MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Thursday, July 12, 2007

hadith qudsi

Hadith Qudsi-

Pengertiannya pd bahasa:

AlQudsi dinisbahkan kpd perkataan AlQudus iaitu suci, manakala Hadis Qudsi
pula ialah Hadis yg dinisbahkan kpd Zat Yg Maha Suci iaitu Allah s.w.t.

Dari sudut istilah:

Hadis yg diriwayatkan kpd kita drpd Nabi s.a.w. Sanad Hadis tersebut
disandarkan oleh Nabi s.a.w kpd Allah s.w.t samada bersambung atau tidak dan
ianya bukan Al-Qur'an.

Bentuk Riwayatnya:

Utk meriwayatkan Hadis Qudsi perawi boleh menggunakan dua bentuk riwayat
iaitu:

1 - Sabda Rasulullah s.a.w tentang apa yg diriwayatkan atau (diceritakan) oleh Allah
s.w.t.

2 - Firman Allah s.w.t sebagaimana yg diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hukumnya:

Terbahagi kpd Hadis yg diterima atau Hadis yg ditolak mengikut keadaan
perawi.

ismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan
bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan
mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada
Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw
menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau
susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang
hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan
juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.

Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala
hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan
sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min
Majmu'ah al-Hafid]

Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak
dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat
Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya
di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari &
Muslim)

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]