MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Monday, July 09, 2007

Kata-kata Hikmah
Perjalanan masa merapuhkan badan, memperbaharui hasrat keinginan, mendekatkan kematian dan menjauhkan angan-angan. Keberhasilan di dalamnya memayahkan sebagaimana kegagalanpun memayahkan juga.
~Imam Ali - Nahjul Balaghah ~


Tuesday, August 01, 2000

Firqah:Baha'iyah/Babiyah - zainys @ 12:38 PST
Baha'iyah merupakan satu aliran sesat yang terkeluar dari Islam. Ia telah menjadi satu agama baru yang asing dari agama Islam. Ia adalah pecahan dari Syiah Imamiyah.

Pengasas Asal Agama Baha'iyah
Agama Bahaiyah diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad al-Syirazi. Beliau lahir di Iran sekitar tahun 1152 H/1820 M. Pada asalnya beliau merupakan pengikut mazhab Syiah Imamiyah. Beliau bersikap melampaui batas mazhab Syiah Imamiyah, sehingga digabungkan mazhab berkenaan dengan mazhab Syiah Ismailyiah dan fahaman hulul yang sesat serta menyimpang dari ajaran Islam.

Hulul ialah satu fahaman yang mempercayai bahawa Tuhan menjelma pada makhluknya. Fahaman ini dianuti oleh golongan Saba'iyah.

Ramai dari kalangan penduduk Farsi dari kalangan penganut mazhab Imamiyah yang tertarik dengan ajaran Mirza Ali Muhamad.

Ajaran Agama Baha'iyah
Antara pengakuan-pengakuan Mirza Ali Muhamad yang sesat ialah:
1 . Mengaku bahawa dirinya (Mirza Ali Muhamad) adalah sebagai penyambung suara imam yang tersembunyi. Maksud imam di sini ialah imam Syiah Imamiyah yang keduabelas, iaitu imam Muhamad bin Asyakir. Imam ini dikatakan sebagai telah hilang, dan akan muncul kembali pada akhir zaman sebagai imam al-Mahdi.
2 . Dirinya sebagai pintu kepada imam. Dengan ini beliau bergelar `al-Bab'.
3 . Beliau mendakwa telah memindahkan ilmu imam ke dalam dirinya.
4 . Beliau mendakwa sebagai imam al-Mahdi.
5 . Mendakwa bahawa Allah telah menjelma di dalam dirinya. Dirinya telah dipilih oleh Allah untuk menampakkan diriNya kepada makhluk.
6 . Beliau mendakwa bahawa pada akhir zaman nanti, bukan setakat nabi Isa a.s. sahaja yang akan kembali ke dunia, tetap juga nabi Musa a.s.

Kemudian beliau mengemukakan akidah-akidah dalam agamanya, iaitu:
1 . Tidak mempercayai tentang wujudnya kiamat, syurga tempat pembalasan bagi orang beriman dan neraka tempat siksaan orang yang engkar. Beliau menyatakan bahawa pertemuan dengan Allah di akhirat kelak adalah simbol terhadap kehidupan kerohanian yang baru.
2 . Beliau mengisytiharkan bahawa dirinya adalah jelmaan sebenarnya dari semua nabi yang terdahulu. Semua risalah yang dibawa oleh nabi-nabi bersatu dalam dirinya. Sebab itulah semua ajaran agama bertemu di dalam dirinya. Oleh itu beliau mengatakan bahawa semua gama itu adalah sama sahaja.
3 . Kepercayaan terhadap hulul, iaitu Allah menjelma di dalam dirinya secara langsung.
4 . Beliau tidak mengakui bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad adalah risalah terakhir.
5 . Beliau sentiasa menyebutkan kumpulan huruf-huruf dan hitungan angka untuk masing-masing huruf. Menurut pendapatnya, angka-angka tertentu mempunyai pengaruh tertentu. Contoh, angka sembilan belas (19) mempunyai kedudukan khusus yang tinggi.
6 . Beliau menetapkan bahawa Wanita sama taraf dengan lelaki dalam masalah warisan dan lainnya.

Mirza Ali Muhamad telah membukukan pendapat-pendapat sesatnya di dalam buku bernama al-Bayan.

---------
Kematian Mirza Ali Muhamad dan penggantinya
Sebelum meninggal dunia Mirza Ali Muhamad telah memilih dua orang pengikutnya sebagai pengganti. Mereka ialah Subh `Azal dan Baha'ullah.

Subh `Azal dan Baha'ullah telah dibuang negeri dari Farsi. Subh 'Azal dibuang ke Cyprus dan Baha'ullah di satu wilayah di Turki. Pengikut Baha'ullah lebih ramai berbanding dengan pengikut Subh 'Azal.

Baha'ullah
Nama agama Baha'iyah di ambil sempena nama Baha'ullah. Kadangkala dinisbahkan kepada gelaran pengasasnya al-Babiyah.

Antara kesesatan ajaran yang dibawa oleh Baha'ullah:
1 . Membawa kesesatan yang sama dengan gurunya Mirza Ali. Dan Beliau mengaku bahawa kedudukan dirinya setaraf dengan gurunya. Bahkan didakwa lebih agung dari gurunya.
2 . Beliau mengaku bahawa Tuhan telah menjelma di dalam dirinya. Beliau adalah sebagai penyempurna aja yang praktikal tidak dapat dipisahkan
daripada teori seperti mana yang tergambar dalam jalinan yang
kuat antara iman dan amal dalam Islam. Malah kesilapan yang
terjelma di dalam perlakuan dan amalan manusia tidak lain
bermula daripada iman dan teori yang palsu dan merosakkan.
Contoh jelas adalah perlakuan syirik yang bermula di minda
dan kemudiaannya dizahirkan dalam perbuatan. Sebab itu aqidah
yang letaknya dalam diri merupakan suatu yang paling penting
dalam Islam.



       Pengislaman ilmu
sesungguhnya telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi
dengan turunnya Al-Quran kepada bangsa Arab. Al-Quran telah
membawa bahasa Arab yang baru, yang Islami seraya merubah
melalui Rasulullah SAW, pandangan alam dan cara hidup bangsa
Arab ketika itu. Proses Islamisasi yang diterajui oleh Rasulullah
SAW ini telah diteruskan oleh para sahabat, tabi'in dan ulama-ulama
selepasnya melalui tradisi dan roh yang sama. Oleh itu, Islamisasi
dalam erti yang sebenar bukanlah agenda baru. Cuma dalam konteks
pengislaman ilmu-ilmu kontemporari Barat idea awalnya telah
dicetuskan secara tulen oleh Prof. Muhammad Naquib al-Attas.




       Bahasa merupakan
wahana yang paling penting dalam proses Islamisasi. Ini kerana
melalui bahasa sesuatu pandangan hidup sesuatu bangsa dan
tamadun dapat disebarkan lewat konsep-konsep penting yang
diutarakan melalui bahasa. Sebagai contoh semasa Al-Quran
datang, ia telah merubah pandangan hidup Arab Jahiliyyah dengan
membawa makna-makna baru dalam konsep-konsep yang telah ada
seperti konsep ukhuwwah, karim, taqwa dan lain-lain.



       Di dalam konteks
alam Melayu, proses Islamisasi telah berlaku dengan jayanya
menerusi usaha gigih ulama-ulama silam. Contohnya pada zaman
Nuruddin al-Raniri, telah dilaporkan bahawa Sultan teleh menitahkan
beliau untuk menulis kitab untuk menceritakan tentang penyelewengan
aqidah yang berlaku pada zamannya. Proses Islamisasi yang
kuat terutama dalam bidang politik pada ketika itu telah menyebabkan
pimpinan negara dan ulama bersama-sama berganding bahu melaksanakan
Islam.



       Islamisasi juga
perlu dibincang selari dengna proses de-Islamisasi atau juga
dikenali sebagai westernization. Proses pembaratan ini terjelma
dalam pelbagai keadaan. Yang paling utama ialah wujudnya golongan
sufastaiyyah (sophists) baru. Golongan yang menisbikan ilmu
pengetahuan ini telah pun wujud pada zaman Greek dan diperangi
dengan hebat oleh pencinta ilmu dan kebenaran. Manifestasi
golongan ini walau bagaimanapun wujud sepanjang zaman. Mereka
terdiri daripada 3 golongan utama:

Golongan yang menisbikan ilmu pengetahuan dan kebenaran

Segala yang benar untuk orang lain tidak semestinya benar
untuk orang yang lain. Kebenaran akan berbeza-beza berdasarkan
kepada kelompok-kelompok tertentu. Contohnya orang-orang
yang mengatakan bahawa ulama-ulama silam hanya benar dalam
konteks masanya sahaja. Begitu juga dengan kebenaran Al-Quran
dan Al-Hadith yang diturunkan hanya pada orang Arab kurun
ketujuh. Fahaman ini juga dibawa oleh pejuang feminisme
moden yang mendakyahkan bahawa kebenaran Islam dipengaruhi
oleh jantina (gender). Di samping itu wujud juga golongan
baru di kalangan intelektual muslim yang mendakwa bahawa
semua agama adalah sama dan kebenaran yang hakiki wujud
dalam agama masing-masing tetapi

No comments: