati ,maka syaitan membisikkan kepada kaum mereka ( nabi Nuh) supaya membuat berhala lalu mereka menamakan dengan nama-nama mereka '

Jadi pada hakikatnya kaum nabi Nuh menyembah berhala bukan menyembah , mensyirikan atau ghulu kepada lelaki soleh , apa yang saya dapat nukilkan di sini ialah kejadian ini samalah seperti mana yang berlaku di kalangan penduduk musyirikin Mekah yang menyembah berhala-berhala mereka di sekitar Ka'abah lalu mereka namakan al-Latta, Al-Uzza , Al-Manan dan sebagainya.

Begitulah betapa licik dan halusnya rekaan Muhammad Abdul Wahab memutar belit ayat-ayat al-Quran dan hadis yang merupakan sandaranya. Rata-rata kita dapati mereka akan mengatakan syirik kerana mendewa-dewakan ambiyak, awliyak ,orang soleh adalah suatu hujah yang batil dan fasid , lalu Muhammad Abdul Wahab mempergunakan dalil-dalil tersebut tanpa asas yang kukuh .Tidak keterlaluan mereka juga tergolong dari pelampau-pelampau yang mengikut hawa nafsu dan tidaklah kita merasa pelik apabila Muhammad Abdul Wahab mengatakan berlakunya kesyirikan yang pertama di muka bumi ini apabila mencontohi dan menyintai orang-orang solah.




2. Muhammad Abdul Wahab telah banyak melakukan pembohongan kononnya telah banyak berlaku kemungkaran dan syirik di bumi Mekah dan seluruh Jazirah Arab.Sedangkan jikalau kita meneliti hadis nabi,baginda bersabda "Ya Allah berkatilah bumi Syam dan Yamen" setengah riwayat pula "Yamen adalah negara Imam " untuk menguatkan pendapat ini maka saya kemukakan satu hadis sahih yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Dari Uqbah bin Amir bahawasanya nabi s.a.w. berdiri di atas mimbar maka baginda pun bersabda "Sesungguhnya aku tidak takut ke atas kamu ,bahawasanya kamu syirik selepasku, akan tetapi aku teramat takut ke atas dunia bahawasanya mereka melakukan kerosakkan padanya, .maka mereka membunuh dan mereka melakukan kemusnahan seperti mana kemusnahan yang berlaku sebelum kamu' Jadi kerosakkan, bencana ,malapetaka, kemusnahan adalah lebih ditakuti oleh nabi dari mereka yang melakukan syirik.Mengapa pula Muhammad Abdul Wahab beriya-iya untuk menghapuskan kononnya berlaku syirik di Mekah dan Madinah ? Memang kita tidak dapat dinafikan ada juga hadis nabi yang lain berbunyi " Sesungguhnya Rasulullah takut ke atas umatnya adalah Syirik " tetapi Syirik yang dimaksudkan oleh hadis nabi ini adalah Syirik kecil bukannya Syirik besar seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Syadad b. Aus , Abu Hurairah, Mahmmud b. Lubaid kesemua perawi ini adalah muqayadah dan mubayinah. Jadi dakwan mereka juga adalah tidak benar ,kerana penyembah-penyembah berhala tidak wujud lagi pada kurun ini, manakala berhala al-Latta, al-Uzza, dan al-Manan hanya disembah di Kepulauan Arab pada zaman jahiliah, bukan semua penduduk Islam seperti mana tuduhan golongan Wahabi




MUHAMMAD ABDUL WAHAB MENGKAFIRKAN SAHABAT

Di sini eloklah kiranya saya menyatakan beberapa tulisan Muhammad Abdul Wahab yang di sifatkan melencong dari agama Islam.
1. Dalam surah At-Taubah ayat 65 Allah berfirman ;


Maksudnya; Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab; Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja Katakanlah apakah dengan Allah,ayat-ayat-NYA dan Rasul-NYA yang kamu selalu berolok-olok ?

Berkata Muhammad Abdul Wahab ;" Maka mereka ini yang telah diterangkan oleh Allah bahawasanya mereka ( sahabat) kafir selepas mereka beriman, ketika bersama Rasul di dalam peperangan Tabuk.

Katanya lagi: Maka sudah pastilah sebahagian para sahabat yang berperang di dalam peperangan Rom bersama Rasulullah menjadi kafir dengan sebab senda gurau perkataan mereka

( Ta'liq Kasfu Syubhat Muhammad Abdul Wahab m.s. 42,43,58 cetakkan Darul Iman ) Nauzubillah hi min zalik



JAWAPANYA;

1. Di riwayatkan bahawasanya ayat ini diturunkan di dalam peperangan Tabuk Berkata
Imam At Tabari di dalam tafsirnya



Maksudnya; Dari Qatadah ketika Nabi di dalam peperangan Tabuk ( dalam perjalanan) bersama penunggang kuda di kalangan orang munafiq lalu mereka ( orang munafiq ) berkata ;Lihatlah! Adakah kamu sangka lelaki ini ( Muhammad ) dapat memasuki Istana Syam dan menawan Kota Bani Al-Asfar Jauh ! Jauh !( Jauh sekali ).Lalu Allah mengkhabarkan kepada nabi tentang apa yang mereka ucapkan ,kemudian nabi berkata; Penjarakan mereka !.Setelah itu nabi bertanya :Apa yang kamu ucapakan sebentar tadi ? Lalu mereka ( golongan Munafik) bersumpah.Wahai Nabi ! Demi Allah ! kami tidak berkata apa-apa tentangmu dan sahabatmu dan kami cuma bermain-main saja.Lalu turunkah ayat ini.


2. Ada juga riwayat lain oleh Imam Ad-Daru qutni dari Ibnu Umar katanya ;




Maksudnya; Aku lihat Abdullah bin Ubai bin Salul mengantung pelana di atas unta Rasul lantas berjalan mendahului nabi dengan memikul batu-batu di atas bahunya,lalu berkata; Wahai Muhammad ! Sesungguhnya kami bermain-main . Kemudian nabi berkata:Apakah dengan Allah,ayat-ayat-NYA dan Rasul-NYA yang kamu selalu olok-olokan.

Berkata An-Naqaas orang yang menggantung tali pinggang unta ( Pelana nabi ) adalah Abdullah bin Ubai bin Salul seperti mana kebanyakkan ahli tafsir ,begitu juga Imam Qusyairi.Akan tetapi Ibnu 'Ata'yah mengatakan tidak, kerana Abdullah bin Ubai bin Salul tidak menyertai peperangan Tabuk.Setengan riwayat lain menyatakan Wadi'ah bin Thabit salah seorang dari golongan munafiqyang menyertai peperang Tabuk lalu bertaubat.
2. Dalam surah At-Taubah ayat 66 Allah berfirman

Maksudnya ; Tidak Usah kamu meminta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman
Selepas golongan munafiq menzahirkan keimanan dan menyembunyi kefasiqakan mereka yang membawa kekafiran ,akhirnya mereka memohon kemaafan lalu turunlah ayat ini " Tidaklah usah kamu meminta maaf,kerana kamu kafir sesudah beriman " maksud daripada ayat ini janganlah kamu melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan manafaat dan jikalau kami memaafkan segolongan daripada kamu selepas bertaubat, nescaya kami akan mengazab segolongan lain di sebabkan mereka adalah orang-orang yang yang selalu berbuat dosa seperti Mikhash bin Himyar .Mengikut setenganh riwayat Mikhash bin Himyar akhirnya mendapat pengampunan dari Allah dan diberi nama Abdul Rahman.Beliau menohon kepada Allah agar mati di dalam syahid,permintaan ini akhirnya di kabulkan oleh Allah apabila beliau terkorban di dalam peperangan Al-Yamamah
Begitulah Allah menemplak golongan munafik dengan begitu keras kerana mereka adalah kafir sesudah beriman.

Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam rumusanya mengatakan ada empat perkara yang membawa mereka kafir sesudah beriman.

1. Mereka mempermainkan agama Allah lalu kafir kerana menafikan tuntutan keimanan dan keagaman Allah.

2. Kekafiran golongan munafiq ini bukan hanya tersembunyi dihati mereka bahkan merangkumi perkataan dan amalan perbuatan mereka.

3. Perkataan yang terbit dari mulut mereka menyebabkan mereka menjadi kafir hakiki,iaitu kafir sebenar sebelum mereka menjadi orang-orang munafiq.

4. Kekafiran mereka ini sebenarnya berlaku setelah mereka menzahirkan keimanan .
Daripada ayat ini jelas menunjukkan Allah menghukum mereka dengan kekafiran dan tidak menerima permintan taubat mereka selagi mana mereka tidak bertaubat. Walau bagaimana pun ulama berselisih pendapat berkenaan dengan taubat mereka ,ahli feqah menamalan mereka Az-Zindiq .Mengikut pendapat Imam Malik taubat mereka tidak diterima,manakala Imam Syafei mengatakan taubat mereka diterima dan ini bukanlah satu daripada masalah.Pendapat Imam Malik ini berdasarkan taubat Az-Zindiq ini tidak diketahui mungkin mereka bertaubat tetapi hati mereka tidak.

Secara ringkasnya surah At-Taubah ayat 65-66 ini menceritakan segolongan munafiq yang mempersendakan ayat Allah dan Rasul-NYA.Berkata Qatadah: Ayat ini di namakan "Menyingkap Tabir Keaiban Golongan Munafiq".Imam Al-Alusi berkata Adalah golongan munafiq ini asalnya adalah kafir ( kafir batin) dan tidak beriman di atas perintah-NYA.


3. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 74 ;

Maksudnya ;" Mereka ( orang - orang Munafiq iatu) bersumpah dengan nama Allah , bahawa mereka tidak mengatakan ( sesuatu yang menyakiti hati nabi ) Sesungguhnya mereka telah mengucapkan kekafiran dan telah menjadi kafir sesudah beriman."
Berkata Muhammad Abdul Wahab "Sesungguhnya segolongan daripada sahabat nabi mereka berperang bersama nabi dan sembahyang bersama nabi dan menyucikan diri bersama nabi serta berpuasa bersama nabi dan mengerjakan haji bersama nabi,meskipun demikian mereka kafir dan jauh daripada agama Islam." ( ar-Risalah Amliah at-Taas'- Risalah Kasfu Syubhat –120 cetakan tahun 1957 ) Nauzubillah hi min zalik


Di dalam ayat ini pula terdapat tiga pendapat siapakah yang di maksudkan oleh Allah kafir sesudah beriman .

1. Mereka ialah Jullas bin Suwaidi dan Wadi'ah bin Thabit ,ketika mereka bersama nabi lalu mereka bersumpah




Maksudnya "Demi Allah, jikalau Muhammad adalah seorang yang jujur terhadap teman-teman kami sebagaimana yang mereka muliakan dan mereka calonkan ,maka sesungguhnya kami adalah lebih jelek dari himar.Lalu 'Amir bin Qias ( di dalam tafsir Wahbah Az-Zuhaily m.s 310 juz 9-10 menyebut Umair bin Said) berkata ; " Bahkan,Demi Alah Sesungguhnya Muhammad seorang yang jujur dan bebar lagi membenarkan dan sesungguhnya kamu adalah lebih jelek dari himar ". Kemudian 'Amir bin Qias menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah,sejurus selepas itu Jullas bin Suwaidi bersumpah dengan nama Allah di atas mimbar nabi ,sesungguhnya 'Amir bin Qias adalah pembohong.Peristiwa ini menyebabkan 'Amir bin Qias bersumpah lantas berkata :"Ya Allah turunkanlah ke atas nabiMU yang membenarkan sesuatu." Lalu turunlah ayat ini.

2. Setengah pendapat lain pula menyatakan ayat ini diturunkan ke atas Abdullah bin Ubai bin Salul ketika ia berkata di dalam surah al-Munafiqin ayat 8



Bermaksud "Sesungguhnya jika kita kembali ke Madinah maka benar-benarlah orang yang kuat akan mengusir orang yang lemah daripadanya"


3. Sementara pendapat lain menyatakan ayat ini di turunkan le aas sekumpulan munafiq yang menghina nabi dan pendapat inilah yang terkuat lagi sahih mengikut Imam Abu Bakar Al- Arabi di dalam tafsirnya ,kerana keumuman ucapan mereka dan terdapat juga beberapa maksud padanya ( orang perseorangan) dan pada mereka (segolongan munafiq) yang membenarkan.Ada pula segolongan dari mereka ber'tiqad bahawa Muhammad bukanlah seorang nabi lantaran itulah mereka berkata ;

Jikalau Muhammad seorang yang jujur dan amanah ( Apa yang di bawa sebagai utusan olehnya ) "

Berkata Imam Al-Qusyairi ; Perkataan KAFIR di dalam ayat ini di sebabkan penghinaan mereka terhadap nabi dan agama Islam SUMPAH, jadi ini menunjukkan orang munafiq adalah kafir. Manakala perkataan di dalam ayat ini hanya berlaku terhadap Al-Jullas sahaja dan mereka ( golongan munafiq ) meredhai serta membenarkannya dengan ini mereka juga melakukannya ( termasuk di dalam golongan tersebut)

Kesimpulan

Setelah kita meninjau berkaitan dengan asabab nuzul dan erti perkataan kafir yang sebenar apa yang di maksudkan oleh Allah, maka jelaslah ayat ini bukan diturunkan kepada sahabat nabi sebagaimana dakwaan Muhammad Abdul Wahab ,bahkan ia sebenarnya ditujukan ke atas segolongan munafiq sama ada terhadap orang perseorangan seperti Al-Jullas bin Suwaidi atau Wadi'ad bin Thabit atau Abdullah bin Ubai bin Salul, mahu pun sebahagian dari mereka. Jadi tidak sepatutnya Muhammad Abdul Wahab yang begitu jahil ini menuduh para sahabat adalah kafir selepas beriman. Para sahabat dijamin syurga sehingga terlalu banyak lembaran ayat dan hadis yang termaktub menceritakan kelebihan para sahabat seperti sesungguhnya Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadapnya. Sedangkan jikalau kita meneliti dan menta'arifkan erti sahabat sebagai mana pendapat Ibnu Hajjar dan ijmak ulamak ialah mereka yang menemui nabi walaupun sekali lalu beriman dan mati di dalam Islam ( keimanan).

Jadi ini amat nyata berbeza sahabat yang di ungkapkan oleh Muhammad Abdul Wahab, yang bukan sahaja mencelanya bahkan mengkafirkanya. .Melalui pandangan penulis pengucapan seperti kafir ,syirik, bidaah, dan sebagainya oleh Muhammad Abdul Wahab adalah di sebabkan kegairahanya untuk membasmi kemungkaran dan cuba membuat sesuatu pembaharuan yang kononya berladaskan Al-Quraan dan Sunnah, tanpa mengira dan merujuk kepada ulama-ulama yang tulen dan mu'tabar .Kegairahan seumpama ini bukan sahaja menikam para sahabat ,awliyak dan salihin bahkan seluruh umat Islam sejagat mengutuk dan mencela perbuatan tersebut.. Penafsiran ayat al-quran dan hadis yang menyeleweng ini merupakan senjata yang digunakan oleh Muhammad Abdul Wahab bagi mengaburi pandangan masyarakat Badwi , yang telah sekelian lama buta dan jahil, maka dengan kesempatan inilah Muhammad Abdul Wahab tidak teragak-agak mengerahkan sedaya upaya tentera dan tenaga untuk membunuh dan memancung mana-mana mereka yang mengingkari.



MENGHINA SAHABAT.

1. Sesungguhnya debu-debu yang masuk ke dalam hidung kuda Muawiyah adalah 1000 kali ganda lebih afdal dari Umar Abdul Azizi
( Itlaq al-'anah m.s 16 & Majalah Nida' al-Islam bil; 5 Jamadi al-Akhir 1415) Na'uzubillahhi minzalik


2. Di dalam kitab ( At-Tawasul bi An-nabi m.s. 226-227 ) Golongan Wahabi telah menghina sahabat-sahabat nabi seperti Saidina Ali dan Saidina Uthman katanya " Dan antara kesalahan Saidina Ali yang menyimpang daripada al-quran adalah sebanyak 17 keadaan dan sesungguhnya Saidina Uthman itu adalah seorang yang cinta dan rakus pada harta Na'uzubillahhi minzalik


3. Di dalam majalah ( Nida al-Islam yang dicetak di Sydney pada 5 Jamadil akhir 1415H m.s.28 ) di dalam tafsir al-Quran oleh Ibnu Abaas yang merupakan sahabat beliau mengatakan "Ini adalah ta'wil golongan Mu'tazilah." Na'uzubillahhi minzalik .

Ramai di kalangan kita masih kurang berhati, tentang fahaman ini kerana ia bertopengkan tauhid serta menolak ulama-ulamak terdahulu dan hanya berpegang kepada Imam bidah iaitu Ibnu Taimiah ,beliaulah yang menjadi punca perpecahan umat sehingga munculnya Ibnu Qayim dan Wahabi (Shaikh Yusuf An-Nabhani - Syawahidu al-hak m.s. 43 Darul Kutub Ilmiah 1996 )


ABU JAHAL DAN ABU LAHAB LEBIH AFDAL DARI ORANG ISLAM

Di dalam sebuah kitab Wahabi bertajuk' Kaifa Nafham at-Tauhid ' yang bererti 'Bagaimana kami memahami Tauhid 'oleh Muhammad Ahmad cetakkan Ar-Riaasah al-'Ammah Lil Ifta' wa Ad'Dakwah bi Riyad Tahun ; 1408 / 1987 M.S. 12.

Katanya : Abu Jahal dan Abu Lahab dan orang musyirikin dan mereka beriman kepada Allah. Mereka mentauhidkan-NYA Ar-Rububiyah pada kejadian kehidupan , kenikmatan, kemanafatan , kemudaratan dan mereka tidak mensyirikan dengan sesuatu. Aneh dan pelik Abu Jahal dan Abu Lahab lebih beriman dan lebih ikhlas daripada orang muslim yang bertawasul dengan awliyak ,orang-orang soleh dan menuntut syafaat daripada mereka kepada Allah. Abu Jahal dan Abu Lahab lebih beriman dan lebih ikhlas imannya daripada semua kaum muslimin yang berkata ; La ilaha iIlah Muhammad Rasulullah' Inilah kesesatan yang nyata bagi puak Wahabi yang kononnya ingin mentauhidkan Allah , Ada pun "bertawasul" samada kepada yang hidup mahu pun yang mati adalah Harus.



MUHAMMAD ABDUL WAHAB MENSYIRIKKAN UMAT


1. Di dalam ( Risalah al-Amaliah Muhammad Abdul Wahab m.s. 78 & Ta'thir al-'Atiqad oleh as-San'aani m.s.. 7, 12, 25. & Kitab Fathul-Majid m.s.. 40-41 & Risalah Raab' al-Qa'id ) "Bahawasanya mereka yang melakukan sedemikian ( menuntut syafaat ) adalah syirik dan kesyirikan mereka lebih buruk dari ahli jahiliah, penyembah berhala dan penyembah matahari." Na'uzubillahhi minzalik.

2. Di dalam ( Risalah Kasfu Syubhat ) Muhammad Abdul Wahab melontarkan lafaz syirik, musyrik, terhadap seluruh umat Islam melainkan yang mengikut telunjuknya sebanyak 24 tempat. Manakala lafaz kafir, penyembah berhala, murtad, musuh Tauhid, musuh Allah dan mendakwa Islam sebanyak 20 tempat.

Manakala di dalam (ar-Risalah an-Najdi ) sebanyak 58 perkataan syirik dan musyirik. Na'uzubillahhi minzalik .Saya rasakan di sini Muhammad Abdul Wahab layak memperolehi Phd Syirik, untuk keterangan lanjut anda boleh baca kitab Tauhid – Injil Wahabi- di sana anda akan dapati lebih banyak perkataan Syirik, Kafir dan Bid'ah.

3. Golongan Wahabi juga mensifatkan anggota Allah dengan hakikat ( sebenar ) seperti; Tangan, kaki, mata, muka, kemudian mensifatkan sesuatu denganNYA seperti, duduk, bergerak, berpindah, turun dan naik dengan makna hakikat seperti mana yang mereka fahami dari lafaz zahir Allah dari apa yang mereka sifatkan.Aqidah ini adalah aqidah al-Khasawiyah golongan yang tidak memahami, mempelajari dan mendalami ilmu feqah, ilmu usul, ilmu majaz, ilmu ma'ani dengan memahami zahir ayat, mereka juga boleh digelar sebagai golongan Zahiriah. (lihat al-Hidayah as-Saniah ar-Risalah ar-Rabi' oleh Abdul Latif cucu Muhammad Abdul Wahab. ) Na'uzubillahhi minzalik

4. Katanya lagi "Manakala mereka yang bersalawat ke atas nabi selepas azan merupakan penyakit bid'ah yang tiada wujud di zaman nabi ' lihat kitab ( Misbahu Anam oleh Sayid 'Alawi b. Ahmad al-Hadad ) Na'uzubillahhi minzalik .Banyak hadis nabi yang sahih menyatakan hukum bersalawat ke atas nabi selepas azan adalah sunat, malah tiada larangan untuk kita bersalawat ke atas nabi ,cuma kita dimakruhkan bersalawat ketika berjimak, di dalam tandas atau pun berjual beli, selagi mana tiada larangan maka hukumnya adalah harus bukan bid'ah, syirik dan sebagainya.

5. Muhammad Abdul Wahab mengatakan adalah menjadi syirik mereka yang menamakan anak-anak mereka Abdul Rasul katanya 'Bagaimana orang-orang musyirik al-Kazab(orang Islam) menamakan anak-anak mereka Abdul ar-Rasul, Abdul an-Nabi…...,,," Adakah golongan Wahabi tahu bawa nabi pernah mengelarkan beberapa orang sahabat baginda dengan pelbagai gelaran mengikut kecenderungan dan kegemaran masing-masing contohnya gelaran Abdul ad-Dirham atau Abdul ad-Dinar, kerana mereka gemar pada dinar dan dirham dan banyak lagi contoh yang seumpamanya Adakah mereka syirik ?

( Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'ala ar-Risala ti an-Najdiyati m.s. 81 ) Na'uzubillahhi minzalik


NEGARA MEKAH ADALAH NEGARA SYIRIK

Di dalam ( kitab Usul as-Thalasa oleh Muhammad Abdul Wahab. Bab al-Aslu Thalisu m.s.19 ) menyatakan negara Mekah adalah negara syirik maka sewajarnya kita berhijrah sehingglah ke akhir hayat katanya "Dan berhijrah iaitu berpindah dari negara syirik ke negara Islam, dan berhijrah itu merupakan kefardhuan di atas umat ini dari negara syirik ke negara Islam dan hendaklah menetap di sana sehingga hari qiamat " dakwaan ini adalah bohong seperti mana yang telah saya terangkan.



MENCONTOHI ORANG SOLEH ADALAH SYIRIK

1. Berkata Muhammad Abdul Wahab ; Permulaan syirik yang berlaku di muka bumi ini apabila sesorang itu mencontohi orang soleh kerana ini mencampurkan perkara yang hak dan batil. Yang pertama mencintai orang soleh dan yang kedua mengamalkan di kalangan ahli ilmu dan ahli agama sesuatu kebaikan akan tetapi adalah sebaliknya"
( (Kitab Tauhid m.s. 76-77 Tahun;1404H. cetakan ar-Riaasah al-'Ammah li Iftak wa Dakwah wal Irsyad )



Inilah dakwaan yang hodoh oleh Muhammad Abdul Wahab mencontohi orang soleh adalah permulaan syirik, bagi saya Muhammad Abdul Wahab adalah lebih layak digelar pelopor dan permulaan syirik di atas muka bumi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa disebabkan beliau pernah mencontohi serta bersahabat dengan perisik Inggeris Master Hamper . Begitu juga puak Wahabi pernah bersepakat dengan Amerika, Perancis, untuk menjahanamkan Iraq, Tidakah ini bersepakat dengan Yahudi dan kafir.? Inilah akibtanya tidak mencontohi awliyak dan orang-orang soleh yang akhirnya memakan diri sendiri..

Begitu juga Imam Bidaah Ibnu Taimiyah mengatakan kepala Saidina Hussin yang berada di Kahirah adalah kepala Yahudi .Sedangkan ahli sejarah menyatakan kepala Saidna Hussin telah selamat sampai ke Kahirah dari Asqalan pada hari Ahad 8 Jamadil Akhir 549H bersamaan 31 Ogos 1154M yang telah dibawa oleh Amir Saif al-Mamlakah Makkin dan Qadhi Ibnu Maskin lalu disimpan sehinggalah pada 10 Jamdil akhir oleh Khalifah al-Faiz al-Fatimi di bawah jagaan menterinya yang soleh Taale' b. Razik maka pada hari Selasa Jamadul akhir 549H kepala Saidina Hussin secara rasminya dikebumikan di Kahirah sekarang kawasan itu di kenali sebagai 'Medan Saidina Hussin'. Apakah sanggup Imam Bidaah Ibnu Taimiyah mengatakan cucu nabi Yahudi Na'uzubillahhi minzalik ( Maraqi Ahli Bait oleh Shaikh Zaki Ibrahim m.s. 39.)

2. Berkata Muhammad Abdul Wahab ' Sesungguhnya kami melihat semua kaum muslimin pada zaman ini telah syirik kerana memohon syafaat daripada nabi mengikutinya dan awliyaknya. " ( Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s. 9 baris ke 12 cetakan Maktabah ar-Rahmah al-Muhdah - Mansuroh Mesir ) Na'uzubillahhi minzalik

3. Berkata Muhammad Abdul Wahab lagi " Kami melihat kesemua bahagian syirik terdapat pada semua umat Islam yang mana mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka" Na'uzubillahhi minzalik ( al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s.10 baris ke 18 )




WAHABI MURTAD ?

1. Muhamad Abdul Wahab an-Najdi at-Tamimi al-Kadzab selain dari mensyirikan umat Islam beliau juga telah menghina nabi Muhammad dengan mengatakan bahawa maqam nabi adalah berhala umat Islam mari sama-sama kita baca petikan berikut

" Mereka memuliakan maqam nabi dan berdiri disisinya seperti sembahyang lalu meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri kemudian berkata 'Wahai Rasulullah aku memohon syafaatmu ' kesemua ini adalah berhala daripada nabi dan wali seumpama al-Latta atau al-Uzza dari al-Maseh atau Uzai.

Na'uzubillahhi minzalik ,semgoa Allah melaknat al-Wahabi. Perlu diingat kepada sidang pembaca adab menziarahi maqam nabi ketika wafat adalah sama juga ketika hidupnya, Ulama' seperti Az-Zahabi, Al-Makki, Al-Mawardi dan az-Zin al-Maliki menyatakan, penziarah maqam nabi hendaklah berdiri seperti solat. Ada pun meletakkan tangan seperti solat bukanlah satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang bahkan ia adalah sunat.
(Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'Ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s.10 baris ke 9 dan m.s. 31-32 cetakan Maktabah ar-Rahmah al-Muhdah -Mansuroh Mesir )

2. Seorang lagi pengikut mazhab Wahabi ialah Abdul Azizi bin Yahya al-Yamani di dalam kitab (Qawar' al-Asnah fi Rad 'Ala 'ad as-Sunnah. m.s. 28 di bawah tajuk Ubadul al-Asnam ) bererti penyembah-penyembah berhala.

Beliau juga telah menghina nabi malah telah disifatkan murtad katanya 'Sesungguhnya penyembah-penyembah berhala begitu ramai di zaman ini…….Dan daripada berhala itu adalah kubur Nabi " 'Na'uzubillahhi minzalik

3. Di dalam kitab ( Ihtifal bi Maulid Nabi oleh Abi Hasanian Abdullah Al-Makki m.s. 72 ) Katanya " Sesungguhnya Golongan Wahabi ini mengatakan bahawa merayakan Maulidul Rasul adalah amalan orang-orang Nasrani dan Jahiliah " Na'uzubillahhi minzalik

Inilah lemparan kesat terhadap mereka yang meraikan Maulid ar-rasul. Banyak ayat al-quran, hadis-hadis nabi, athar, yang menyatakan perihal kelebihan Maulid Ar-rasul, setengah ulama mengatakan hukumnya harus, ada pula yang berkata hukum sunat dan sebahagianya pula menyatakan hukumnya adalah bid'ah hasanah.Tetapi golongan Wahabi menafikan bid'ah hasanah mereka berkata kesemua bid'ah adalah sesat dan masuk ke dalam neraka.Begitu juga sambutan hari-hari sejarah di dalam Islam adalah sesat seperti Maal Hijrah, Isra' Mi'raj, Nisfu Syabaan, Badar Kubra, Lailatul qadar kesemua ini adalah mungkar.,Tidakkah golongan Wahabi mengetahui firman Allah yang bermaksud " Hendaklah kamu memperingati hari-hari Allah " tidakah kesemua ini hari-hari Allah ?

4. Sikap Muhammad Abdul Wahab yang taasub dan angkuh serta tidak menerima pandangan ulama tulen yang muktabar cuba kita perhatikan kalam beliau yang anggkuh ini " Cukuplah ikutan kamu, Shaikh kami Taqiuddin Ibnu Taimiyah dan mereka yang bersamanya dan mengikutnya " Ibnu Taimiyah telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Qadhi Damsyik di Kubu Halab, kemudian dilarang mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyesatkan umat Islam pada tahun 726H sesetengah ulama pula telah mengkafirkannya, beliau di gelar Imam Bidaah .(Sila rujuk al-Ajwibahtu al-Makkiyatu Fi Rad 'Ala ar-Risalati an-Najdiyati m.s.14 baris ke 11)



WAHABI TANDUK SYAITAN

Banyak hadis nabi yang menceritakan tentang Tanduk Syaitan .Tanduk Syaitan bererti segolongan manusia yang telah melakukan kerosakan serta malapetaka dan bencana yang maha dahsyat yang tidak pernah berlaku pada masa kini dan akan datang Siapakah mereka ? Di mana mereka akan muncul ? Apakah yang mereka lakukan ? Apakan tanda-tanda mereka ?.Bagaimana pula rupa mereka ? Maka di sini cukuplah saya paparkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat nabi

1. Sabda Baginda s.a.w. "Akan muncul segolongan manusia daripada Masyriq ( Timur ) mereka membaca al-quran akan tetapi tidak melebihi had ,dan mereka akan keluar daripada agama (sesat) umpama tersesatnya anak panah yang keluar dari busurnya dan tanda-tanda mereka adalah mencukuri rambut ( botak )"

Berdasarkan hadis ini dalalah kita fahami golongan Wahabi ini membaca al-quran tetapi tidak melepasi tengorok ,atau baca al-quran mengikut hidung atau kemungkinan bacaan mereka tidak diterima seperti mana anak panah yang tersasar dari busurnya, Golongan Wahabi ini juga akan menyuruh pengikut-pengikutnya mencukuri rambut , amalan tersebut tidak pernah berlaku pada mereka yang sesat sebelum kemunculan mereka.

2. Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. daripada nabi s.a.w bahawasanya baginda bersabda "Ketua kaum kuffar di Masyriq ( Nadj )

3. Di dalam riwayat yang lain sabda baginda lagi " Di sanalah akan keluarnya (munculnya) Tanduk Syaitan "

4. Sabda baginda lagi yang diriwayatkan oleh ibnu Umar " Di sanalah ( Masyriq ) akan berlakunya malapetaka dan fitnah "
Hadis yang diriwayatkan oleh nabi itu umum iaitu Masyriq kemudian baginda mengkhususkan dengan sebutan Nadj. Para ulamak ada menyatakan bahawa Masyriq adalah Nadj, antaranya

1. Shaikh Taqiuddin berkata; Masyriq ( Timur) daripada pihak Madinah, adalah tempat di mama munculnya Musailamatul Kazab ,
2. manakala Imam Qustalani berkata Masyriq adalah Nadj (Irsyad as-Saary 12; 626 cetakan Darul Fikr .Tahun 1410H) .
3. Shaikh Muhammad Idris al-Marbawi ulama Nusantara yang tidak asing lagi menyebut Nadj adalah negeri Wahabi yang keluar daripadanya orang-orang Wahabi sekarang yang memerintah Mekah dan tempat keluar Musilamatul al-Kazab yang mendakwa dirinya Rasul (sila lihat Kamus Idris al-Marbawi m.s. 300.)
4. Di dalam Kamus Mu'jam Al-Asasi m.s 1174 Nadj adalah Riyad merupakan kerajaan Wahabi yang pertama.

Malangnya golongan Wahabi cuba memesongkan fakta ini, dengan mengatakan Najd, yang di maksud oleh nabi adalah Baghdad, kerana itulah tentera Saudi menyerang Iraq di Baghdad, pada tahun 1990 sebenarnya di Baghdad adalah Najaf bukan Najd. Jikalau anda meneliti peta Arab Saudi sudah pasti kedudukan Nadj di Timur berhampiran dengan persisiran Teluk. Golongan ini cuba menukar beberapa istilah Nadj kepada Riyad nama sekarang dan Hijaz kepada Saudi, hatta jikalau anda sebut Wahabi di Mekah atau di Madinah secara terang -terangn pasti anda akan ditanggkap, begitu hinanya dan marahya golongan ini .


Nabi pernah berdoa mengadap ke bumi Yamen "Ya Allah berkati bumi Syam dan Yamen kemudian sahabat bertanya Najd Ya Rasulullah , tiga kali kemudian nabi berkata akan berlaku di sana mala petaka " Ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak mendoakan Najd, tiada ulama' juga awliyak, orang soleh ,kerana kawasan tersebut merupakan kawasan Badwi dan jelmaan Syaitan sebagaimana firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 97 "Orang Arab Badwi itu lebih sangat kekafiran dan kemunafiqan dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada RasulNYA." Golongan Badwi inilah yang suka berperang serta mendapat pertolongan dan bantuan oleh Muhammad Abdul Wahab lantaran kejahilannya untuk menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah, serta melebarkan sayapnya ke persisiran Teluk ,sedangkan kita telah sedia maklumi Baghdad merupakan gedung ilmu juga tempat kelahiran Imam Sayfie, Juniad al-Baghdadi, Imam Ahmad bin Hambal apakan golongan ini mahu mengingkari. ?

Perlulah saudara pembaca fahami di dalam mentafsirkan beberapa hadis kita perlu meneliti dari pelbagai aspek seperti nahu, saraf dan di mana baginda bersabda. Nabi berkata ,( Keluar atau Muncul ) adalah Fei'el Mudhar' yang memberi erti berterusan atau berturut-turut, kini dan akan datang. Jadi boleh kita fahami bahawa selepas Musilamatul al-Kazab akan muncul pula segolongan dari umat ini secara terus menerus dari tempat yang sama, antara golongan yang pendusta agama yang muncul di Nadj adalah Musilamatul Kazab, Zu-Khuwaisirah at-Tamimi ketua Khawarij, Kasib b.Rabi', Misar b. Fadki, kemudian dari Najd juga muncul pula golongan al-Qaramitah dan Muhammad Abdul Wahab an-Najdi, dari Bani Tamim seperti juga golongan Khawarij, besar kemungkinan mereka adalah satu qabilah .



Terdahulu kita pernah terpengaruh dengan revolusi Iran ,gambar-gambar Khomeini digantung dan dijunjung sehingga sebahagian pendokong agama di negara kita terpengaruh dengan gerakkan tersebut atas dasar Islam ,tetapi apa dah jadi sekarang ? mereka tidak lain adalah penganut-penganut fahaman Syiah yang sesat, lalu beberapa ulama kita bangkit lantas membongkar kesesatan ajaran Syiah. Mengapakah baru kita sedar sekarang.? Seolah-olah baru terjaga dari tidur .Di sebalik revolusi tersimpannya suatu misi untuk menyebarkan fahaman Syiah yang dianggap antara yang paling merbahaya

Apakah anda tidak sedari pemikiran Khawarij yang di bawa oleh Muhammad Abdul Wahab yang berselindung disebalik Gerakkan Pembaharuan yang kononnya untuk menghapuskan Syirik telah mula tersebar.Ramai juga di kalangan anak-anak muda kita yang terpengaruh akibat kedangkalan dan keangguhan sehingga mengakibatkan perpecahan antara Kaum Tua dan Kaum Muda.Tempiasan yang sebegini hebat akhirnya melibatkan beberapa ulama Timur Tengah yang terpengaruh dan tidak terkecuali untuk mengetengahkan fahaman yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahab antaranya ialah Muhammad Abduh, Rasihd Ridha dan ramai lagi sehingga mendapat mendapat tentangan dari ulama mu'tabar, cuma mereka tidaklah sedahsyat seperti Muhammad Abdul Wahab yang mempunyai kelengkapan tentera bersenjata. Isu kafir mengkafir juga sedikit sebanyak telah tersebar di pemikiran rakyat kita tetapi sekarang Alhamdulillah segala-galanya telah berakhir.


Kita juga sedia maklum negeri Mekah adalah Darul Iman tetapi golongan ini telah mensyirikkan serta mengkafirkan penduduknya lantas mengusirnya dengan kekerasan dan kekejaman. Jadi jikalau golongan Wahabi mengatakan berlakunya syirik di bumi Mekah dan Madinah khususnya dan amnya di dunia Islam ini adalah pendusta besar, kerana Allah telah memelihara keamanan Mekah , Madinah, Syam dan Yamen untuk menguatkan pendapat ini berkata al-Hafiz ibnu Hajar di dalam kitabnya Syarah Fathul Bari bahawasanya nabi bersabda " Sesungguhnya negeri Mekah itu sentiasalah di dalam Darul Islam" dan banyak lagi hadis yang menyatakan keimanan dan keberkatan Mekah dan Madinah


PERJANJIAN SYAITAN


Ketika mana mereka berkumpul di 'Darul Nadwah' sebagaimana yang telah di janjikan lalu datanglah Iblis berdiri di hadapan pintu menyerupai Shaikh Najd, kita ikuti perbualan ini

Quraisy ; Siapa Shaikh?
Iblis: Shaikh dari Ahli Najd didatangkan dari Mekah ,aku dengar pertemuan kamu maka aku hadir untuk mendengar apa yang kamu bincangkan ,moga -moga aku boleh memberi cadangan dan nasihat.
Quraisy: Baiklah, silalah Masuk ! maka Iblis pun masuk bersama mereka dengan menyerupai seorang Shaikh Najd,setelah mereka berbincang maka berkata sebahagian daripada mereka
Abu al-Bahtari; 'Kita penjarakannya ( Nabi Muhammd ) Ibnu Hisyam ; Kita kunci pintu rumahnya, ( Nabi Muhammd )


Ini adalah catatan ringkas pakatan jahat antara orang kafir dengan iblis yang menyerupai Shaikh Najd untuk membunuh nabi..Dari kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa tiada Shaikh dari Yamen, Iraq, Mesir dan Hijaz yang akan menyerupai Shaikh Iblis dari Najd. ,maka diri sini kita dapat ketahui bahawa Iblis dari ahli Najd telah lama berlaku sejak zaman nabi maka tidak mustahil ia akan muncul semua selepas ini. Sila rujuk (Bidayah wan-Nihayah jilid 2 m.s. 557 & As-Sirah an-Nabawihah ibnu Hisham jilid 2 m.s. 157 Bab Hijrah & Dalaail an-Nubuah & Mukhtasar sirah ar-Rasul Muhamad Abdul Wahab tahun 1408 m.s. 125 )


Di dalam sebuah hadis nabi yang begitu panjang menceritakan sekumpulan pendusta agama ' Akan datang segolongan dari kamu mereka yang menyeru ajaran Tauhid tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa, mereka membaca al-quran tidak melepasi ke tengorok ( bukan dari hati) , dan, mereka membaca al-quran tidak sama seperti kamu baca, mereka sembahyang tidak sama seperti mana kamu sembanyang dan mereka berpuasa tidak sama seperti kamu puasa ,mereka sesat dari agama Islam seperti tersasarnya panah dari busurnya ,kemudian nabi memberikan bentuk fizikilnya ,mereka mencukur rambut dan misai manakala jubahnya di pertengahan betis kemudian mereka membunuh serta menuduh orang-orang Islam adalah penyembah berhala " Berdasarkan hadis ini maka tidak syak lagi golongan ini hampir-hampir menyerupai golongan Wahabi bermungkinan besar mereka adalah golongan yang di maksudkan oleh nabi.









SLOGAN SYAITAN

Golongan Wahabi telah cuba meracuni dan meragui pemikiran umat Islam dengan beberapa slogan syaitan yang hanya tidak lain adalah untuk mewas-waskan umat Islam ,antara slogannya :

1.Katanya; Kita tidak perlu ikut mazhab yang empat tetapi yang penting adalah al-Quran dan Sunnah

2.Katanya: Kita jangan bertaklid pada Imam Syafe,kerana taklid buta
3.Katanya : Nabi ada bermazhab, sahabat bermazhab ?
4.Katanya: Buat apa anda membaca kitab-kitab tua atau kitab-kitab kuning ,ikut al-Quran dan Sunnah sudah memadai
5. Katanya : Anda beramal ni ada nas tak, Maulid nabi ,Maal hijrah ada sahabat buat ?,
6. Katanya : Lebih baik anda baca al-Quran daripada anda baca Berzanji atau Burdah , dapat pahala

7. Katanya : Anda beramal dengan hadis lemah, hadis lemah tak boleh dijadikan dalil
8. Katanya; Nabi ke.. Wali ke... Orang Soleh ke... atau siapa sahaja tidak dapat memberi syafaat melainkan Allah.

9. Katanya; Imam Syafei pun ada buat salah ,dia bukan ma'sum macam nabi

10. Katanya: Jikalau nabi dan sahabat tak buat anda jangan buat. Anda baca Yasin tiap-tiap malam Jumaat ,nabi ada buat ? Anda baca tahlil nabi ada buat ? Anda berzikir beramai-ramai nabi ada buat ? Anda baca ayat-ayat pada hari-hari tertentu nabi ada buat.?

Ini adalah antara was-was yang diilhamkan oleh syaitan terhadap golongan Wahabi, untuk meragukan pegangan aqidah umat Islam.Sedangkan perkara tersebut tidak pernah berlaku sejak berabad-abad yang lampau.



KEKEJAMAN WAHABI

1. Di dalam akhbar As-Safa bertarikh 21 Ogos 1924 ; Dan Golongan Wahabi telah mengharuskan darah umat Islam ,maka mereka telah memasuki Timur Jordan lalu menyembelih wanita, dan kanak-kanak sehingga mencapai ke angka 2750 jiwa. Kemudian mereka pun menyanyi sebelum menyembelih "Tiupan bayu syurga # nak ke mana kau wahai penderhaka" peristiwa ini tidak menghairankan kita kerana ajaran Muhammad Abdul Wahab menghalalkan darah terhadap mereka yang mengingkarnya

( lihat as-Sahbu al-Wabil m.s.276 & Haashiyah Rad al-Muhtar 'Ala ad-Darul Mukhtar jilid 4 m.s. 262. & Majalah Al-Islam Watan bil;147 Tahun ;13 Zul-Qaidah 1419 Febuari 1999)


2. Al-Malik Abdullah al-Hussin bekas pemimpin Jordan lahir pada 1882 mati ditembak oleh sekumpulan pemuda Wahabi yang bersembahyang Jumaat di Masjid Aqsa pada 1951 di dalam tulisannya 'Muzakkirat"

Berkata : Pada hari Khamis 14hb April 1924 telah bersedia segolongan Wahabi buat kali keduanya ke Timur Jordan dan menghalau serta membunuh 500 jiwa dan banyak daripada mereka yang tercedera.

Katanya lagi: Adapun aqidah golongan Wahabi adalah aqidah Badwi, yang diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Sebenarnya golongan Badwi ini mereka diajar untuk menyuburkan tanaman dan pertanian , kemudian sejumlah besar dari mereka keluar beramai-ramai ke bandar untuk menyeru kepada ajarannya , malangnya tidak berjaya, di sebabkan kesesatan yang tersembunyi di dalam ajaran mereka , lalu maka mereka pun melontarkan syirik dan tohmah kepada kaum muslimin.

Beliau ( Raja Abdullah Hussin ) kemudiannya menemui As-Syarif Khalid b. Lu ai di Wadi al-Khirmah yang merupakan seorang pemimpin Wahabi di sebuah wilayah Jordan untuk memeranginya ( golongan wahabi badwi ) kerana telah menyingkirkan Qadhi As-Syarei serta membunuh mereka yang tidak berdosa seperti mana yang berlaku ke atas saudaranya sendiri As-Syarif Biejani ( saudara seibu sebapa kepada as-Syarif Khalid) .

Begitulah tulisan yang dibaca oleh Shaikh Samer Ar-Rifaei di dalam ( Muzakkirati) oleh Raja Abdullah bin al-Hussin yang telah ditembak mati kerana memerangi golongan Wahabi, ketika beliau berusia 62 tahun. ( Manar al-Huda bil;72 Ramadhan 1419M Disember 1998H m.s.12-13 )

Dari tulisan tersebut kita dapati terdapat 2 golongan wahabi yang pertama yang ketuai oleh As-Syarif Khalid b. Lu ai di Wadi al-Khirmah sebuah wilayah Jordan yang kedua adalah golongan Wahabi Badawi


3. Campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri Hadramaut pada abad ke- 19 telah menyebabkan puak Wahabi menimbulkan kekacuan negeri itu.Kaum Wahabi golongan modenis Islam yang di asaskan oleh Muhammad Abdul Wahab di Saudi Arabia pada abad ke 19. Mereka berusaha untuk menghapuskan golongan Syed Hadrami yang dikatakan beraliran konservatif, iaitu mengamalkan ajaran-ajaran lama yang diwarisi oleh datuk moyang mereka .Justeru penentangan ini, tidaklah sedikit dari kitab-kitab agama dan makam-makam alim ulama di Hadramaut dimusnahkan oleh kaum Wahabi, ini sengaja diapi-apikan oleh pihak penjajah bagi tujuan memecah-belahkan orang Islam.Bagaimana pun dengan adanya kekacuanya ini maka tidak sedikit daripada kaum Syed berhijrah ke luar negeri,termasuklah Tanah Melayu. (Islam di Alam Melayu oleh Prof. Dr. Mahayudin Hj Yahya Jabatan Sejarah UKM Bangi. m.s 163 )

4: Prof. Berand Louis Dekan di Jabatan Sejarah Kuliah Dirasaat Afrika Universiti Landon di dalam bukunya ' Al-Ghrabi Wa as-Syarqi Wa Wasati ' iaitu 'Timur,Barat dan Tengah 'berkata ; 'Gerakkan Wahabi ini ditubuhkan bagi mengistiharkan pemisahaan daripada mewala'kan atau mengakui kepimpinan Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki.Gerakkan ini juga tidak mahu dipengaruhi oleh mana-mana pemikiran bangsa Arab serta berhasrat untuk menghapuskan kebudayaan dan pemikiran bangsa Parsi dan Turki yang tidak melambangkan Islam .' Dengan ini jelas bahawa gerakkan yang merbahaya ini bukan sahaja menipu masyarakat dengan slogan 'Tauhid', tetapi juga berhasrat untuk memusnahkan Daulah Uthmaniah yang boleh diistilahkan seperti Duri dalam daging dan gunting di dalam lipatan (ad-Dakwah al-Wahabi .Dr M. Kamil m.s. 241)



GERAKAN WAHABI GERAKAN AL-BURTANIAH

Berkata Al-jawahir: Adalah semenajung Arab sebelum Peperangan Dunia Pertama adalalah di bawah naungan Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki , akan tetapi dengan kemunculan Ibnu Saud di Nadj mereka telah memperkukuhkan kekuasannya dan melebarkan empayarnya di Timur sehingga ke persisiran Teluk .

Ibnu Saud ini merupakan ketua Mazhab Islam yang di kenali sebagai Mazhab Wahabi yang di tubuhkan pada kurun ke 18 H oleh Muhammad Abdul Wahab .Mazhab ini telah menuju kepada pembaharuan Islam yang mana ia memihak atau seumpama dengan GERAKAN AL-BURTANIAH bagi agama AL-MASIH .

Golongan Wahabi ini , telah menghapuskan lambang keagaman atau syiar Islam seperti kesan sejarah, kesan-kesan peninggalan awliyak atau maqam-maqam yang telah dibina oleh masyarakat Islam dahulu.Kemudian golongan wahabi ini menuduh kesemua ini ( peninggalan ini ) adalah berhala.


Ia adalah seumpama juga GERAKAN AL-BURTANIAH bagi agama AL-MASIH yang telah memusnahkan AR-ROMAN AL-KATHOLIK suatu tempat yang di anggap suci bagi agama al-Masih.Kerana itulah golongan wahabi di anggap berbeza dari sebahagian umat Islam yang lain .




MEMOHON SYAFAAT BOLEH DIBUNUH DAN DIRAMPAS HARTANYA.

Berkata Muhammad Abdul Wahab; Dan diketahui bahawa pengakuan mereka terhadap Tauhid Ar-Rububiah tidak termasuk di dalam agama Islam, dan apabila mereka menuntut syafaat kepada malaikat, ambiyak dan awliyak serta mendekatkan diri kepada Allah dengan perkara tersebut,maka di halalkan darah mereka dan hartanya boleh dirampas.( Ta'liq Kasfu Syubhat m.s. 15 cetakkan Darul Imam )




WAHABI ADALAH PEMBELA YAHUDI

Di sini saya nyatakan agama baru yang di bawa oleh Wahabi bertepatan dengan agama Yahudi.

SUARA;

Berkata Yahudi : Dari sekelian makhluk yang mendengar suara Allah .(Safar at-Tasniah al-ishahi 5 ayat 26 ) Berkata Wahabi : Dan sesunguhnya perkataanNYA suatu huruf dan suaraNYA didenganya ( kitab Tauhid Darul Dakwah as-Salafi ibnu Khusaimah tahkik Muhammad Haras m.s. 138.
Berkata Ahli Sunnah; Dan tidak sah mengumpamakan suara Allah kepada yang baru (Maqalat al-Kusari m.s. 32 dan semua kitab ahli sunnah)


Berkata Yahudi; Sesungguhnya kami bersedia mendengar suara ar-Rab Tuhan kami (Safar at-Tasniah al-ishahi 5 ayat 24 ) Berkata Wahabi; Maka apabila mereka mendengar suaraNYA lalu mereka pengsan daripada kehebatan suara dan kekuatanNYA ( kitab Tauhid ibnu Khusaimah m.s. 136 ).


Berkata Yahudi; Maka berkata Tuhan di pertengahan api neraka ,dan kamu semua mendengar suara akan tetapi tidak melihat rupa, bahkan suara. ( Safar at-Tasniah al-ishaahi 4 ayat 12 )
Berkata Wahabi: Maka diketahui sesungguhnya kalamNYA.Kemudian sebahagian mereka mendengar kalamNYA dan tidak melihat diriNYA ( kitab Tauhid ibnu Khusaimah m.s. 137 ).
Berkata Yahudi; Dan mendengar keduanya ( Adam dan Hawa) suara Allah bergerak di dalam syurga Maka berkata Adam: ' Aku dengar suara ENGKAU ( ALLAH ) di dalam syurga ( Safar at-Takwin al-Ishaahi 3 ayat 8-10 )

Berkata Wahabi; Dan Allah subhanahu wataala menyeru Adam dan Hawa dengan suara. (Syarah al-Aqidah al-Wasatiah oleh Ibnu Taimiyah -ta'liq M.Haras m.s. 96 )
Berkata Yahudi; Dan Musa berdialog lalu Tuhan menjawabNYA dengan suara (Safar at-kharij al-ishaahi 19 ayat 19 )

Berkata Wahabi; Dan Allah subhanahu wataala menyeru Musa dengan suara( Syarah al-Aqidah al-Wasatiah oleh Ibnu Taimiyah -ta'liq M.Haras m.s. 96 )
Berkata Yahudi: Allah menguatkan suaraNYA yang mengejutkan( Safar Ayub al-ishaahi 37 ayat 2-6) Berkata Wahabi: Yakni mereka mendengar suaraNYA azawajalla dengan wahyu yang kuat yang berdenging ( Kitab Tauhid ibnu Khusaimah m.s. 146 & Majmuk min ar-Rasail Wal Masaail an Nadjiah Wal- Fatwa oleh Abdullah b Abdulrahman m.s. 176-177).

Berkata Ahli Sunnah: Sesiapa yang mensifatkan Allah dengan sifat manusia maka adalah kafir


2. DUDUK

Berkata Yahudi; Maka aku mendengar kalam ar-Rab dan sesungguhnya aku melihat ar-Rab berkeadaan duduk di atas al-kursi dan kesemua tentera langit berhenti di kanan dan kiriNYA kemudian keluarlah roh dan berhenti di hadapan ar-Rab ( Safar al-Muluk al-Awal al-ishaahi 22 ayat 19-20)
Berkata Wahabi: Maka sesungguhnya Muhammad Rasulullah mendudukiNYA RabNYA di atas 'Arasy bersamaNYA. ( Majmuk al-Fatawa jilid 4 oleh Ibnu Taimiyah m.s. 374 )
Berkata Ahli Sunnah : Saidina Ali berkata:"Sesungguhnya Allah menjadikan 'arasy dan memberitahu kudratNYA dan jangan mengambilNYA kedudukanNYA pada zatNYA" ( riwayat oleh Abu Mansur al-Baghadi di dalam kitab al-farqu baina al-Firaq m.s 257 )

Berkata Yahudi; Allah duduk di atas kursi QudusNYA. ( Safar al-Mazmier al-ishaahi 37 ayat 8 )
Berkata Wahabi; Apabila duduk ar-Rab di atas al-Kursi ( Fathu al-Majid oleh Abdul Rahman ali Shaikh tahkik ibnu Al-Baz m.s. 393)
Berkata Ahli Sunnah: Dan menjadi kafir barang siapa mengatakan Allah duduk di atas al-kursi ( al-Fatawa al-Hindiah jilid 2m.s.259
Maka dengan ini jelaslah kepada kita golongan Wahabi ini telah mensifatkan hak Allah kepada hak manusia .




MUHAMMAD ABDUL WAHAB MEMBAWA AGAMA BARU
Secara ringkasanya Muhammad Abdul Wahab telah membawa agama baru,ini terbukti melalui beberapa kenyataan ahli sejarah:

1. Seorang ahli sejarah Soviet Vladimir Lewisky ( 1906-1962) di dalam kitabnya :'Tarikh al-Aqtar al-Arabiah al-Hadis " terjemahan Afifiah al-Bastami cetakkan Darul Taqaddum Moskow 1977 m.s. 95-97 berkata: "Selepas beliau pulang dari Najd sekitar umur 40 tahun, beliau pun berkhutbah di hadapan penduduk badwi Najd untuk mengajarkan agama baru (ad-Dakwah al-Whabi dr M. Kamil m..s. 242 ).

2. John Roymond penulis Perancis dalam bukunya bertajuk 'Memoires sur I'origine des wahabys p. 5." berkata "Abdul Wahab (ayahnya seorang Qadhi ) pada peringkat awalnya telah menerima dakwah anaknya, akan tetapi agama (ajarannya) tidak disebarkan secara terang terangan ( kerana di takuti ) kecuali sedikit daripada sahabatnya yang mempercayainya dengan keiklasannya dan menyembunyikan ajaran Muhamamd Abdul Wahab ini secara rahsia. Maka selepas kewafatan ayahnya barulah Muhammad Abdul Wahab menyebarkan dakwah beliau secara terang terangan (ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 47-48.)

syarik, jahil dan sesat dan tidak mengetahui agama Islam......... ketika mana Muhammad Abdul Wahab menyampaikan ajaranya ramailah di antara mereka yang menerimanya di sebabkan tiada pegangan agama ,dan mereka juga tidak mengetahui bahawa mazhab yang dibawa olehnya ( Muhammad Abdul Wahab) adalah bertentangan dengan pegangan mazhab Imam Ahmad bin Hambal yang hanya menasabkan sebagai simbol sahaja . Daripada apa kecenderungaan dan minat mereka (orang Badwi ) pada agama baru ini, bahawasanya Muhammad Abdul Wahab menghalalkan bagi mereka untuk membunuh orang-orang muslim serta merampas harta mereka. (ad-Dakwah al-Wahabi dr M. Kamil m..s. 234.)

4. Ahli sejarah Denmark Crystal Nebahor di dalam bukunya bertajuk "Wasfu Jazirah Arab" beliau adalah antara orang Barat pertama yang membahaskan tentang pergerakkan Muhammad Abdul Wahab. Selepas beliau menziarahi Yamen, persisiran Teluk, Iraq, Syam pada kurun ke 18 dan di antara tujuannya adalah untuk menemui Muhammad Abdul Wahab di ad-dar'yah, akan tetapi dengan sebab keselamatannya beliau tidak dapat sampai ke daerah Najd, lalu beliau pun mengambil berita pergerakkan tersebut di Basrah yang tidak jauh beza daripada apa yang sebenarnya ,

Kemudian buku tersebut telah diterjemahkan oleh Dr Munir al-'Ajlaani di dalam kitabnya bertajuk ; "Tarikh al-Bilad al-Arabiah as-Saudiah" jilid 1 iaitu {Sejarah Negara Saudi Arabiah }katanya : " Selepas beberapa tahun beliau (Muhammad Abdul Wahab) pun membentuk firqah jadid bahkan agama baru.
Katanya lagi; Selepas beliau pulang dari Najd ,beliau kemudiannya menyeru seluruh penduduk Najd kepada pemikiranya iaitu agama baru.

Katanya lagi; Bahawasanya Muhammad Abdul Wahab berpendapat Sesungguhnya Muhammad, al-Masih, Musa dan semua ambiyak adalah lelaki yang agung dan mereka layak untuk dimuliakan, akan tetapi beliau
( Muhammad Abdul Wahab) tidak mempercayai kewujudan kitab Allah, kitab yang diturunkan dari langit atau yang diturunkan melalui perantaran Jibril.
Aku tidak tahu sama ada kamu percaya atau tidak ,kerana orang-orang badwi mereka berkata pada diri mereka, mereka adalah Muhammadun (umat Muhammad ) akan tetapi mereka tidak mengenali Muhammad bin Abdullah dan memahami al-quran. ( lihat ad-Dakwah al-Wahabi .Dr M. Kamil m..s. 236-238 )

5 Manakala di dalam ( Majalah Islam Watan keluaran April 1999 tahun ke 13 bil; 149 Muharam 1420 .m.s 7 ) Shaikh Syaid Muhammad 'Ala an-Din Madhi Abu al-'Azaim" Yang nyata dari hal Muhammad Abdul Wahab bahawasanya beliau mendakwa sebagai nabi, melainkan beliau tidak mampu menzahirkan secara terang-terangan dan adalah pada awal perlaksanaanya sukalah bagi saya menyingkap sejarah Musilamatul Kazab , Sajah, Al-Aswad dan Tuliakh kesemua ini adalah pendusta agama. Mereka menyembunyikan pengakuan beliau sebagai nabi, dan jikalau memungkinkan beliau untuk menzahirkan ,maka beliau akan berkata : Aku diutuskan kepada kamu untuk membawa agama yang baru ,kerana itu beliau mengkafirkan sahabat dan bertopengkan mazhab Hambali, dan tidak menerima agama nabi Muhammad melainkan al-Quran dan mentafsirkan mengikut hawa nafsu serta menolak pandangan ulama silam.

Sejarah ini tidak ubah seperti mana yang berlaku kepada Musilamatul Kazab di Nadj mari sama-sama kita perhatikan :

Berkata Ibnu Ishak: Adalah Musailamah b. Habib al-Kazab telah menulis sepucuk surat kepada Rasulullah katanya ; Dari Musilamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah Salam Sejahtera. Dengan ini , Maka sesungguhnya aku ingin berkongsi bersama kamu (Nabi) pada urusan ini maka bagi kamu sebahagian bidang tanah dan bagiku sebahagian bidang tanah.

Hadis ini mengisahkan tentang bagimana Musailamah al-Kazab ingin berkerjasama sebagai Utusan Allah untuk menyebarkan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi,lalu berjanji akan membahagikan sebahagian bidang tanah untuknya.

Begitu jugalah persepakatan dan perkongsian Muhammad Wahad bersama Keluarga Saud lalu beliau melebarkan empayarnya sehingga ke persisiran Teluk, selepas Muhammad Abdul Wahab bernaung di bawah keluarga Saud, untuk mengukuhkan kedudukkannya serta menyebarkan dakyahnya secara tersembunyi maka akhirnya terciptalah sebuah kitab yang berjudul 'At-Tauhid' yang tidak lain hanya memuatkan perkataan syirik, sesat, bidah yang menyelubungi umat pada zaman ini. Muhammad Abdul Wahab tidak menzahirkan dakwahnya sehinggalah kematianya ayahnya pada 1153H,

Ini terbuki daripada kajian ahli sejarah Ibnu Bisr katanya: "Ramai daripada mereka yang mengingkari (ajaran Muhammad Abdul Wahab ) dari semua aspek sehinggalah berlakunya pertentanggan antara beliau dan ayahnya, juga terhadap keluarganya serta penduduk Badwi Najd sendiri maka beliau pun membentuk ajarannya dalam tempoh dua tahun sehingglah di akhiri dengan kewafatan ayahnya pada 1153H kemudian mengistiharkan dakwahnya ke seluruh penduduk Najd . ( Tarikh Nadj jilid 1 Tahun 1973 m.s. 21-22 & ad-Dakwah al-Wahabi Dr M. Kamil m..s. 39.-48 )




MEMELIHARA KESAN SEJARAH YAHUDI

Ketika mana pelampau-pelampau Wahabi menyerang kota Mekah dan Madinah lalu merosakkan harta benda seperti qubah, lampu, tempat penyembelihan nabi Ismail, kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai, dalam masa yang sama mereka telah mengekalkan sejarah dan kesan peninggalan orang-orang Yahudi, mari sama-sama kita perhatikan:

a) Di kota Madinah terdapat kubu pertahanan Kaab b.al-Asraf yang merupakan ketua kaum Yahudi, kesan sejarah ini tidak dimusnahkan malah dipelihara lalu mereka meletakkan papan kenyataan yang berbunyi seperti berikut BAHAYA! & PERHATIAN! KAWASAN SEJARAH ;di bawah akta 26 bertarikh 12-6-1392. Barang sesiapa yang menceroboh atau melakukan kerosakkan akan dikenakan denda dan hukuman. Na'uzubillahhi minzalik

b) Selain daripada itu Golongan Wahabi telah memperbesarkan sebuah Masjid Dhirar iaitu sebuah masjid yang dibina oleh orang-orang Munafiqin, lalu baginda Rasulullah memerintahkan agar masjid tersebut dimusnahkan kerana ianya dibina bukanlah atas dasar taqwa. Masjid tersebut berdekatan dengan Masjid Quba' (kini berada di dalam Masjid Quba ) mereka beralasan kononya untuk memperbesarkan Masjid Quba' .Apakah masjid yang diperintahkan oleh nabi untuk dimusnahkan ,dibina semula oleh golongan Wahabi al-Kazab.? Na'uzubillahhi minzalik Benarlah firman Allah di dalam surah as-Shaff ayat 4 " Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "


WAHABI ADALAH KHAWARIJ JADIAN

Antara syubhat golongan Wahabi yang meyerupai golongan Khawarij ialah;

1. Golongan Khawarij berkata : orang yang melakukan dosa besar adalah kafir, manakala Golongan Wahabi pula mengkafirkan sekelian umat Islam ke atas musuhnya yang berdosa.

2. Golongan Khawarij menghukumkan apabila nyata dosa besar di sesebuah negara Islam, maka dihukumkan Darul Harb dan harus diperangi dihalalkan darah dan harta mereka .Golongan Wahabi pula akan memerangi terhadap mereka yang menzirahi maqam, meminta syafaat dan kawasan-kawasan orang soleh, lalu memusnahkanya.

3. Golongan Wahabi dan Khawarij merupakan 2 golongan yang jumud dan ganas di dalam agama, Khawarij mengatakan sesiapa yang menerima majils Tahkim adalah syirik kepada Allah. Beliau jumud terhadap agama antara slogan mereka " Tiada hukum melainkan Allah" sedangkan Tahkim termaktub di dalam nas dan sunnah serta ijmak ulama. Begitu juga golongan Wahabi mengatakan sesiapa yang meminta syafaat kepada nabi dan orang soleh mahupun awliyak adalah mensyirikkan Allah antara slogan mereka " Tiada syafaat melainkan Allah " inilah konsep yang diamalkan oleh kedua-dua golongan untuk meragukan aqidah umat Islam yang kononnya mereka adalah golongan tauhid yang benar.


4. Berkata Ibnu Taimiyah ;Golongan Khawarij yang mula-mula menimbulkan bidaah di dalam masyarakat Islam ,mereka mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka ( Majmuk al-Fatawa jilid 13 oleh Ibnu Taimiyah m.s. 20 ) seperti itu jugalah bidaah Wahabi yang merupakan bida'h yang terakhir pada abad ini, yang berpunca daripada Ibnu Taimiyah.

5. Seperti mana di dalam hadis nabi antara sifat Khawarij adalah membunuh dan menuduh umat Islam penyembah berhala ( Syirik ) maka bertepatanlah dengan golongan Wahabi ini yang memerangi umat Islam , merampas membunuh , serta menuduhnya umat Islam penyembah berhala

6. Begitu juga kedudukan dan munculnya golongan Wahabi di Nadj, yang merupakan markaz Iblis, mereka akan mencukur rambut termasuklah wanita dan membuat kekacauan di alam samesta,tidak ada fitnah yang lebih besar melainkan fitnah Wahabi

7. Di dalam sebuah hadis nabi menyatakan sifat Khawarij ; "Bahawasanya mereka melemparkan ayat-ayat yang diturukan kepada orang-orang kafir, maka mereka jadikan untuk orang-orang mukmin." ( Sahih bukahari Kitab Istitaabah al-murtaddin bab 5 ) begitu juga nabi bersabda dari ibnu Abbas "Janganlah kamu menjadi seperti Khawarij mereka menta'wilkan ayat-ayat al-quran untuk ahli qiblat, sedangkan ayat ini diturunkan kepada ahli kitab dan orang musyirikin, maka mereka jahil lalu beramal dengannya , lalu mereka menumpahkan darah dan merosakkan harta benda". Inilah ciri-ciri terakhir yang tepat bagi golongan Wahabi,






PENGIKUT WAHABI.


1. Dalam kitab Syanatul Insan", oleh Muhammad Bashir As-Sahsawani Wahabi dari India ( 1851-1925) tulisan beliau ini telah disahkan oleh Muhammad Abduh yang terpengaruh dengan gerakkan pembaharuan. Beliau telah mengkafirkan barang siapa yang meraikan perayaan Maulid ar-Rasul akan tetapi beliau mengharuskan untuk meraikan perayaan Muhammad Abdul Wahab pada tiap-tiap tahun seperti Nadwah dan Mu'tamar dengan mewah serta membelanjakan sejumlah wang yang besar.( Kitab Haaza Walidi ertinya Ini Bapaku iaitu Muhammad Abdul Wahab m.s. 123 )

2. Berkata Abu Bakar al-Jazair seorang Wahabi di Masjid Nabawi " Sesungguhnya sembelihan untuk diberikan kepada fakir miskin di musim perayaan Maulid ar Rasul adalah lebih haram daripada daging babi. "
Na'uzubillahhi minzalik ( Lihat al akalah as Sunniah oleh al-Harari m.s 29.)

3. Beliau juga mengeji dan melarang perkataan SAIDINA pada nabi Muhammad yang merupakan perbuatan bid'ah dan di sifatkan sebagai Ghulu bererti berlebih-lebihan, akan tetapi dibolehkan kepada pemimpin-pemimpin mereka seperti gelaran " Sohib al-Jalalah Saidina wa Maulana al-Malik Si polan…, Sohib Sa'adaah al-Wajiahah Si Polan…, Sohib al-Malik al-Wazir…. dan macam-macam lagi. Apakah gelaran tersebut tidak Ghulu ? Apakah gelaran tersebut tidak berlebih-lebihan ? Apakah menjadi suatu kesalahan selaku umatnya memuji-muji pesuruhnya ? Apakah pemimpin-pemimpin mereka atau Wahabi lebih afdhal daripda Rasulullah sehingga sanggup berkata "Cukuplah dengan panggilan Muhammad ' .begitulah golongan Wahabi yang tidak mempunyai adab sebagai umatnya.

4. Setelah mereka melarang pengucapan seperti SAIDINA kepada Rasulullah yang di sifatkan sebagai ghulu, Maka tidak mengapa malah di haruskan mendaftarkan gelaran kononnya ( SHAIKH ISLAM ) kepada Muhammad Abdul Wahab An-Najdi al-Kazab. Gelaran tersebut adalah tidak layak sama sekali, apa yang peleknya ada pihak-pihak yang tertentu begitu jahil tentang latar belakang sehingga mengemukakan Tokoh Silam Muhammad Abdul Wahab kononya beliau adalah Gerakkan Pembaharuan Apakah 'Shaikh Islam' membuat bencana, malapetaka, kerosakkan di alam ini ? Apakah Tokoh ini menentang Darul Khilafah Uthmaniah ? Apakah Tokoh ini menentang saudara dan ayahnya seorang qadhi pada waktu itu ? Apakah Tokoh ini melawan pendapat Ulama Harmain yang mu'tabar, lebih alim, lebih ulung dan unggul ? Apakah Tokoh ini membunuh mereka yang tidak berdosa ? Apakah Tokoh ini menyeru agar tunduk dan patuh kepadanya ? Apakah Tokoh ini melontarkan kata-kata Syirik , kafir kepada Umat Islam dan Ahli Kiblat ? Mengapa Tokoh ini tidak menentang golongan kufar dan penjajah tetapi sanggup menentang orang Islam sendiri, Tidakkah Tokoh ini mengkafirkan sahabat ? tidakkah ini di namakan penderhaka yang harus diperangi..

5. Di dalam kitab (Majmuk al-Mufid fi-aqidah at-Tauhid oleh Ali b. Muhmmad al-Wahabi an-Najdi m.s. 55 katanya Wahai orang-orang muslimin tiada bermanafaat Islam kamu selagi mana kamu tidak memerangi golongan ahli tariqah sufiah ,maka apa yang sepatutnya kamu lakukan adalah menyingkirkan mereka daripada majlis dan masjid-masjid kamu dan hendaklah kamu memerangi orang sufi sebelum kamu memerangi orang Yahudi ' Na'uzubillahhi minzalik

6. Seorang lagi pengikut Wahabi yang tidak asing lagi dan kini menetap di Jordan bernama Muhammad Nasruddin al-Baani .Di dalam majalah al-Hars al-Watani tahun ke 14 bil; 134 Rabiul Akhir 1414M bersamaan Oktobar 1993 katanya Adalah menjadi satu kewajipan bagi penduduk Palastin yang bermuqim meninggalkan negara mereka dan menjadikan negara mereka milik orang-orang Yahudi seperti mana yang berlaku pada penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah Na'uzubillahhi minzalik

7. Muhammad Nasruddin al-Baani juga telah melakukan beberapa kekeliruan dan kesalahan dengan mendhaifkan lebih kurang 7000 hadis sahih (sila rujuk ;Tanaqudat al-Baani- maktabah Imam Nawawi oleh Shaikh Hassan As-Sagaf )

8. Golongan Wahabi ber'tiqad bahawa mereka adalah golongan Tauhid yang benar adapun kaum muslim yang lain adalah musyrik dan dihalalkan darah mereka sehingga ke anak cucu, harta dan negara mereka boleh diperangi dan dirampas. Na'uzubillahhi minzalik

9.Golongan tersebut ber'tiqad tiada guna sesorang itu mengucapkan la ilaha illah Muhammad Rasulullah selagi mana mereka menuntut syafaat atau bertabaruk kepada nabi mahupun wali. Na'uzubillahhi minzalik

10.Berkata pendakwah Wahabi; Muhammad Ismail ad-Dahlawi di India "Barangsiapa yang membayangkan ketika solat bahawasanya ia berzina dan berjimak dengan isterinya tidak berdosa ,tetapi jikalau membayangkan shaikh sekalipun nabi adalah tidak harus ( haram) ,kerana itu adalah lebih buruk dari keldai dan lembu". Berkata Imam Ghazali : Dan hendaklah menghadirkan di dalam hati kamu syakhsi rasul dan katakanlah: Salam Sejahtera Wahai Rasulullah ( Ihyak Ulumu din m.s. 169 ). Menggambarkan wajah shaikh ketika berzikir adalah harus ,Bagaimana jikalau anda mengambarkan wajah shaikh ketika solat adakah batal ? Adakah Syirik ? Adakah berdosa ? sedangkan anda berada di hadapan Tuhan. Bagaimana pula jikalau anda sembahyang anda teringat anak-anak ? Adakah Batal ? Jadi, mengambarkan wajah shaikh bukanlah satu syarat ,cuma sebagai wasilah saja. Bagaimana pula jikalau anda menggantung gambar keluarga atau shaikh .Adakah syirik ? Lihat ( As-Syariaat wa- At-Tariqat oleh Shaikh Zakaria al-Kandahlawi ulamak hadis di India yang mashyur m.s. 162-171 )

NASIHAT ULAMA KEPADA MUHAMMAD ABDUL WAHAB

1. Shaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi seorang ulama yang Mu'tabar pengarang kitab Khawashi pada syarah ibnu Hajar 'ala matan Ba Fadhil al-Hadrami iaitu Muqadimah Hadhrami sebuah kitab feqah mazhab Syafe' yang menjadi rujukan dan sukatan pelajaran di beberapa tanah Arab seperti Yamen. Beliau berkata ; ' Wahai anak Abdul Wahab aku menasihati kamu kerana Allah supaya menghentikan lidah kamu daripada orang-orang Muslim………

2. Shaikh Abdul Rahman al-Ahdal Mufti Zabid ( Zabid adalah sebuah bandar yang berhampiran dengan laut merah di negeri Yamen antara 'Adn dan Mekah ) " Aku tidak berhajat untuk mengarang kitab bagi menolak fahaman Wahabi, bahkan cukuplah bagiku menolaknya dengan hadis nabi 'Bahawa tanda-tanda mereka adalah mencukur rambut ,maka sesungguhnya ianya tidak pernah dilakukan oleh sesorang pun daripada mereka yang telah sesat .

3. Shaikh Sulaiman Abdul Wahab saudara kandunganya sendiri telah menasihati beliau di dalam .sebuah kitab yang berjudul " As-Sawaa'q al-ilaahiah fi rad 'ala Wahabiah"yang bererti"Halilintar Ilahi pada menolok ke atas fahaman Wahabi ."

