MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Sunday, January 10, 2010

kenangan terindah 2009.







kehidupan yang penuh dengan ranjau dan durinya....menanti kemanisan yang sungguh bermakna dalam sebuah kehidupan...
harapan yang tidak pernah di kecewakan olehNya.

sayangnyer.....





Sunday, January 03, 2010

Assalamualaikum

YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN

YA ALLAH BERILAH AKU KEIMANAN


YA ALLAH BERILAH AKU KETAQWAAN

YA ALLAH BERILAH AKU KEIKHLASAN

YA ALLAH BERILAH AKU KETABAHAN

YA ALLAH BERILAH AKU KEYAKINAN

YA ALLAH BERILAH AKU PETUNJUK

SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

Persediaan 2010

Langkah pertama hampir bermula.......
adakah sudah bersedia??????

subjek 2010.

PQS form 5 & 4
SIRAH form 5
QTH form 4 & 3
PI form 3

nampak mcm tahun 2010 ni subjek tak banyak.tapi................. tangunggjawab besar tu.
kalau tahun 2009 hanya pegang 2 kelas peperiksaan besar.Tp tahun 2010 3 kelas yang diberi.Alhmdulillah.

semoga dengan tugasan yang di amanahkan dapat mengurangkan segala2nya yang membelenggu dihati.

tahun 2010 benar2 memberi cabaran yang besar dalam hidup ku.

akan ku hadapinya dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

hanya doa yang mendalam dapat mengurangkan segalanya.

hanya aku yang merasainya.hanya aku yang menempuhnya.semoga semua ini dapat menambahkan keimanan ku kepadaNya...amin.

marilah kita mulakannyaaaaaaaaa................

Saturday, January 02, 2010

Kekurangan Yang Menjadi Kekuatan

Kekurangan?????? adakah ini menjadi penghalang atau keputusan?biarlah ianya menjadi tanda tanya yang entah bila akan ader jawapanya?

Ya Allah......
aku bersyukur menjadi hambaMu.
Bila ku dalam kedukaan Engkaulah yang memberi petunjuk.
Bila ku dalam kekeliruan Engkaulah yang menjernihkan.
Bila ku pasrah Engkau beri aku kekuatan.

Ya Allah.....
aku redha dengan ketentuanMu
aku redha dengan ketetapanMu
aku redha dengan segala yang telah tersurat olehMu.

Ya Allah.......
walaupun pada hakikatnya aku kecewa.
aku merana
aku sedih.
tapi aku bersyukur Engkau sentiasa bersamaku.
akhirnya aku pasrah dan redha dia bukan tercipta untukku.

Ya Allah........
berikanla ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini
yang pasti aku tidak dapat lari dari realiti.
tidak boleh lari dari segalanya.

Ya Allah.........
begitu indah ketentuanMu
begitu indah perjalanan yang Engkau tetapkan untukku
begitu indah ketetapanMu

dan sekarang barula ku tahu bahawa kekurangan yang ada menjadi kekuatan untuk melayari kehidupan yang belum pasti tiba dihujungnya.

hanya 1 yang ku harapkan......................
Engkau janganlah tinggalkan ku keseorangan.......

Amin.

Sunday, December 27, 2009

Print 09 di Woods Ulu Yam Selangor















Tuesday, December 08, 2009

Corak kain putih dgn keindahan









Sunday, December 06, 2009

1 hari 1000 ilmu

Apa yang hendak di kongsikan pd hari ini adalah seminar yang berlansung selama 1 hari ini memberi 1000 ilmu kepada semua yang hadir.


Pada sesi pertama kami dihidangkan bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.samaada bijak membeli atau bijak berbelanja.disini kami dapat ilmu yang mana seorang penggunna yang bijak akan merancang setiap perbelanjaannya dengan rapi.sebb itu slogan yang diguna pakai ialah 1 suara 1 pengguna.


Pada sesi kedua kami dihidangkan pula dengan cara untuk memilih pemakanan yang halal.Kaitan antara kedua sesi ini pengguna yang bijak akan memilih makanan yang halal.

seminar ini disampaikan oleh Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Ustaz Noh Gadot.saya yakin semua kenal dengan beliau.Selain seorang penceramah,beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran.Saya kagum dengan beliau.

Antara isi yang disampaikan:

  1. Manusia ni macam harimau yang sudah hilang taring dan belang.

kenapa?..... sebab manusia pada hari ini suka menerima dari memberi.

maksudnya......manusia mutakhair ini terima apa yang telah dihidangkan.dan tidak berani untuk berkata2 kerana untuk menjaga kepentingan peribadi dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

2. ulama' mendermakan harta kepada 3 golongan iaitu pelacur,pencuri dan orang kafir.

kenapa?.....harta yang halal dari sumber yang halal akan mendapat keredhaan Allah.

natijahnya.....tidak sampai 6 bulan ketiga2 golongan tersebut mendapat Nur iman dari Allah terus kehatinya.serta menjadikan mereka orang yang soleh dan solehah.SubhanaAllah.

3. Kesan pemakanan yang tidak halal.

  • siapa yang tidak kenal atau mengetahui Negara Dubai? Saya pasti semua tahukan.apa yang kita tahu?kebanyakannya tentang kemajuaannya....keunikannya...adakah kita perasan atau mengetahui yang mana Negara dubai sekarang sudah hilang Nur Islamnya?....
  • Kenapa berlaku?.....ini kerana banyaknya perkara2 yang syuhbaah dalam sektor ekonomi dan kemajuannya.Kemana Islam?.....Siapa yang akan menaikan semula?..... marila sama2 kita renung2kan.
  • yang paling menyedihkan bila saya mendengar penyataan ini, yang mana penganjur kuda judi yang terbesar adalah orang islam.
  • seorang jutawan yang terkenal di malaysia,tapi apa yang berlaku kepada beliau adalah anak beliau menjadi ketua paderi di luar negara.

Allahhuakbar..................

ini semua berpunca dari pemakanan yang kita makan hari2.oleh itu untuk mengekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah pastikanla pemakanan kita seharian dari sumber yang bersih dan halal.

Marilah sama2 kita naikkan Nur Islam.

Friday, December 04, 2009

Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga


Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dikecapi oleh wanita solehah.

Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...

Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..

sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..

sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...

dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah Subhanahu wata'ala dalam kitab-Nya yang amat mulia,yang bermaksud...

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. An-Nisa':124

Rasulullah Salallahu'alaihi wassalam (S.A.W) pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang palingberharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim