
. Cara beristinjak
Di ISS beristinjak adalah dengan menggunakan tisu
Syarat beristinjak
Bahan yang digunakan adalah sesuatu yang suci, bukan najis dan bukan bahan dihormati.
Bahan yang kering dan kesat
Bahan yang digunakan tidak kurang daripada tiga seperti tiga biji batu.
Najis yang keluar belum kering dan yang keluar tidak melewati kawasan laluannya.
B. Cara berpuasa
Puasa boleh ditunaikan sama ada di ISS atau di bumi secara qada jika membabitkan Ramadan.
Penentuan waktu puasa adalah menggunakan waktu puasa tempat angkasawan berlepas.
C. Pengurusan jenazah
Jenazah perlu dibawa balik ke bumi untuk pengurusan seperti biasa.
Jika jenazah tidak boleh dibawa balik, diharuskan menyemadikan di angkasa dengan pengurusan jenazah secara ringkas.
D. Aspek berkaitan
Jika makanan yang disediakan diragui halal, diharuskan makan sekadar mengalas lapar.
Angkasawan Islam perlu menjaga batasan aurat, iaitu lelaki (antara pusat dan lutut), manakala wanita (selain muka dan dua tapak tangan).
Perjalanan ke angkasa adalah musafir yang diharuskan mengikut Islam.
Angkasawan perlu menghormati etika bermusafir, iaitu menjaga kelangsungan hubungan dengan tuhan, menjaga keharmonian hubungan sesama makhluk dan menjaga kelestarian alam sekitar.
No comments:
Post a Comment