4. Berkata Shaikh Yusuf an-Nabhani Qadhi' Beirut wafat pada (1350 @1932) merupakan seorang wali Allah yang sering kali berjumpa dengan nabi katanya ,Wajib ke atas penuntut ilmu dan orang awam di kalangan orang Islam tidak mencampuri mereka yang membidaahkan dari kalangan penuntut yang cetek keilmuannya ,ulamak fasiq yang meragukan aqidah umat Islam dan berpakat untuk memecahbelahkan kaum muslimin dengan mewas-waskan kesahihan ikutan imam-imam mujtahid dan mencerminkan golongan Wahabi ini dakwannya ,bahawa mereka adalah golongan yang memelihara Tauhid rabu 'a lamin ( Syawahidu al-hak m.s. 54 darul Kutub Ilmiah 1996 )

5. Doktor Ramdhan al-Buty seorang ulama Syam yang kuat ,menentang golongan Salafi di dalam kitabnya As-Salafi m.s. 236. berkata ; 'Maka mereka menyeru supaya menukar kalimah "Al-Wahabi" kepada "As-salafi " dan mereka mengharapkan agar gelaran baru ini sebagai alamat mazhab yang silam (Salaf), serta menghindarkan masyarakat daripada pemikiran yang hanya terbatas kepada Muhammad Abdul Wahab bahkan menaikkan as-Salaf. Bahawasanya di dalam pembinaan mazhab ini adalah lebih terselamat di atas pegangan aqidah as-Salaf dari sudut pemikiran dan jalan .Katanya lagi maka tidak syak inilah bidaah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

6. Shaikh Zaini Dahlan Mufti Syafie' Mekah seorang ulama' yang tiada tolok bandingan karyanya meliputi kesemua bidang nahu, sejarah Islam, feqah juga ulama yang banyak meriwayatkan hadis nabi lagi thiqah lebih manis dengan gelaran Shaikh Hijaz atau Shaikh Islam yang wafat pada 1304H @ 1874M menolak sekeras-kerasnya fahaman Wahabi, yang disifatkan sebagai fitnah yang sangat bahaya katanya: " Inilah bencana dan ujian daripada Allah ke atas hambanya ,yang merupakan sebesar-besar fitnah yang melanda umat Islam, akibat daripada kurang berjaga-jaga terhadap malapetaka dan bencana yang maha dahsyat ini. Mereka berpakaian agama serta menyembunyikan sesuatu yang memberikan kesamaran, lalu menyuruh penduduk Badwi melaksanakan solat Jumaat dan jemaah, melarang zina ,liwat dan menyeru kepada Tauhid kemudian memperbaiki hal keadaan mereka ,lalu berkata; Sesungguhnya umat Islam telah syirik sejak 600 tahun yang lalu .Fakta ini telah di perkuatkan oleh beberapa ahli kaji sejarah Turki antaranya George Basha ( Sila lihat kitab Ad-Duraru as-Sunniah Fi Rad 'Ala Wahabiah m.s. 98-100 & Fitnah al-Wahabiah & As-Sawa'q Ilahiah Fi ar-Rad 'Ala al-Wahabiah)

7. Shaikh Muhammad Abdul Salam al-Kaazimi Al-Hassani ( gambar menangis) beliau adalah Ulama' di Jamiah al-Gauthiah di Daka Bangladash berkata ;Mazhab Wahabi adalah mazhab yang merbahaya dan meruntuhkan masyarakat Islam ,aqidah yang melencong ini mendatangkan fitnah. Katanya lagi golongan Wahabi mengatakan kami mengikut Al-Quran dan Sunnah tetapi apa yang sebenarnya berlaku mereka mengikut telunjuk syaitan. Shaikh Muhammad Abdul Salam akhirnya bertaubat setelah beliau keluar daripada fahaman Wahabi katanya ' Adalah Aku seorang Wahabi kemudian aku bertaubat " begitulah bahayanya Wahabi yang melanda masyarakat dunia Islam masa kini, tidak keterlaluan saya katakan jikalau benar-benar Hussen Yee berfahaman Wahabi segeralah bertaubat .( Manar al-Huda bil; 68. Rabiul Akhir 1419 Ogos 1998 m.s.19)

Semua masyarakat Islam sudah tahu di Mekah tiada lagi sandaran kepada mazhab yang empat selain daripada al-quran dan sunnah sebagai sumber rujukkan ketika tiba musim haji , Gerakkan ini akhirnya telah menjadikan Mazhab Wahabi sebagai agama baru di negara Saudi tidak sedikit daripada pelajar-pelajar kita yang terpengaruh dengan dakyah Wahabi lantaran bahan bacaan yang terbatas memihak kepada Wahabi. Jikalau mereka menyatakan mereka mengikut mazhab Hambali adalah pendusta besar anda boleh bacan kitab ( Shaikh di dalam Ilmu Tariqah oleh Prof. Dr Jahid Sidik seorang Shaikh Tariqah Naqshahbandi di Johor)


ANTARA KARYA AGUNG ULAMA' YANG MENOLAK FAHAMAN WAHABI

Sebelum mengakhiri tulisan ini eloklah kiranya saya menampilkan beberapa karya ulama yang membenteras fahaman Wahabi. Terdapat kira-kira ratusan karya ulama' yang menentang fahaman Wahabi, adalah suatu yang mustahil ulama berpakat, sebagaimana pakatan jahat golongan Wahabi Ulama terbilang jasanya pasti di kenang. Antara ulama dunia yang telah membatalkan faham Wahabi ialah ;

1 Shaikh Samsuddin bin Salim lebih di kenali Ibnu as-Safarini wafat 1188H -( al-Ajwibah an-Njdiah 'an al-As'ilah an-Najdiah.) menolak surat-surat Wahabi an-Najdi
2.Shaikh Muhammad Hassan- ( Usul Arbain fi Tardi al-Wahabiah ) wafat 1346H
3.Shaikh Ata' al-Kasmi - (al-Aqwal al-Mardhiah fi ar-Rad 'ala al-Wahabiah )
4.Shaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi ketua Tariqat ar-Rifaei di Baghdad ( al-Awraq al-Baghdadiah fi Jawabaat an-Najdiah ). Surat-surat jawapan dari ulama' Baghdad.
5.Ayub Basha ar-Rumi ( Tarikah al-Wahabiah ) Sejarah Wahabi.
6. Mufti Quds ; Shaikh Muhammad an-Nafilani al-Hanafi 1315H (at-Tahriraat ar-Raa'qah )
7.Mufti Az-Zubair di Basrah; Abdul Muhsin (al-Rad 'ala al-Wahabiah )
8.Mufti Fas di Maghrib; Shaikh Al-Mahdi al-Wazizaani ( Rad 'ala Muhammad Abdul Wahab )
9.Mufti Madinah Munawwarah : Shaikh Muhammad al-Khidir as-Syanqiti 1353H ( Qama' ahli az-zaigu wal-Ihaad )
10.Mufti Mekah : Shaikh Zaini Dahlan ( kemua karya beliau)
11.Mufti Mesir ; Shaikh Hasanian Makhluf ( Risalah fi Hukum at-Tawasul bil Ambiyak wal Awliyak )
12.Guru kepada Muhammad Abdul Wahab- Shaikh Abdullah bin Abdul Latif ( Tajrid Saifu al-Jihad li Muddae' al-Ijtihad ) Menghunus Pedang Jihad bagi mereka yang mendakwa Ijtihad.
13.Guru kepada Muhammad Abdul Wahab - Shaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi as-Syafei' (Rad 'ala Muhammad Abdul Wahab ) mendapat firasat beliau akan menyesatkan umat.
14.Ulama' Sudan Shaikh Ali Zainal Abidin ( Rad 'ala firqah al-Wahabi )
15.Ulama'Afrika -Malik ibnu Shaikh Mahmud- Mudir Madrasah al-Irfan Mali ( Al-Rad 'ala Wahabi )
16.Ulama' Tunisia - Shaikh Soleh al-Kawashi- ( Risalah Rad ibnu Abdul Wahab)
17.Ulama' Tunisia - Shaikh Ibrahim b. Abdul Qadir at-Tarabulsi -( ar-Rad 'ala Wahabi ) wafat 266M
18.Ulama' Iraq' - Abdullah Afendi ( At-Tawdhih 'an Tauhid fi Jawab Ahli Iraq 'ala M.Abdul Wahab )
19.Qadhi Beirut - Shaikh Yusuf An-Nabhani. Semua karya beliau amat luar biasa dan mengkagumkan
20.Qadhi Maghribi-Manuskrip -Ribadhah - Maktabah al-Kataaniah. no.13250
21.Ulama Hadis Maghribi: Shaikh Soleh Al-Falani ( Rudud 'la Muhammad Abdul Wahab)
22.Imam Maqam Ibrahim di Mekah -Shaikh Muhammad Soleh az-Zamzami as-Syafei 23.Shaikh Hijaz dan Syam- Shaikh Abdullah al-Qudwami (Rad 'la Muhammad Abdul Wahab)
24.Shaikh Islam - Ismail At-Tunis (Rad Muhammad Abdul Wahab) di cetak di Tunis wafat 1248H
25.Ulamak Al-Azhar- Shaikh Abdul Rab b. Sulaiman ( Faidul Wahab ) 6 jilid
26.Amir Zafar- As-Syarif Abdullah b. Hassan Basha Al-Alawi al-Husaini (Sadaq al-Khabar fi Kawarij al-Qarni as-Thani Asyar )yang bermaksud "Berita Benar Muncul Khawarij di kurun ke 12 "
27.Kiyai Surajuddin Abbas Ulama' unggul Nusantara Indonesia

PENTING.
Kebanyakkan pendusta-pendusta golongan Wahabi cuba menafikan dakwaan seperti berikut, Shaikh Sulaiman kononnya telah bertaubat dan menyesal setelah beliau menjadi penentang kepada saudaranya sendiri sehingga lahirnya kitab "Halilintar Ilahi" .Seperti itu juga pujian yang diungkapkan oleh ayahnya Abdul Wahab lantaran kebijaksanan dan kepintaraannya tetapi hanya di peringkat awal sahaja ketika beliau berusia sekitar 35 tahun ,akan tetapi setelah beliau pulang dari Iraq setelah diusir dan cuba membawa agama baru beliau akhirnya mendapat tentangan yang hebat dari ayahnya, saudaranya dan penduduk badwi .Sehinggalah dakyahnya tersebar setelah kewafatan ayahnya.Begitu juga pujian ulama Yamen As-Sana'ani melalui bait syair telah mendapat kecaman yang sungguh luar biasa dari beberapa ulama'.

Apa yang saya harapkan agar pembaca berpuashati, tentang betapa bahayanya golongan Wahabi yang bukan sahaja memecah belahkan umat Islam tetapi akan menuduh kafir, syirik yang belum pernah kita dengari sebelum ini .Kita juga tahu bagai mana para wali-wali Allah menyebarkan dakwahnya sehingga ke Kepulauan Melayu sehingga dapat dikecapi nikmat Islam, bagaimana hikmahnya para Wali Songo. Bagaimana Wali Melayu yang tidak pernah mengkafirkan umat, bukan hanya karamah tetapi barakah dan hikmah mengalir dan meresap di jiwa manusia.Harapan saya agar jangan ada di kalangan kita yang cuba-cuba menghampiri dan menganuti fahaman Wahabi yang bukan saja mewas-waskan, bahkan akan membawa padah, seharusnya bagi kita berhati-hati agar tidak diragu-ragukan oleh igauan syaitan. Begitulah golongan Wahabi yang asalnya merupakan Kabilah Badwi yang kecil dan jahil dapat meracuni dan memusnahkan aqidah umat Islam sehingga Tanah Arab menjadi miliknya. Walallah hu 'alam

Oleh;
Al-Fakir Tolib Ilmi Hj Ahmad Shukri Al-Ghazali ( Ahmad al-Ghazali )
Syare' Jumhuriah Al-Arabiah Al-Mesriah TANTA,
Amam Madris Al-Jil Muslim
Raqam 2
Universiti Al-Azhar Tanta Mesir.



NAZAR


Ta'arif nazar.

Lughah : Berjanji
Syarak: Berjanji seorang muslim yang aqil baligh kepada diri sendiri untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu yang dinazarkan kerana Allah


DALIIL AL-QURAN


1. Maksudnya:

Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berbuat zalim tidak ada seorang penolong baginya. (Al-Baqarah ayat 270)






KETERANGAN

Di dalam ayat ini Allah telah menggandingkan nafkah atau nazar yang memberi pengertian yang sama iaitu kalimah 'atau' menunjukkan bahawa nazar atau nafkah. Begitu juga ayat seterusnya Allah menyebut 'sedeqah' berbunyi :



Maksudnya : 'Jika kamu menampakkan kamu ,maka itu adalah lebih baik sekali, dan jika kamu menyembunyikan dan memberikan kepada faqir maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapuskan darimu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Apa yang dapati daripda dua-dua ayat di atas bahawa sedeqah, nazar atau nafkah kepada faqir miskin adalah satu tujuan yang serupa dan mendapat ganjaran di sisi Allah.




2. Maksudnya:

Mereka menunaikan nazar dan takutkan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang-orang miskin ,anak yatim dan orang-orang yang ditawan. (An-nisak ayat 7-9)
KETERANGAN

Ayat ini menunjukkan nazar yang diberikan kepada orang yang disukai dan dicintai mereka ini termasuklah para ambiyak, awliyak, orang soleh, para ulamak, faqir miskin, anak-anak yatim, orang-orang yang telah ditawan dan sebagainya. Di sini Allah menyebut

ويطعمون طعاماً على حُبه

Maksudnya ; dan mereka memberikan makanan yang disukai .

Jadi mereka yang bernazar untuk memberikan makan, atau apa sahaja atas dasar kasih sayang dan kecintaan yang sebenar lalu mengharapkan keridhaan dari Allah dan tidak sekali kali mengharap balasan akan mendapat balasan pahala di sisi NYA





3. Maksudnya:

Ingatlah ketika Isteri 'Imran berkata : 'Ya Tuhanku , sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang ada di dalam kandunganku ini menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis) kerana itu terimalah nazar itu dari padaku, Sesungguhnya Engkau Ynag Maha Mendengar lagi maha mengetahui (Aali 'Imran ayat 35)

KETERANGAN


Di dalam ayat ini Allah telah menceritakan kisah Isteri 'Imran yang telah bernazar lalu beliau menyebut 'Ya Tuhanku sesungguhnya aku bernazar kepada engkau anak yang ada di dalam jandunganku ini menjadi seorang hamba yang soleh serta dapat berkhidmat di Baitu Maqdis'. Dari sini menunjukkan secara jelas keutamaan menyebut perkataan 'nazar' seperti ia berkata 'Aku bernazar ke pada Allah atau Aku menazarkan kepada Allah' yang bertujuan ibadah semata-mata kerana Allah. Selain dari itu terdapat juga pengajaran yang ditunjukkan di sini ialah bukti nazar yang dilakukan oleh isteri 'Imran, agar anak yang berada di dalam kandungan dapat berbakti dan menjadi seorang yang soleh di Baitul Maqdis yang memberi makna bahawa bernazar di tempat-tempat yang suci dan berkat amat dimuliakan oleh Allah seperti mana yang disebutkan oleh isteri 'Imran di Baitul Maqdis. Begitu juga bernazar untuk menamakan anak dengan nama-nama yang baik atau yang mulia amat disukai, sebagaimana isteri 'Imran menamakan anak perempuanya 'Maryam' sehingga Allah memilih salah satu daripada surah-surah Al-quran dengan sebutan 'Surah Maryam'. Di dalam ayat ini juga nabi Zakaria memainkan peranan yang penting kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab memelihara Maryam. Setiap kali beliau memasuki bilik untuk menemui Maryam di Mehrab beliau akan mendapati makanan disisinya, kemudian nabi Zakaria pun bertanya 'Wahai Maryam dari mana kamu perolehi makanan ini ? Maryam pun menjawab ;Makanan ini dari sisi Allah . Setelah nabi Zakaria melihat peristiwa ganjil itu maka ia pun berdoa kepada Allah di kawasan tersebut seperti mana Allah sebutkan di dalam firman Allah

هُنالك دَعا زَكريا رَبهُ

Maksudnya : Di sanalah Nabi Zakaria berdoa kepada Allah seraya berkata

قَال ربِ هَبْ لى منْ لَد نكَ ذُرية طَيبةً

Maksudnya: Wahai Tuhanku berikanlah sisiMu anak yang baik .

Jadi ini menunjukkan kepada kita bahawa berdoa disetiap masa dan tempat yang mulia seperti mehrab, kawasan orang para ulamak atau di maqam para awliyak amat mustajab (disukai) dan dikabulkan oleh Allah kerana هُنالك yang di baca dengan baris 'depan' menujukkan makna masa dan tempat.




4. Maksudnya:

Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah ;Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa terhadap Tuhanku Yang Maha pemurah ,maka aku tidak akan berbicara dengan seseorang manuasia pun pada hari ini. Surah Maryam ayat 26


KETERANGAN

Setelah kita melihat nazar yang dilaksanakan oleh isteri 'Imran sehingga beliau melahirkan anak perempuan yang dinamakan Maryam, tetapi kali ini kita melihat Maryam (Si anak) pula yang bernazar untuk mengikuti jejak langkah ibunya, sehingga akhirnya beliau melahirkan seorang putera lelaki bernama 'Isa a.s. .Kisah ini terjadi apabila Maryam merasa sakit untuk melahirkan seorang anak sehingga memaksanya untuk bersandar di pohon tamar, lalu ia berkata


Maksudnya ; 'Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti,lagi dilupakan'

Setelah melihatkan keadaan itu maka Jibril a.s. pun menyeru dari tempat yang rendah lalu berkata :






Maksudnya: 'Janganlah kamu bersedih hati sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu, dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah 'Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhanku Yang Maha pemurah ,maka aku tidak akan berbicara dengan dengan seseorang manusia pun pada hari ini.

Apa yang yang dapat dipetik dari peristiwa tersebut Maryam telah bernazar untuk berpuasa dan tidak berkata dengan seseorang pun setelah beliau selamat melahirkan seorang anak lelaki iaitu Isa a.s. Jadi bernazar seperti ' aku bernazar untuk berpuasa' atau 'aku bernazar untuk bersedeqah ' atau 'aku bernazar untuk berdoa di maqam awliyak' dan sebagainya setelah ditimpa kesusahan, terselamat ditimpa musibah, bala bencana adalah adalah dibolehkan untuk menunjukkan tanda kesyukuran dan kasih sayang kepada Allah.



5.

Maksudnya:

Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kekototan (memotong rambut ,mengerat kuku dan sebagainya ) yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar (nazar-nazar yang baik yang akan dilakukan selama ibadah haji ) dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekeliling rumah yang tua ini (Baitulllah atau kabah)


KETERANGAN

Ayat ini pula berkenaan dengan ibadah haji yang di wajibkan ke atas seorang hamba kepada Tuhannya. Allah memerintahkan hambanya agar menunaikan nazar yang baik di musim haji samaada membayar dam haji, memberi hadiah, berkorban, sembelihan atau bernazar untuk melakukan tawaf seperti tawaf qudum ( tawaf selamat datang ), tawaf ifadah ( tawaf wajib atau tawaf haji ) ketika mereka tiba di Mekah untuk menujukkan penghormatan dengan penuh tawaduk dan ikhlas.

4











DALIL HADIS.


1. عن ابن عمر أن عمر رضىالله عنه قال: يا رسولَ الله إني نَذرْتُ فى الجاهليةِ أن اعتكفَ يوماً , وفي رواية : ليلة في المسجد الحرام قال : أوف نذرك


Maksudnya:

Dari Ibnu 'Umar r.a. Bahawa Umar r.a. berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya adalah aku bernazar pada masa jahiliyah untuk beri'tikaf pada malam hari di dalam Masjidil haram .Baginda bersabda; 'Tunaikanlah nazarmu'


KETERANGAN

Hadis ini menceritakan nazar saidina 'Umar sebelum beliau memeluk agama Islam untuk ber'itikaf di dalam masjidil haram. Berkata Imam Syawkani: Dalil ini menunjukkan nazar mereka yang kafir sebelum memeluk agama Islam wajib di tunaikan sekiranya uia memeluk agama Islam.Menurut setengah mazahab syafie dan jumhur ulamak nazar mereka yang tidak kafir diterima.Imam Al- Ghazali di dalam kitabnya berjudul 'al-wasit m.s. 259/7 berkata ; Besar kemungkinan nabi mengizinkan untuk mereka ber'itikaf adalah disukai (bukan wajib) supaya orang-orang kafir tidak menjadikan keislamanya sebagai penyebab untuk menghalang atau meninggalkan amalan kebaikan setelah mereka berazam di masa jahiliyah atau kafir, ertinya memeluk agama Islam bukanlah bererti meninggalkan amalan kebaikan yang telah di nazarkan atau yang telah diazamkan di masa jahiliyah


2. عائشة رضى الله عنها قالت : سمعتُ رسوللله من نذر أن يطيع الله فليطيعه ,ومن نذرأن يعصى الله فلا يعصهعن

Maksudnya; Dari 'Aisyah berkata : Aku dengar Rasulullah bersabda : Barang siapa yang bernazar mentaati Allah maka (hendaklah)ia mentaatinya dan barang siapa yang bernazar untuk (melakukan) maksiat (melanggarnya ) maka janganlah ia (melakukan) maksiat.


KETERANGAN

Hadis ini dengen jelas menyatakan bahawa Raslullah memerintahkan agar nazar-nazar yang hendak dilakukan mestilah mencerminlan ketaatan kepada Allah seperti berpuasa, bersedqah, berbakti bersolat dan sebagainya. Rasulullah juga melarang umatnya bernazar untuk melakukan perkara mungkar dan maksiat seperti bernazar minum arak, bernazar untuk membunuh, bernazar meninggakan solat, bernazar tidak berpuasa, bernazaar tidak membayar zakat dan sebagainya .



عن ابن عباس أن سعد بن عبادة اسْتـَفْتىَ رسول الله فى نذرٍكان على أمه تُوُفِيَتْ قبل أن تَقْضِيَةُ .فقال النبى عن النبى اقضيه عنها


Maksudnya:

Dari Ibnu Abbas bahawa Saad bin Ubaadah meminta pendapat (fatwa) daripada Rasulullah untuk nazar, adalah ibunya telah wafat sebelum ia menunaikannya (nazar), maka nabi bersabda ;Tunaikanlah ke atasnya


KETERANGAN

Saad b. Ubaadah adalah salah seorang sahabat nabi yang telah menghadiahkan sebilah pedang kepada Rasululah, beliau telah meminta pendapat dari Rasullah berkenaan nazar yang tidak dapat dilaksanakan oleh ibunya yang telah wafat, maka Rasulullah pun bersabda;
اقضيه عنها

Maksudnya 'Tunaikanlah nazar untuk ibumu'.

Jadi hadis ini dengan jelas menunjukkan kewajipan untuk melaksanakan nazar atau hak-hak yang selayaknya ke atas Si mati, sama ada puasa, sedeqah, atau amalan -amalan kebajikan yang disyariatkan. Dali ini juga menyatakan bahawa segala amalan kebajikan atau apa yang biasa disebut pahala akan sampai dan dapat diterima oleh Si mati. Andai kata amalan mereka yang hidup tidak sampai masakan Rasulullah memerintahkan untuk melaksanakan nazar yang tidak dapat dilakukan oleh ibu Saad, begitu juga Rasulullah memerintahkan agar jenazah yang telah mati atau jenazah yang telah ghaib disembahyangkan sebagai bukti bahawa segala amalan orang yang hidup akan dapat diterima ke atas si mati miskipun jasad yang terkubur menelan masa sehingga berjuta-juta tahun.





عن ابى هريرة قال رسول الله لا تَنْذِروا فإن النذر لا يُغْنى من القَدَرِ شيئاً , وإنما يُسْـتَخْرَجُ به من البـَخيلِ


Maksudnya:

Dari Abi Hurairah berkata; bersabda Rasulullah ; Janganlah kamu bernazar ,kerana sesungguhnya bernazar itu tidak dapat menolak sesuatu qadar ,dan sesungguhnya ia akan ditunaikan di kalangan orang-orang yang bakhil.


KETERANGAN

Hadis ini seolah-olah ada pertentangan dengan beberapa hadis lain yang telah di sebutkan di atas, dan ini merupakan sebahgian daripada dali-dalil yang digunakan oleh Muhammad Abdul Wahab dan golongan Wahabi untuk menafikan kewajipan dan tuntutan bernazar, kerana nazar itu tidak dapat menolak ketentuan atau qasar Allah. Ini sebenarnya adalah satu fahaman yang salah dan batil mengikut pandangan jumhur ulamak. Pada hakikatnya hadis ini menceritakan keperibadian seorang yang tamak dan bakhil atau kedekut untuk membelanjakan harta di jalan Allah. Kebanyakkan orang-orang yang bakhil beranggapan apa yang mereka belanjakan seperti bersedeqah, membahagikan kesemua harta warisan dan sebagainya dapat menolak kesusahan, sedangakan orang-orang yang susah dan faqir tidak perlu berhajat kepada bernazar untuk membelajakan harta, jadi begitulah berpandingan di antara cara orang yang miskin dan orang yang bakhil.

Berkata Qadi 'Aiyad: Kebanyakkan masyarakat mengkaitkan nazar untuk memperolehi kemanafatan atau menolak kesusahan, maka ini adalah dilarang kerana ianya merupakan amalan golongan bakhil dan kedekut. Adapun orang yang pemurah apabial berhajat untuk 'taqarub' kepada Allah ia akan bersegera untuk melaksanakan atau memelanjakan harta pada ketika itu juga, sedangkan ini bertentangan dengan prinsip orang bakhil yang akan membelanjakan sesuatu melainkan adanya tindak balas atau pulangan daripada apa yang ia laksanakan, seperti memperolehi kemanafatan atau menolak kesusahan, maka dengan ini ianya tidak mendatangkan kemanafaatan, yakni nazar yang dilakukan oleh orang orang bakhil bukan mendorangnya ke arah kebaikan. Walau bagimana pun nazar yang dibelanjakan itu tercapai qadarnya, malangnya apa yang dikeluarkan seperti membelanjakan harta, sedeqah, dan sebagainya bukanlah di atas kehendaknya tetapi kerana sesuatu yang lain.


DALIL NAZAR BUKAN IBADAH

Bernazar merupakan suatu ibadah yang diwajibkan, walau bagimana pun kedapatan juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa nazar yang dilakukan bukan suatu ibadah untuk apa yang dinazarkan seperti bernazar di sesuatu tempat, bernazar untuk memukul dan sebagainya bukanlah suatu ibadah . Walaubagaima pun ia bukanlah suatu tegahan dan larangan yang membawa kepada haram, maka di sini beberapa dalil hadis


عن الثابت بن الضحاك قال :نذر رجل أن ينحر إبلاً ببوانه فسأل النبى فقال :هل كان فيها وثن من أوثان الجاهلية يعبد ؟ قالوا : لا . فهل كان فيها عيد من أعيادهم ؟ قالوا :لا .فقال : رسول الله : " أوف بنذرك فإنه لا وفاء بنذر فى معصية الله , ولا فيما لا يملك ابن أدم "


1. Maksudnya :

Dari Al-Thabit b. ad-Dhaak berkata : Telah bernazar seorang lelaki untuk berqurban (menyembelih) seekor unta di 3Biwaanah Maka nabi bertanya: Adakah menjadikanya untuk berhala jahiliyah yang disembah ? Mereka berkata: Tidak. Baginda bertanya lagi: Adakah menjadikannya untuk perayaan mereka (perayaan jahilaiyah) ? Mereka berkata: Tidak! .Maka Rasullullah bersabda : Tunaikanlah nazarmu, maka sesungguhnya janganlah kamu berjanji dengan nazar pada kemaksiatan dan jangan pula bernazar sesuatu yang tidak dimiliki oleh anak Adam.


KETERANGAN

Hadis ini menerangkan bernazar di sesuatu tempat adalah diharuskan sebagimana yang telah dinyatakan iaitu di 3Biwanah, asalkan apa yang dinazarkan bukan untuk berhala, patung-patung atau tuhan-tuhan selain dari Allah. Begitu juga Rasulullah juga tidak melarang lelaki tersebut untuk ke Biwaanah sekiranya apa yang dinazarkan bukan untuk meraikan perayaan yang diamalan oleh orang-orang jahiliyah seperti minum arak, tari menari, pergaulan antara lelaki dan wanita yang nyata haramnya . Jadi kedua-dua nazar ini iaitu menyembelih atau berkorban untuk tuhan, berhala atau patung dan meraikan perayaan jahiliah amat dilarang oleh Rasulullah. Bernazar di Biwaanah tidak dilarang oleh Rasulullah dan bukan pula untuk beribadah atau menyembah di tempat tersebut, sekiranya Rasulullah mengetahui bahawa mereka ke sana untuk beribadah sudah pasti Rasulullah tidak mengizinkan, atau dengan lain perkataan sekiranya bernazar pada sesuatu tempat bukan bertujuan untuk mendekatkan diri yakni taqarub (mendekatkan diri atau ibadah) adalah di haruskan.


عن عمر بن شعيب عنه أبيه عن جده أن أمرأة قالت:يا رسول الله إنى نذرتُ أضرب على رأسك با لدف , قال : " أوف بنذرك "


Maksudnya:

Dari Umar b Suyaib daripada Ayahnya daripada datuknya Bahawa seorang wanita telah berkata: Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya aku bernazar untuk memukulmu dengan gendang. Baginda menjawab : Tunaikanlah nazarmu.




KETERANGAN

Hadis ini juga menunjukkan bahawa nazar yang dilakukan oleh wanita tersebut bukanlah ibadah. Bernazar untuk menghampirkan diri dengan sesuatu perkara seperti memukul dan sebagainya bukanlah ibadah, tetapi bukan bermakna ia tidak dapat ditunaikan. Hukum ini di ambil kerana memukul seseorang dengan gendang mengikut pandang ulamak adalah harus, makruh, dan haram. Peristiwa ini mengisahkan seorang wanita yang terlalu gembira sewaktu melihat Rasulullah pulang dari medah peperangan dengan keadaan selamat lantas meluru menemui baginda seraya berkata ;


يا رسول الله إنى نذرتُ أضرب على رأسك با لدف
قال : " أوف بنذرك "

Maksudnya:

Aku bernazar untuk memukul kepalamu dengan gendang baginda menjawab; Tunikanlah nazarmu.

Bagi masyarakat arab menepuk, memukul (bukan dengan kuat), menyapu atau mencium kepala seseorang adalah sebagai tanda kegembiraan atau tahniah di atas sesuatu kejayaan. Ini berbeza dengan masyarakat Melayu yang berangapan ianya adalah suatu perbuatan yang tidak baik. Dari apa yang dapat kita pelajari ini sini ialah;



1. Wanita tersebut bernazar bukan bertujuan untuk taqarub kepada nabi dan bukan pula bertujuan ibadah, kerana ibadah adalah semata-mata kerana Allah. Walau bagaimana pun Rasulullah tidak melarang wanita tersebut untuk menunaikan nazarnya (memukul dengan gendang )

2. Bernazar kerana mencintai seseorang di bolehkan seperti mana yang dilakukan oleh wanita tersebut setelah melihat Rasulullah pulang dengan selamat dari medan pertempuran lalu berkata : Aku bernazar untuk memukul kepalamu dengan gendang.

4. Penggunaan gendang merupakan salah satu alat yang di bolehkan di dalam Islam untuk melahirkan kegembiran, dan kesukaan seperti perkahwinan, berkhitan, selamat dari pulang dari medan pertempuran dan sebagainya. Baginda Rasulullah mengizinkan nazar wanita tersebut sebagai tanda kesukaan dan kegembiran, dengan ini menujukkan bahawa memukul gendang bukanlah merupakan suatu bentuk ibadah di dalam Islam, seandainya nazar tersebut (memukul gendang) merupakan ibadah, sedang ibadah adalah semata kerana Allah, maka sudah pasti baginda Rasulullah tidak membenarkan wanita tersebut berbuat demikan.



ما روى عمر بن شيعب عن أبيه عن جده : أن أمرأة أتت النبى فقالت : يا رسول الله إنى نذرتُ أذبح بمكان كذا كذا .قال : لصنم ؟
قالت: لا .قال : لوثن ؟ .قالت : لا .قال : " أوفى بنذرك "

Maksudnya:

Apa yang diriwayatkan oleh Umar b. Sayuib dari ayahnya dari datuknya ; Bahawa seorang wanita telah datang, menemui nabi lalu berkata ; Wahai Rasulullah sesungguhnya aku bernazar untuk menyembelih di suatu tempat begini…. begini…. Baginda berkata; Untuk berhala ? Ia (wanita itu menjawab) Tidak ! . Baginda berkata: Untuk berhala ?. Ia (Wanita) itu berkata; Tidak ! . Baginda pun berkata; Tunaikalkah nazar mu



DALIL BERNAZAR ITU SEDEQAH


قال كعب بن مالك لرسول الله قِصة توبتِهِ : يا رسول الله ! إن من توبتىِ أن أخلع من مالىِ صدقة إلى اللهِ ورسوله . فقال النبى :
" أمسكْ عليكَ بعض ماَلكَ فهو خير لكَ "

Maksudnya:

Berkata Kaab b. Malik kepada Rasulullah di dalam sebuah kisah taubatnya ;Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya daripada taubatku adalah membelanjakan dari hartaku untuk bersedeqah kepada Allah dan Rasulnya. Maka nabi bersabda: 'Simpanlah ke atasmu sebagaian dari hartamu maka itu adalah lebih baik untukmu'


KETERANGAN

Dalam hadis ini menunjukkan bahawa bernazar itu juga termasuk di dalam erti kata bersedeqah yang dibolehkkan dan dibenarkan oleh nabi. Kaab b. Malik adalah salah seorang sahabat nabi yang ingin bersedeqah dan bernazar pada kesemua harta yang dimilikinya di dalam peperangan Khaibar untuk Allah dan Rasulnya, lalu baginda berkata ;

" أمسكْ عليكَ بعض ماَلكَ فهو خير لكَ "

Maksudnya:

Simpanlah sebahagian dari hartamu, maka sesungguhnya itu adalah lebik baik buatmu.'

Setelah itu Kaab pun membelanjakan satu pertiga dari sedeqahnya sebagai mana yang di nyata oleh sebahagian ulama. Begitu juga bersedeqah dengan nama 'Si Pulan' atau ditujukan atau dikhususkan kepada seseorang merupakan suatu amalan yang mulia seperti mana yang dinyatakan oleh Kaab bin Malik


أن أخلع من مالىِ صدقة إلى اللهِ ورسوله

Maksudnya :

'Bahawa Aku ingin membelanjakan daripada hartaku untuk berseqah kepada Allah dan Rasul'




وقال أبو لبابة بن عبد المنذر لما تاب الله عليه : يا رسول الله ! إن من توبتى أن أهجر دار قومى و أساكنك و أن انخلع من مالى صدقة الله عزوجل ولرسوله , فقال رسول الله " يجزى عنك الثلث "


Maksudnya:

Dan telah berkata Abu Lubabah b. Abdul Munzir, ketika mana ia bertaubat kepada Allah : Ia pun berkata Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya daripada taubatku, aku ingin meninggalkan kampungku dan mendiami diri bersamamu dan membelanjakan hartaku untuk bersedeqah kepada Allah Azawajalla dan Rasulnya: Maka nabi bersabda: Bahagikanlah ke atasmu satu pertiga.


KETERANGAN

Di kawasan Raudah nabi terdapat sebatang tiang yang dinamakan Ustuwaana at-Taubat atau Ustuwanaan Abu al-lubabah, Ustuwanah bererti tiang. Abu Lubabah merupakan salah seorang sahabat nabi yang masyhur. Beliau telah mengikat dirinya di sepohon tamar kerana menyesali di atas perbuatanya yang tidak berhati-hati dan sabar lalu mencampakan senjata. Beberapa hari Abu Lubabah berada di situ dengan keadaan terikat kecuali waktu untuk bersembahyang dan melakukan qada' hajat. Keadan beliau di situ tanpa makan dan minum telah mengakibatkan mata dan pendenganrannya rosak. Setelah Rasulullah mendirikan solat tahajud di rumah Ummu Salamah baginda mendapat alamat bahawa taubat Abu Lubabah telah diterima oleh Allah. Sahabat-sahabat nabi yang ada pada ketika itu berhajat untuk menanggalkan ikatan tersebut tetapi Kaab enggan lalu berkata: 'Selagi nabi tidak menanggalkan ikatan dengan tangan baginda yang mulia ini maka aku tidak mengizinkan sesiapa pun berbuat demikain. Apabila Rasulullah masuk untuk melakukan solat fajar, baginda pun menanggalkan ikatanya. Peristiwa penerimaan taubat Abu Lubabah ini menyebabkan beliau bernazar untuk bersedeqah kepada Allah dan Rasulnya. Sebahagian pendapat ulamak mengatakan bahawa Abu Lubabah adalah salah seoarng dari 3 sahabat nabi yang tidak menyertai perang Tabuk ini menjadikan beliau begitu sedih dan berduka cita sehingga memaksa mengikat dirinya di pohon tamar. Kawasan ini sangat hampir dengan tempat Rasulullah beriktikaf dan kebanyakkan orang-orang yang miskin menduduki kawasan ini. Hadis ini (Abu Lubabah) juga menpunyai persaman dengan hadis yang diceritakan oleh Kaab ibn Malik

BERNAZAR DENGAN MENYEBUT NAMA SI MATI


عن سعد بن عباده أنه قال : يا رسول الله أن أم سعد ماتت فأى الصد قة أفضل ؟ قال : الماء , فحفر بئرا , وقال : هذه لأم سعد ؟ رواه ابو داود


Maksudnya:

Dari Saad bin Ubaadah bahawa ia telah berkata: Wahai Rasulullah bahawa Ibu Saad telah mati, maka apakah sedeqah yang terlebih afdal ?. Baginda berkata : Air maka galilah perigi, dan berkata Saad : Ini untuk ibu Saad


BERNAZAR DI TEMPAT YANG MULIA



قال جابر : جاء رجل يوم الفتح , فقال : يا رسول الله ! إنى نذرت إن فتح الله عليك مكة أصلى فى بيت المقد س , فقال : صل ههنا , فسأله فقال : صل ههنا , فسأله فقال : شأنك إذا , ثم قال النبى : و الذى بعث محمدا بالحق لو صليت ههنا لقضى عنك ذلك كل صلاة فى بيت المقد س


Maksudnya:

Berkata Jabir: Telah datang seorang lelaki di hari pembukaan Mekah, lalu berkata: Wahai Rasulullah ! Bahawasa aku bernazar sekiranya Allah membuka ke atasmu negeri Mekah aku akan bersolat di Baitul Maqdis. Maka nabi berkata: Solatlah di sana. Maka ia bertanya lagi: Maka nabi berkata: Solatlah di sana. Maka ia bertanya lagi ,terpulanglah kepadamu ,,,,,,,Kemudian nabi bersabda : Demi yang membangkitkan Muhammad dengan hak jikalau kamu bersembahyang di sana nescaya tertunailah ke atasmu ke semua solat di Baitul Maqdis

BERNAZAR KEPADA PARA AWLIYAK

Bernazar untuk para ambiyak, awliyak,orang soleh bukanlah bermaksud kepada sesuatu melainkan bernazar dengan niat sedeqah atau menghjadiahkan pahala kepada nabi,wali dan orang oarng soleh sebagai mana yang telah di terangkan pada bacaan yang telash lalu.Kebanyakkan mereka yang bernazar tidak mendejatkan diri kepad nya bahkan menghampirkan diri semnata-mata kerana Allah ,Bagaiman pula golngan Wahabi boleh mendakwa mereka bermaksud nbertyaqarub ddefangkan mereka mengetahu bahawa bahawa orang yang telah mati samam ada para awliyak ,mahupun mamabiyak tidak meungkin memeperolehi mabnafata daripadfd aa yamg di nazarkan mereka juga tidak memperolhu majkan apabila duiberikan ,merka juga tidak boleh meinu , apa bila di berikan ,mereka uga tidak poleh meme,aiki apa ila diberukan pakaian ,mereka uga tuidak bolejh menerma harat dan sebagainya ,malah aa apa yamng mere perolehi aadalah manafaat daripada apa yang telah di nazarkan seperyi sedeqah dan pahala.Jdai yang di maksudkan dengan bernazar untuk para awliyak dan orang –orang soleh ialah sebagai lambang arua hubb solihinn yang menjadi iklutan dan tauladam kepada manusia khususanya orang oarng fakir.Kebnaykakkan merka yang bernazar supaya pahala dan amalan mereka diterima dan sampa kerna mereka percaya kan kehidupan orang soleh dan para aewliyak di alam barzkahBerlainan pula giolongn Wahabi


LAFAZ NAZAR..

Bernazar

BERNAZAR DI KAWASAN AWLIYAK

Bernazar untuk memilih sebahagian tempat yang mulia dan baik adalah diharuskan dan merupakan amalan para ulamak dan awliyak. Sebahagian ulamak menyatakan memilih tempat-tempat yang mulia untuk bernazar dan menambahkan amal ibadah supaya mendapat ganjaran disisi Allah tidak mengapa, malah diharuskan. Ini samalah sekiranya kita memilih waktu-waktu yang sesuai untuk melakukan amal ibadah seperti di malam Lailatu Qadar, atau bernazar di sebahagin tempat yang mulia seperti di Raudah ambiyak atau awliyak,atau ber'iktikaf adalah amalan yang disekai malah lebih afdal kera tempat tempat dan waktu –waktu tersebut mengikut para ulamak merupakan tempat dan waktu yang amat mustajb,seperti berdoa di maqam awliyak dan sebaginya.Jikalau kita meneliti pengertian nazar itu adalah sebagai maksud mendekatkan atau taqarub diri kepada Allah bukan bertaqarub kepada tempat atau manusia,seperti bersolat di Masjid Haram ,Masjid Nabawi Masjid Batul Maqdis,Masjid Imam Syafe Masjid Saiyi Badawi dan juga masjid yang mempunyai keberekatan di tempat masing-masing.

Hadis……………….


BERNAZAR DI MAQAM

Bernazar kepada mnereka yang tinggal berhampiram di maqam awliyak atau mabiyak tidak ditegah oleh syarak.Kawasan-kawasan tersebut biasanya di sebut masyahid ta tempat perhimpunan para mabiyak dan awliyak.merupakan suatu tempt yang mulia .
Hadis………………….

BERNAZAR KAFIR ?




BUKAN SEMUA TA'ZIM DAN IHTIRAM IBADAH.





BERNAZAR YANG TIDAK DIBOLEHKAN






I'TIQAD ORANG MUKIMIN

قال الشيخ عبد ربه بن سليمان : الشهير بالقليوبى أحد علماء الأزهر الأعلام , الخادم للسنة المطهرة الذى تنتهى إليه أسانيد السنة جمعاء فى هذا العصر والذى لم يسبقه أحد فى شرح جامع الأصول
لأحاديث الرسول لأبن الأثير

إن من يعتقد أن لهم أفعالا مستقلة غير الله وهذه عقيدة المشركين بلا شك فهو حرام . أما من يعتقد من المؤمنين أن النذر فى مقابلة نعمة وهى الكرامة أو الحب وصاحب النعمة هو الله تعالى له وإن كان باسم من جعله الله تعالى مظهرا لتلك النعمة وتسند إليه من الفاعل عزوجل فلا شىء فيه
ص-157 -158


Maksudnya:















QIAS WAHABI YANG BATIL

وقل أيضا : فقد قاس زائرى للأولياء بعباد الأصنام وقاس أولياء وأحباءه بأصنام وما أظن إ نسانا مهما كان عقله إلا يقول : أن هذا قياس مع القارق جدا جدا جدا .فكيف يحمل أولياء الله واحباءه كالأصنام وتجعل زائريهم الذين لا يرون فيهم إلا عبادا مقربين متن ربهم كعباد الأصنام

Maksudnya:
Dan berkata lagi Shaikh Abdul Rab Sulaiman, maka sesungguhnya telah mengiaskan (golongan wahabi) kepada para penziarah awliyak seumpama penyembahan berhala, dan mengiaskan awliyak dan para pencintanya dengan berhala, dan tidaklah aku menganggap kesemua manusia barang apa bagi mereka yang beritiqad melainkan mereka akan berkata: Ini adalah qias yang sangat, sangat, sangat bercanggahan. Bagaimana mereka boleh menjadikan para awliyak Allah dan para pencintanya seperti berhala dan menjadikan ziarah mereka yang mereka sendiri tidak melihat, melainkan sebagai salah satu ibadah untuk bertaqarub kepada Allah adakah seperti berhala ?


Di sini Shaikh Abdul Rab ,cuba mempersoalkan segolngan wahabi .bagaiman mereka boleh berkata kepada para pengungjung maqam awliyak sebagi penyembhan berhala ,sedangkan mereka sendiri tidak dapat melihat berhala .Penyembah berhala sudaj sem,estinya melihat apa yang disembahnya sebagi tuhan mereka ,pemyembah matahari misalnya akan melihat matahari sebagai tuhan mereka,begitu juga penyembah api dan sebagainya.Para penzirah awliyajjk juga tidajkmelihat kedudukan awliyak yabf elah wafat di dalam kubur ,jadi apa yang mereka lakukan semu itu adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah buka keada kubyr atau makhluk,kesimpulan nya bolehlah dikatankan bahawa kiasan yang diungkapkan oleh Muhammad Abdul Wahab dan golongnan adalag sama sekali batil dan tidak berasas juga boleh dikatakan suatu penghinaan kepada umat Islam sejagat .

PANDANG ULAMAK BERNAZAR KEPADA AWLIYAK YANG
TELAH WAFAT.


MAZHAB HANAFI.


MAZHAB SYAFEI



MAZHAB MALIKI


MAZHAB HAMBALI


FATWA ULAMA BESAR SYAFEI.





FATWA IMAM NAWAWI,






















قال النواوى : ومنها التصديق على الميت أو قبره إن لم يرد تمليك
عبارة الروضة الطا لبين مع شرحه.
شرح : من نذر زيتاً أو شمعاً لإسراج مسجد أو غير أو وقف ما يشتريان به من غلته صح كل من النذر و الوقف إن كان يدخل المسجد أو غيره من ينتفع به من نحو مصل أو نائم وإلالم يصح لأنه إضاعة مال.
وأما المنذر للمشاهد التى بنيت على قبر ولى نحوه فإن قصد النذر بذلك التنوير على من يسكن البقعة أو يتردد إليها فهو نوع قربة وحكمة ما ذكر أى الصحة. ص : 546 حواشى الشروانى : جزء 12


Maksudnya:

Berkata Imam Nawawi: dan daripadanya( nazar) itu adalah bersedeqah kepada Si mati atau kuburnya, bahawa ia (tidak ber'tiqad kepada si mati ) mengembalikan apa yang telah dimiliknya (yang telah diberikan ).
Ini adalah satu ibarat didalam kitab Raudah at-Taalibin karangan Imam Nawawi.

Syarah:
Barang siapa yang bernazar seperti minyak, lilin, untuk menerangi masjid atau sebagainya, atau untuk mewakafkan apa yang dibelinya daripada wangnya, maka hukumnya adalah sah bagi kesemua barang yang telah dinazarkan dan apa yang telah diwakafkan sama ada di dalam masjid mahupun disekitarnya, selagimana ianya memberi manafaat seperti mereka yang sedang bersolat, mereka yang sedang tidur, akan tetapi sekiranya tidak ( tidak memeberi manafaat ) maka hukumnya adalah tidak sah kerana boleh membawa kepada pembaziran.












No comments: