MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Saturday, April 28, 2007

Imtihan Oh! Imtihan

Jadual Imtihan Fasal Thani

14Mei2007: Syafawi Al-Quran
19Mei2007: Tahriri Al-Quran
26Mei2007: Ulum Al-Quran
29Mei2007: Falsafah

Thursday, April 05, 2007

Sahabat


SAHABAT BUKAN SATU TAPI BERIBU,
BUKAN SEMENTARA TAPI SELAMANYA,
BUKAN UNTUK DI MUSUHI TAPI DISAYANGI,
BUKAN UNTUK DILUPAI TAPI DI INGATI,
BUKAN HANYA DISINI TAPI DIMANA2,
BUKAN SETAKAT INI TAPI HINGGA KE AKHIRNYA...

KITA TIDAK MEMERLUKAN SESEORANG YANG SEMPURNA UNTUK DI JADIKAN SAHABAT,
MEMADAILAH SEORANG TEMAN YANG MEMBUATKAN KITA BERASA SEMPURNA APABILA MENGENALINYA.

Wednesday, April 04, 2007

Permata Diantara Kaca


Wanita

Permata diantara kaca
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Dimanakah budinya
Dimanakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenagkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak diperduli

Oh..wanita mari menginsafi
Kepada asal fitra kejadianmu
Dicipta untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan pencipta
Kembali kepadaNya
Juga pada RasulNya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahNya
Wanita

Kembalilah kearah kemulian
Contohilah peribadi Umul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan dengan keluruhan pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disangjungi
Kembalilah

Wanita perhiasan dunia
Bagai hilang permata diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza diantaranya.

Petikan diatas saya ambil dari lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu kumpulan nasyid tanah air.Cuba hayati betul2 setiap rangkap lirik tersebut.Menceritakan tentang wanita diakhir zaman ini.Yang tidak ada rasa malu untuk melakukan kesalahan.Dimanakan sensitifiti kita?adakah lagu ini didengar untuk hiburan semata2 atau untuk diambil iktibar?
Dimanakah wanita yang menjadi tulang belakang sayap perjuangan islam?Seandainya sayap ini patah bagaimana pula dengan islam itu sendiri.Marilah sama2 kita berfikir sejenak sahabat2.Kalau kita lihat di Negara kita sendiri Malaysia budaya barat yang masuk berjaya merosakkan hati2 umat islam.Bukan wanita saja malahan lelaki pun sama.Dimanakan keagongan yang selalu diperkatakan “TANGAN YANG LEMBUT MENGHAYUN BUAYAN MAMPU MENGGONGCANG DUNIA” Adakah kata2 ini masih boleh digunakan sekarang yang mana ramai wanita yang telah jauh tersasar dari landasannya.cuba kita lihat sesebuah Negara akan rosak seandainya rosak akhlak wanita dalam Negara tersebut.Dimanakah wanita yang menjadi tiang dalam sesebuah pembanggunan?Sayangnya…..
Mari kita lihat berapa ramai wanita islam yang telah tukar agamanya.Sayangnya….walaupun berada dalam keluarga yang mengamalkan cara hidup islam tapi masih tidak mampu untuk menjauhkannya.Ini bermakna “IMAN ITU TIDAK BOLEH DIWARISI” berapa ramai wanita kita yang rosak akhlaknya..Ya ALLAH adakan ini salah satu petanda QIAMAT akan tiba?atau kifarah bagi kami2 yang banyak melakukan dosa.Ya ALLAH ampunkan dosa2 kami.
Baru2 ni saya pulang keMalaysia setelah 2 tahun.Tidak ada perubahan yang berlaku.Tapi yang menyedihkan hati saya bila bila orang yang digelar perempuan,wanita,gadis dengan tidak segan silu berpeluk didepan khalayak awam.semakin berani bercium2man.Pakaian tak perlu diperkatakanlah.Pernah seorang pak cik datang berjumpa saya “anak pak cik nak tanyalah .” “apa dia pak cik tanyalah kalau saya boleh jawab saya jawab.” “kenapa anak2 gadis sekarang tak rasa malu pada orang tua lagi? Pas tu cuba anak tengok pakaian mereka,meraka tak rasa malu ke berpakaian macam tu?” “pak cik gadis zaman sekarang lebih maju,pada mereka kalau kita menghalang bermakna kita ni ketinggalan zaman,tak ikut perkembanganlah,asyik nak pakai baju kurung,pakai tudung,panaslah macam2 lagilah alasan yang diberikan. Pak cik nak tahu saya ada seorang kawan yang sama aliran dengan saya tapi dia hanya setakat belajar dekat MAAHAD JOHOR.pak cik tahu tak MAAHAD JOHOR tu apa?” “tak tahu apa kebenda tu?” “MAAHAD JOHOR satu sekolah yang aliran agama,dekat situ kita belajar bahasa arab.” “oh…ingatkan apalah tadi,jadinya anak ni pandailah cakap arab?” “sikit2 bolehlah pakcik,balik semula cerita saya tadi,lepas habis di MAAHAD JOHOR saya sambung belajar lagi,lamalah saya tak jumpa dia,bila saya jumpa dia dah makin cantik,bergaya.tapi satu saya puji dia tudung tak pernah dia tinggalkan.Satu hari tu dia ajak saya keluar,ok saya setuju,pak cik nak tahu taka pa yang saya nak bagitau pak cik? Mesti tak tahukan?kawan saya cakap macam ni, “apalah ko ni asyik pakai tudung labuh je tak panas ker?dah macam kain selimut.”
Saya diam je tak kata apa dalam hati saya sayangnya sahabat yang sama2 perjuangkan agama islam jadi macam ni”. “sabar jelah nak,terima kasih sebab sudi tolong pak cik selesaikan kemyuskilan dihati, sebelum pak cik bereda pak cik nak tanyalah macam mana nak tegur ye?” “pak cik cakap macam ni “ cantiknya seandainya pakai baju kurung”,kalau dia pakai baju yang menyakitkan mata pak cik,lepas tu kalau dia dah berbaju kurung pak cik cakap pulak “ manisnya bila bertudung”. “terima kasih ye nak kalau ada rezeki kita jumpa lagi” “sama2”.
Apa yang saya nak kongsi disini seorang pak cik yang telah berumur pun sedih dengan gaya wanita kita zaman sekarang.Sampaikan nak tahu perasaan bila berpakaian sedemikian.Saya pun tak tahu apa perasaan pakai macam tu sebab saya pun tak pernah pakai Minta dijauhkanlah.
Tak peliklah kalau Negara kita macam tu sedangkan Mesir pun cara pakai meraka jauh telah berubah.Satu Negara yang mengamalkan hidup cara islam yang kebanyakan penduduknya beragama islam,tapi bila budaya barat berjaya masuk dan melebarkan ajarannya semua mampu bertukar dalam sekelip mata.Sedihkan?Orang2 barat sedang mengetawakan kita,adakah kita sedar?mereka akan lakukan apa saja untuk menghacurkan islam.Meraka akan merosakakn wanita dalam sesebuah Negara kerana apabila rosak wanita dalam Negara tersebut maka rosaklah Negara itu. Macam kita nak buat perubahan seandainya kita sendiri tak mahukan perubahan.Sama2lah kita fikirkan.

Akhirnya:
Wanita hiasan duniawi yang terdapat banyak fitnah.
Bukan dekat dengan kaki untuk dialasi.
Bukan dekat di kepala untuk dijunjung.
Tapi dekat dihati untuk disayangi.



Lafaz Yang Tersimpan


Rindu hatiku yang sayu
Menatap wajahmu
Tenang dalam lena
Kasih menzahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Raut wajahmu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Namun ku temu iras sentuhanmu
Biarku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
Hanyalah sekadar pinta
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih ku biarkan waktu
Melarikan lafaz
Kasihku padamu

Mengapakan sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
Hanyalah sekadar pinta
Cumalah ungkapan bisu
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang
Andai dilihatkan penuh penghargaan
Penuh kejujuran
Namun ku lihat
Cinta yang merona
Dikalanya renungan matanya yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas dihujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Mengantikan lafaz yang tersimpan.