MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Saturday, July 14, 2007

hadith masyhur atau mustafid

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAMA HADITH

HADITH-HADITH ITU TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, DI ANTARANYA;

1. HADITH MUTAWATIR

Iaitu hadith "Perbuatan atau perkataan atau pengakuan (taqrir) Nabi saw
yang diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangan
mutawatir, iaitu bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa
mereka akan bermuafakat berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu.
Dan dari mereka yang tersebut sampai pula perkhabaran itu kepada orang
lain yang dipercayai. Demikianlah pertalian penerimaan turun temurun itu
sampai ke akhirnya."

Contoh hadith mutawatir itu ialah:

"Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia
menempatkan tempat duduknya di dalam neraka." [Riwayat Jama'ah dari Abu
Hurairah - hadith ini menurut kata Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200
orang sahabat.]

2. HADITH MASYHUR ATAU MUSTAFIDH

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan orang atau
hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang
atau lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga
sanad yang berlainan.

Contohnya ialah:

"Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam dari
(bahaya) lidahnya dan tangannya."

Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang
berlainan. Pertama: Imam Bukhari. Kedua: Imam Muslim. Ketiga: Imam
Tirmizi.

Sanad Imam Bukhari: ialah Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari 'Abdullah
B. Abu Safar, dari Al-Sya'bi, dari 'Abdullah Bin 'Amru dari Nabi
Sallallahu 'alayhi wa sallam.

Sanad Imam Muslim: ialah Imam Muslim dari Sa'id, dan Yahya, dari Abu
Burdah dari Abu Burdah, dari Abu Musa dari Nabi sallallahu 'alayhi wa
sallam.

Sanad Imam Tirmizi: ialah Tirmizi dari Qatadah, dari Al-Laith dari
Al-Qa'qa', dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu
'alayhi wa sallam.

Cubalah perhatikan ketiga-tiga sanad tersebut. Di antaranya tidak
seorangpun yang sama nama dan orangnya. Abu Burdah dalam sanad Imam
Muslim ada dua tetapi orangnya berlainan. Abu Burdah yang pertama itu
cucu dari Abu Burdah yang kedua, jadi dengan demikian tidaklah sama.

[Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif an-Nawawi]

No comments: