MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Sunday, December 06, 2009

1 hari 1000 ilmu

Apa yang hendak di kongsikan pd hari ini adalah seminar yang berlansung selama 1 hari ini memberi 1000 ilmu kepada semua yang hadir.


Pada sesi pertama kami dihidangkan bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.samaada bijak membeli atau bijak berbelanja.disini kami dapat ilmu yang mana seorang penggunna yang bijak akan merancang setiap perbelanjaannya dengan rapi.sebb itu slogan yang diguna pakai ialah 1 suara 1 pengguna.


Pada sesi kedua kami dihidangkan pula dengan cara untuk memilih pemakanan yang halal.Kaitan antara kedua sesi ini pengguna yang bijak akan memilih makanan yang halal.

seminar ini disampaikan oleh Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Ustaz Noh Gadot.saya yakin semua kenal dengan beliau.Selain seorang penceramah,beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran.Saya kagum dengan beliau.

Antara isi yang disampaikan:

  1. Manusia ni macam harimau yang sudah hilang taring dan belang.

kenapa?..... sebab manusia pada hari ini suka menerima dari memberi.

maksudnya......manusia mutakhair ini terima apa yang telah dihidangkan.dan tidak berani untuk berkata2 kerana untuk menjaga kepentingan peribadi dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

2. ulama' mendermakan harta kepada 3 golongan iaitu pelacur,pencuri dan orang kafir.

kenapa?.....harta yang halal dari sumber yang halal akan mendapat keredhaan Allah.

natijahnya.....tidak sampai 6 bulan ketiga2 golongan tersebut mendapat Nur iman dari Allah terus kehatinya.serta menjadikan mereka orang yang soleh dan solehah.SubhanaAllah.

3. Kesan pemakanan yang tidak halal.

  • siapa yang tidak kenal atau mengetahui Negara Dubai? Saya pasti semua tahukan.apa yang kita tahu?kebanyakannya tentang kemajuaannya....keunikannya...adakah kita perasan atau mengetahui yang mana Negara dubai sekarang sudah hilang Nur Islamnya?....
  • Kenapa berlaku?.....ini kerana banyaknya perkara2 yang syuhbaah dalam sektor ekonomi dan kemajuannya.Kemana Islam?.....Siapa yang akan menaikan semula?..... marila sama2 kita renung2kan.
  • yang paling menyedihkan bila saya mendengar penyataan ini, yang mana penganjur kuda judi yang terbesar adalah orang islam.
  • seorang jutawan yang terkenal di malaysia,tapi apa yang berlaku kepada beliau adalah anak beliau menjadi ketua paderi di luar negara.

Allahhuakbar..................

ini semua berpunca dari pemakanan yang kita makan hari2.oleh itu untuk mengekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah pastikanla pemakanan kita seharian dari sumber yang bersih dan halal.

Marilah sama2 kita naikkan Nur Islam.

Friday, December 04, 2009

Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga


Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dikecapi oleh wanita solehah.

Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..

sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..

sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...

dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah Subhanahu wata'ala dalam kitab-Nya yang amat mulia,yang bermaksud...

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. An-Nisa':124

Rasulullah Salallahu'alaihi wassalam (S.A.W) pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang palingberharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

Thursday, December 03, 2009

Kemana kita nanti???

Assalamualaikum wbth....

UMUR

ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan cari ilmu.....

1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin .....besarkan anak..

1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah anak...tambah padang golf...lepas tu...mati....

Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Allah hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semuga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat...amin..............

ROH

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

" Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Penantian 1 penyeksaan





Wednesday, December 02, 2009

Alhmdulillah....

Antara sahabatku yang telah mendirikan rumah tangga....













semoga kalian bahagia selamanya.....

Hari yang di tunggu telah tiba...






Selamat pengantin baru radiah dan raden.
semoga kekal hingga ke akhir hayat.
bahagia dalam lindungan dan rahmat Allah...Amin.