MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Sunday, April 05, 2009

:: SAMBUTAN HARI IHTIFAL KE- 13 ::
Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik, sahsiah dan penghargaan kepada pelajar yang telah memberikan sumbangan kepada sekolah.

Sempena majlis ini, pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan / puan bagi menampung perbelanjaan Hari Ihtifal 2009. Semua sumbangan yang berbentuk wang perlu dialamatkan kepada AJK Penajaan Hari Ihtifal 2009 (U.P : EN. KAMARULAIL BIN SALAM) atau jika menggunakan cek, sila tulis atas nama SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH - 3 (ditulis di bahagiaan belakang cek " Sumbangan Hari Ihtifal ". Pihak tuan / puan juga boleh menghubungi talian 07-5574689 untuk maklumat lanjut.

Firman Allah S.W.T " Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang - orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan ' Sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai mengeluarkan seratus biji'. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."