MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Friday, July 13, 2007

hadith hasan

Hadith Hasan -
----------------

1. Hasan Li Zaatihi

Sifat Musyabbahat drpd kalimah husnu yg bermaksud cantik dan elok.

Dari sudut istilah:

Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan seseorang yg adil, yg
berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak
ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut
(Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan
berbanding dgn taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan
dgn nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan
kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya
bersifat Hasan Li Zaatihi.

2. Hasan Li Ghairihi

Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh
diterima utk dinaikkan taraf melalui cara yg lain kpd taraf Hasan, Hasannya
bukan Li Zaatihi tetapi ianya adalah Li Ghairihi iaitu dhaif yg boleh
diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi.

a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak
masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.

b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yg lemah hafalannya atau
tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.

c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau
Mursal.

d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yg meriwayatkan dgn bersambung-sambung
sedangkan tiada padanya seseorang yg mengambil berat terhadap pembohongan.
Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat
kepada taraf Hasan melalui dua syarat:

1- Tidak terdapat syuzuz iaitu keganjilan pada Hadis.

2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yg lain atau lebih drpd satu cara.
Contohnya: Hadis yg diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hasan melalui riwayat
Syukbah drpd Aasim bin Ubaidullah drpd Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah drpd
ayahnya bahawa seorang wanita drpd Bani Fazarah berkahwin dgn maskahwinnya
sepasang kasut. Maka Rasulullah [s.a.w] bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri
dan harta kamu dgn sepasang kasut?) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka
baginda membenarkannya. Tirmizi berkata: Di dlm bab yg terdapat riwayat
drpd Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad. Maka Asim dikira perawi
daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan
kerana ianya dibawa dlm satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.


Pengertian yg dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadis Hasan:

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah
membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh
Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap
Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian
di dlm bab kecacatan-kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana
katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada
isnadnya perawi yg dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil
serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami
ianya adalah Hadis Hasan).

HADITH HASAN SAHIH

Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini
(Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan
Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna
hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.

Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan
menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan
pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang
lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).

Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut
pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama'
yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang
yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya.

HADITH DA'IF

laitu hadith yang tidak mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula
syarat hadith hasan, misalnya: rawinya (orang yang meriwayatkannya)
bukan orang Islam, belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau
sifatnya, tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar
percakapannya, tetapi pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari
melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau
kehormatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyalahi riwayat orang
yang lebih masyhur daripadanya.

Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau
lemah, dan ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya. Di antara
hadith da'if ialah hadith munqati', mu'addal, syaz, muddarab.

Misal hadith da'if ialah:

"Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! maka
sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya." (Riwayat Ibn 'Adi)

Dalam riwayat hadith ini, ada seorang bernama 'Abdul Malik bin Harun
yang dituduh pendusta. Kerana ini hadith tersebut dipandang da'if.

"Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan
wanita." (Riwayat al-Baihaqi Ahmad dari Anas)

Imam al-Baihaqi berkata: Hadith ini masyhur di antara manusia tetapi
sanadnya lemah dan telah diriwayatkan menerusi jalan yang banyak yang
kesemuanya lemah belaka.

Sementara itu Imam Nawawi telah pula berkata: Hadith itu da'if (lemah)
sekalipun maknanya sahih (betul) dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la
al-Musalla dalam Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dan Nabi
Sallallahu 'alayhi wa sallam. Dalam sanadnya itu terdapat seorang benama
Hafsin bin Sulayman, ia orang yang lemah.

"Makhluq itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kepada Allah
ialah mereka yang lebih bermanfa'at kepada keluarganya."

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dari riwayat Yusuf bin
'Atiyyah dari Thabit dari Anas dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam.
Yusuf bin 'Atiyyah adalah orang yang lemah, kerana ini hadithnya adalah
hadith yang lemah.

[Imam Nawawi]

No comments: