MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Sunday, December 31, 2006

Aidiladha

salam lebaran buat semua sahabat2ku.Tahun ni dah masuk tahun yang ke3 aku beraya di bumi mesir.Ada bahagianya beraya bersama kawan2 yang mana kita tidak akan jumpa lagi beraya bersama2 meraka apabila kita kembali ke malaysia.
Tahun nie rumah johor korban 6 ekor kambing,1 ekor lembu, 1 ekor unta.Tapi sayangnya aku sampai lewat yang mana semua binatang2 tersebut telah disembelih.tapi yang bestnya aku dapat rasa daging unta yang sering diperkata orang sedap rasanya.Walaupun aku dah masuk 3 tahun berada dibumi mesir tapi aku tidak pernah rasa daging tersebut.
Raya tahun nie bagi aku meriah jugak sebab aku pergi beraya di rumah2 madam.Yang mana anak johor ramai yang telah mendirikan rumah tangga.Sampai tak larat2 yang nak jalan.Nak kata ramainya tu.
Tapi jangan lupa dalam gembira,imtihan pun tak lama lagi menjelang.Wah takutnya kalau dipikir2.Hari semakin hampir.Jadinya lepas nie tak ada istilah jalan2 lagi.Kena study betul2.Semoga kejayaan bersama2 kita kali ni.
Wak2 lebaran nie line telefon pun tak ok.nak call keluarga pun susah.jadinya hantar sms ajelah.Hanya doa yang dipohon dari mereka.
Oklah.....nak imtihan nie tak boleh lame2 dekat cc.Ni hanya untuk berehat sebentar..
Semoga kalian study bersungguh2.sama2 kita berdoa ye....
Wassalam...

Friday, December 29, 2006

Imtihan...

Imtihan semakin hampir.Adakah aku bersedia?
Fasal ni 1 madah aje.Tapi tak bermakna boleh ambil sambil lewa.Kena study betul2
Masah fasal ni;
23 disember2006: Syafawi Tafsir Tahlili
9 january2007:Tafsir Tahlili
Sama2lah kita berdoa semoga kejayaan menjadi milik bersama.

Wednesday, December 13, 2006

KEMBALI TERJALIN

assalamualaikum.....
apa kabar semua?lamenya tak menulis.tak kesempatan.jangan salah anggap tau buat blog nie bukan untuk masuk bertanding saje tapi nak berkongsi idea bersama member2 yang suka buat blog.bila dah berada dimalaysia semua aktiviti terkawal tak macam dimesir.kita bawa diri kita jer.nie kita nak jaga macam2 hal.best jugak dapat balik.rindu dimalaysia belum tamat tapi bumi mesir dah memanggil untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.
walaupun hati ini berat untuk meninggalkan tanah air tapi aku gagahi jugak.kalau ikutkan hati saya tahu semua akan berada dimalaysia bersama keluargakan?tapi pengorbanan itu perlu untuk mencapai satu cita2 yang masih belum tercapai.
Banyak pengalaman yang dilalui ketika berada di malaysia.Pertama2nya adik aku Ratnasari telah melangsungkan perkahwinanya pada 2Disember2006 denag pasanganya Mohd Taufik.Semoga kalian bahagia hingga keakhir hayat.
hati ini berat sangat nak pulang ke Mesir tak tahu kenapa?sedih ker?rasanya tidak.entahlah......
Doa dari kalian sangat2 diperlukan.....
Saya akan pulang kemesir pada 18Disember2006.Doakan semoga dipermudahkan segala urusan.
rindu sangat dengan suasana disana.semoga kita bertemu disana.

Monday, July 24, 2006

Kasih

assalamualaikum.....
Telah tamat program kasih yang membawa maksud program krusus khawin.Program yang memakan masa selama 2 hari.Walaupun terasa penat tetapi ianya amat menyeronokan.Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan selamanya.Ramai negeri yang ikut serta dalam program tersebut kerana sijil yang dijanjikan adalah untuk seumur hidup dan boleh digunakan untuk semua negeri yang terdapat di Malaysia.
Dalam banyak2 negeri, Johorlah salah satu negeri yang amat tegas dalam soal perkhawinan.Walaupun pada hakikatnya perkhawinan itu mudah disisi Islam tapi ianya tidak mudah pada zaman sekarang. Kalau ikut sunah Rasul dengan adanya cincin daripada besi sudah memadai.Tapi cuba fikir balik adakah zaman yang serba moden ini dapat melaksanakan sunah Rasul?
Banyak ilmu yang dapat krusus dijalankan.Walaupun saya sebagai ajk displin tapi untuk mendengar semua slot yang diadakan tidak menjadi masalah.kerana saya sentiasa berada dalam dewan sewaktu krusus sedang berjalan.Walaupun penat itu tidak penting tapi yang penting ilmunya.

Wednesday, July 12, 2006

Raisah kami

Assalamualaikum.....
Hari ni hari terakhir Raisah Johor Mardiana Ismail mengakhiri zaman bujangnya.Esok beliau akan menempuh alam baru yang mempunyai satu tanggungjawab yang besar iaitu alam rumahtangga.Inilah hari terakhir kami bersamamu sebelum beliau meniggalkan kami semua.
Kenangan bersama tidak akan kami lupakan.Semoga dengan adanya pendorong akan membuatkan hidupmu lebih bermakna.
Maafkan segala kesalah yang sengaja atau pun tidak yang pernah dilakukan.
Kami doakan semoga kalian bahagia hingga selamanya.
Selamat Pengantin Baru.
Kami semua akan merinduimu.
Kami semua sayangimu.

Tuesday, July 11, 2006

Kekuatan....

Malam yang semakin lewat nie membuatkan mata ini tidak mahu tidur.Entahlah kadang2 diri sendiri pun tak faham apa kehendak hati yang sentiasa mahukan ketenangan.Sejak kebelakang kita rasa tak ada kekuatan untuk teruskan perjuangan.Tidak bersemangat macam suatu masa dahulu.Tak tahu kenapa.Suka bersendirian.Tahu bersendirian bukan dapat selesaikan masalah dan melarikan diri pun sama.Tapi apa harus dilakukan?Sentiasa pujuk hati supaya kekuatan sentiasa dalam diri tapi kadang2 tu tak boleh.Tetap macam tu.Bila menyatakan hasrat nak pulang keMalaysia semua melarang tapi semua tak faham apa yang diri ini rasai.Dalam keadaan ini kekuatan hilang sama sekali.Tapi apalah daya diri ini untuk mehalangnya.Ini semua dugaan dari Allah.Kerana Allah sayanglah kita salah seorang hamba yang terpilih.
Maafkan diri ini andai sejak kebelakangani jarang bersama kalian.Jarang berada ditempat yang sepatutnya berada.Banyak kelalaian yang dilakukan.Banyak hak2 yang tidak tertunai.Diri ini tahu semuanya tapi bagilah diri ini cari kekuatan yang hilang sejak kebelakangan ini.....
Doakan diri ini kembali dengan semangat yang baru......

Sunday, July 09, 2006

Muhasabah Diri

Bila kita berada di mesir kita rasa kita keseorangan,sebabnya berjauhan dari keluarga yang tercinta.Tapi kita lupa yang kita ada kawan2 yang masih sanggup melayan kerena kita,sanggup menolong kita bila kita berada dalam kesusahan.Tapi kita je yang rasa diri keseorangan.Bila masalah menimpa mulalah menangis rasa macam nak bunuh diri dan macam2 lagi.Tapi hakikatnya bertindak ikut perasaan.
Bila terbaca artikal yang baloh muhasabah diri rasa diri ini sebenarnya kekurangan ilmu dalaman yang perlu ditambah.
Bersyukur pada yang maha Pencipta kerana dalam berjuta2 hambaNya kitalah yang terpilih.Alhamdulillah....dalam mengharungi hidup yang penuh bermacam2 halang ini banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan,erti sebuah persahabatan.
Bila sebut tentang persahabatan teringat masalah yang yang melanda kita sejak kebelakangi ini.Tak tahulah sama ada kita pentingkan diri sendiri atau sebaliknya.Dengan masalah yang berlaku ni yang menyebabkan kita hampir futur.Suka bersendirian,suka buat semua orang marah dan tugas2 yang diamanahkan pun hampir2 terbengkalai macam tu je.Kalau dulu ada seorang yang selalu beri nasihat.Yang dekat dengan kita bila kita hadapi masalah,tapi sekarang orang tersebut berada jauh dengan kita dan punya tugas yang tersendiri.Sekarang ni tengah dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.Di mana salahku, dimana silapku.Keadaan ini menjadi semakin kritikal.
Ya Allah berilah hambamu ini petunjuk.Bila terbaca satu artikal yang terdapat dalam blog ni tentang "Fahami Erti Persahabatan",kita terfikir balik,macam kita jer yang bersalah dalah hal nie.Terlalu pentingkan diri sendiri.Sendiri jer yang nak senang,tapi macam mana dengan sahabat kita tu yang tertekan dengan sikap kita sendiri.Entahlah.Kadang2 tu kita tahu yang apa yang dibuat salah tapi perempuankan mesti nak ikutkan perasaan,itu saya akui.
Kadang2 tu kita lupa yang sahabat lebih penting dari segalanya.Walaupun sahabat banyak melukakan hati dan perasaan kita cubalah kita fikir kebaikan yang pernah dia lakukan pada diri kita.Kita akan cari kekuatan dalam diri sendiri.Tanamkan dalam diri sahabat yang ketawa senang dicari tapi sahabat menangis sukar dan payah dicari.Cari kekuatan untuk bina kekuatan sendiri.Walaupun hakikatnya payah dan menyakitkan cuba....
Ini semua tidak pernah merugikan sesiapa pun malahan menguntungkan diri suatu hari nanti...

Friday, July 07, 2006

Kenangan Di Alex

Assalamualaikum......
Lamernya tak update blog nie.Rindu sangat.Sekarang nie nak tulis semua kenangan yang berlaku semasa di alex.seronok sangat walaupun hakikatnya tidak.
Kita pergi alex 19-23 Jun 2006.Sebenarnya tak ada rancangan pun nak kesana secara kebetulan.Dah lame tak pergi alex naik keretapi macam dah lain suasana dekat sana,tapi hakikatnya tak pun sama jer cuma kita jer yang dah lama tak sampai sana.Dekat alex memang betul2 hilangkan semua masalah yang berlaku.bukanya dilupakan terus tapi disimpan sementara waktu.Bila diri dilanda masalah kita dapat tahu siapa yang boleh tolong dengan tidak.Ader yang hanya mampu bercakap saje.
Sampai alex 19 Jun 2006 je sahabat2 dah ajak pergi melawat azizah madam yang bari melahirkan seorang baby yang sangat comel yang di beri nama Akhfash bin Lukman NulHakim.Sedap sangat nama tu,berbelit jugak nak sebut.tapi lama2 sedap jugak nama tu.Masa mula2 sampai tido rumah johor, syaqah 5. layanan yang di beri amat mengalakan.Lepas pergi rumah azizah kita orang diajak pergi pantai,sungguh cantik ciptaan Allah.yang tidak termampu dicipta oleh manusia biasa.
20 Jun 2006, Ahli bait ajak mandi laut.Macam tidak percaya yang dapat mandi laut bila berada di mesir.Tapi hakikatnya memang seronok.Selapas tu pergi Ma'murah jalan2 cari pasal.Dekat situ ada permainan ada jugaklah main seronok jugak sekali sekala habiskan duit.Balik terus pergi rumah aisyah,linda,ayu.tido disana.
21-22 Jun 2006 satu hari menghabiskan masa dengan mengunjungi rumah sahabat2 yang berada di alex.lama rasa tidak bertemu.Ada yang nak balik Malaysia dan tak akan balik kaherah sebelum tu jadinya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan diaorang.Lagi pun mereka tu semua ahli bait masa dekat kaherah.Seronokkan dapat balik malaysia.Bila agaknya dapat balik?
Dalam kesempatan yang sama dapatlah jugak pi singgah dekat Munsyiah cari barang yang dirasakan perlu.
23 Jun 2006 pagi tu jalan2 dulu rumah sahabat yang tak sempat nak pergi lagi.Petang tu bertolak balik kekaherah dengan kostal yang di sewa khas untuk balik kaherah.
Memang seronok duduk dekat alex macam tak nk balik kaherah.Tapi bila fikir balik tugas yang menanti di kaherah dan ramai yang masih memerlukan khidmat dengan rela hati pulang jugak ke bumi kaherah.Selamat tinggal alex. Kenangan akan tetap jadi kenangan.
Begitulah kenagan di alex yang ingin di kongsi bersama.
selamat membaca......
Wassalam.

Tuesday, June 13, 2006

Apa nie

Assalamualaikum....
Apa semua nie.
Nakkan kepastian dah diberitahu,
Tapi kenapa masih nak jadi macam ni.
Siapa yang betul,
Siapa yang salah.
Ya Allah
Kalau hambamu ini yang salah tunjukkan kebenaran.
Kalau hambamu ini yang betul tunjukkan juga.
Ya Allah jadikan hambamu ini seorang hamba yang tabah.
Kenapa macam ni.
Apa nie.

Thursday, June 08, 2006

Alhamdulillah

Assalamualaikum.....sahabat2 sekalian.Bertemu kembali setelah lama meninggalkan penulisan dalam blog ini.Kerana menempuh perjuangan yang terakhir.Tapi sekarang perjuangan yang ditempuh telah selamat diselesaikan.
Semalam saya telah tamat imtihan,rasanya lega ada takut pun ade.macam2 perasaan yang bermain didalam hati ini hanya Allah saje yang tahu.Sekarang nie hanya tinggal doa saje setelah berusaha.Nak berjaya usaha kena setimpal dengan keinginan kita.Jangan hanya mulut nakkan kjayaan tapi usaha hanya sekadar.
Bestnya kalau nak balik Malysia sekarang nie.Rindu dengan keluarga bertambah mendalam.Tapi kena teruskan jugak demi seceduk ilmu Allah yang sangat luas.Kalau ikutkan hati mahunya sekarang beli tiket dan terbang meninggalkan bumi ini.Tapi ramai yang masih memerlukan bantuan kita disini.
Bila tengok seorang demi seorang mininggalkan bumi ini dan pulang ketanah air tercinta hati ini tergugat.sedih pun ade,gembira pun ada.Sebab dapat tengok gelagat orang balik.macam2 ragamkan.Kadang2 tu terfikir kalau diri ini yang balik macam mana pulak caranya.Bila fikir pasal balik,takut jugak sebab rintangan yang kena hadapi besar.Ramai yang tengah menunggu..seramnya...boleh ker hadapinya?
Sekarang ni saya je yang dah habis imtihan kawan2 yang lain tengah dalam perjuangan lagi yang hampir kepenghujungnya.Tak tahu nak buat aper sekarang.Lepas nie baru nak fikir.
Oklah salam perjuangan untuk sahabat yang masih dalam imtihan .teruskan salagi ade daya dan usaha kerana natijahnya kita yang akan rasa....
Sekian wassalammmm....

Wednesday, May 31, 2006

Sekadar HiburaN-Layar KeinsafaN





Saturday, May 06, 2006

Bahang semakin terasa

Assalamualaikummmm......
sekarang dah masuk bulan 5.Bahang imtihan semakin hampir.kita mula syafawi 10/5/06.Syafawi Al-Quran.Seram ader takut pun ader.Bila difikirkan balik buat aper nak takut atau pun seram kan dah bersedia dari awal.Buat sehabis baik....

Sahabat2 dalm masa imtihanlan semua hati perlu dijaga,percakapan perlu di batasi,pergaulan perlu dikaji.takut2 ader hati yang terasa dengan sifat kita.Kadang2 tu hari&bulan biasa ok jer jarang nak terasa masa nilah semua nak terasa....betulkan.....

Tak perlah apa2 pun lakukan yang terbaik.Kuatkan semangat.Itu yang paling penting.....

Salam ukhuwah & salam imtihan......


Imtihan Tinggal 14 Hari Lagi.......Sudahkan Anda Bersedia.......?????

Monday, April 24, 2006

ANAK SAHABATKU...


Sahabat semua comelkan baby disebelah......
Nie adalah anak Intan Nurhamimah.Sahabatku yang telah lamaku kenali...walaupun jaeak yang memisahkan kita tapi ingatan kita tetap bersama.Kita tak sangka daripada menjadi sahabat sewaktu dizaman sekolah hinggalah keperingkat "u".kita masih menjadi sahabat.Walaupun suatu masa dulu krisis besar melanda diri kita...
K.Intan...Yatie doakan akak akan terus tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang datang.
Semoga menjadi Umi yang tersayang...
Sama2lah kita berdoa agar kejayaan menjadi milik kita bersama....SALAM IMTIHAN UNTUK K.INTAN SEKELUARGA
..

Sunday, April 23, 2006

RENUNGAN.....

KEMBALIKAN SINAR ISLAM YANG SEAKAN PUDAR DIMATA MASYARAKAT MASA KINI....

SAYANGILAH ISLAM.....TERANGILAH DENGAN SINAR IMAN....

RENUNGKANLAH....

Tuesday, April 18, 2006

17 April 2006 dalam kenangan

Selamat Hari Lahir yang Ke-23.RATNA SARI MOHD SAYUTY.

Hari yang ditunggu telah tiba.Semalam genaplah umur adikku yang ke-23 tahun.Semoga dengan bertambahnya usia ini dapat mematangkan lagi diri setanding dengan usia yer....

Cerita kelakar.kononya nak buat kek coklat.Sebab kek coklat adalah kegemaran adikku tapi......apa yang malangnya kek tersebut tak jadi.keknya pecah memang tak ader rezeki nak buat kejutan.Tension jugak masa tu.tapi nak buat macam manakan....

Tahun nie tak ader apa yang menarik untuk sambut besday adikku sebab kewangan tak mengizinkan.....tapi tak per itu semua tak penting yang pentingnya ukhwah yang telah terjalin sekin lama biarlah ianya kekal selamanya.hanya ALLAH saja yang dapat memisahkan.....

Opsss.. sebelum terlupa tahun ini kita adalah ornag yang pertama wish dekat adikku berbanding dengan tahun lepas...banggalah jugak..

oklah...semoga panjang umur....najah dalam imtihan...

salam imtihan...

Wednesday, April 12, 2006

IMTIHAN OH IMTIHAN

Iklan Sementara.
Buat sahabat2 akhawat yang prihatin.
Imtihan Tahriri Al-Quran akan diadakan sepertimana ketetappan berikut:
Hari: Jumaat
Tarikh: 28 April 2006
Tempat: Dewan Ibnu Sina Asrama Pelajar Johor.
Masa: 8.00-10.00 Malam.
Harapannya dengan adernya imtihan tersebut dapat membantu kita najah.
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama....

Sunday, April 09, 2006

Moden Tapi Mundur

Tahukah anda, kemajuan sains dan teknologi telah melahirkan alat-alat serba canggih menyebabkan kepala otak manusia semakin mundur.Tak caya cuba cek:

  1. Komputer: Siap dengan software terkini serta berkuasa tinggi tapi banyak digunakan untuk main game terup.
  2. Telefon: Dengan berbagai fungsi, auto daillah, redaillah, tapi banyak digunakan untuk mengumpat jiran sebelah.
  3. Fax: Mampu menjimatkan masa penghantaran dokumen serta maklumat penting tapi selalu digunakan untuk menukar-nukar resepi.
  4. Handphone: Boleh contact dimana saja, bila-bila masa tapi tutup memanjang sebab ramai ceti cari.
  5. Pager: Siap boleh simpan message tapi digunakan untuk tengok keputusan empat no ekor
  6. Mesin Kira: Besar bukan main, butang punya banyak, fungsi macam-macam, tapi 2+1 pun kita tekan jugak takut silap.
Para pembaca sekalian cuba fikirkan........

Saturday, April 08, 2006


TiP SeBeLum DaN SeLEpaS IMtihAn

Assalamualaikum
Motivasi dalam diri sendiri 10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan,kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat 'cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi 'kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.

6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.

8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa 'kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.

10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?
Jadikan Tips Diatas Sebagai panduan untuk kita hadapi imtihan tidak lamer lagi.
Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.
Salam imtihan.

Saturday, April 01, 2006

Sedar Tak Sedar

Assalamualaikum......
Sahabat yang dikasihi.sedar atau pun kita tak sedar kita dah semakin hampir dengan imtihan.Dah bersediakan sahabat2 seperjuangan? Kita masih punya masa lagi untuk memperbaiki kesilapan kita.sekiranya tak bersedia lagi kita ada masa nak mengulangkaji pelajar yang tertinggal.
Sahabat2 yang dikasihi.
Sekiranya kita leka kita akan ketinggalan.Biarlah kita ketinggalan dalam buat blog atau sebagainya tapi jangan kita ketinggalan dalam pelajaran.kita akan rugi Sahabat2.Kitalah harapan orang dimalaysia untuk membantu mereka.Tapi bila kita pun masih macam nie....Marilah kita fikir bersama.
Masa yang berlalu tidak akan kembali.
Marilah kita sama2 tawaqufkan dulu perkara2 yang tak penting.Kita kejar dulu perkara yang lebih penting.
Sahabat2 Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan seandainya ada kekhalalan yang tak perasan berlaku.dan tanggungjawab yang tertunai.
Selamat menempuh imtihan.Semoga kejayaan milik kita bersama.

Friday, March 31, 2006

Ukhuwah

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan
Bukan jua pada manisnya bicara dibibir
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya( Imam Al-Ghazali)
Ukhuwah yang terbina bukan kuntuman bunga
tapi persis tasbih ada awal tiada penghujungnya
Dibuat untuk mengingati Allah
Dicantum demi Redhanya
ukhuwah yang tertaut takkan membeku dikala musim sejuk
tak akan cair dikala musim panas
tak akan gugur dikala musim luruh
Tetapi ia akan mekar seperti tibanya musim panas
Ukhuwah ibarat sebuah rumah
Tidak perlu cantik
Tidak perlu mewah
Yang penting bahagia didalamnya.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

K etahuilah OlehMU

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu ... Allah SWT selalu berada di sampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Fahami Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah....
Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam.Wassalam

Wednesday, March 29, 2006

APAKAH ITU BID'AH

KEUNGGULAN ISLAM
Assalamu'alaikum

Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh An-Nasaai:".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.Perkataan Bid'ah merupakan suatu istilah sensitif dikalangan orang-orang Islam khususnya di Malaysia. Dalam istilah Inggeris ia di panggil 'Innovation' atau jika diMelayukan menjadi inovasi. Dengan kata lain ia membawa maksud - inovasi, rekaan atau ciptaan baru. Menurut Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda' fi Madharil Ibtida'
[1] berkata bahawa bid'ah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia bermakna:"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :"Bid'ah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."Keterangan diatas amat terang dan jelas menceritakan bid'ah secara ringkasnya. Sepertimana yg dinyatakan didalam hadis diatas tadi dimana 'seburuk-buruk kejahatan ialah mereka-reka' telah membangkit beberapa perkumpulan ulama' mencari skop dan had-had istilah 'mereka-reka' itu sendiri. Didalam mendefinasikan ruang lingkup bid'ah atau rekaan-rekaan didalam agama Islam telah mengakibatkan tercetusnya pelbagai-bagai pegangan, baik yg menolak 'semua bid'ah dan mengatakan semuanya sesat' atau kumpulan-kumpulan yg membuat pembahagian terhadap bid'ah (kelasifikasi bid'ah) itu sendiri, malah ada juga yg mengamalkan sesuatu bid'ah tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil yg kuat. Bila di sebut sahaja 'Bid'ah', maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bid'ah". Macam-macamlah perkataan yg kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yg dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yg dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membid'ahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub da'wah yang betul. Ada juga yg mengambil ringan mengenai istilah bid'ah. Pada mereka bid'ah ini hanya menyentuh perkara-perkara yg makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama'. Ada juga yg menjadikan bid'ah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yg akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bid'ah". Maknanya pengumuman bid'ah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yg boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bid'ah.Malah bab inilah yg merupakan satu perkara yg tidak ada titik pertemuan diantara pengikut mazhab dan kumpulan-kumpulan salaf sehingga kini. Persoalan Tahlil, membaca Yasin malam Jumaat, Malam Nisfu Sya'ban, Malam Isra' dan Mi'raj, fadilat puasa Rejab, fadilat penggunaan biji tasbih dan sebagainya merupakan perkara-perkara yg akan disentuh setiap kali apabila bid'ah diperkatakan. Pertembungan ini juga dipanggil pertembungan kaum tua dan kaum muda. Kita tidak ingin membicarakan permasalahan bid'ah itu buat masa ini, cuma ingin menyentuh natijah-natijah yg timbul dan yg akan timbul hasil dari pertembungan dua budaya pemikiran ini. Kupasan mengenai bid'ah telah dibuat dengan panjang lebar oleh ulama'-ualma' muktabar seperti As-Syahid Hasan Al-Bana didalam Usul 12 nya [2] dengan merangkumi skop-skop bid'ah itu sendiri . Kita harus akur bahawa mereka-mereka yang menyokong bid'ah hasanah atau yang mengganggap semua bid'ah adalah sesat terdiri dari mereka yg bergelar ulama'. Mereka ini bukan calang-calang orang. Siapalah kita untuk mempersoalkan keupayaan mereka itu!Memang tidak boleh dinafikan terdapatnya pelbagai unsur-unsur negatif yg timbul dari pertembungan ini. Perkara-perkara ini lah yg harus kita elakkan agar ia tidak menjadikan kesesatan yg amat nyata. Contoh-contoh budaya negatif adalah seperti :1. Cemuhan-cemuhan tanpa segan silu dilakukan terhadap ulama'-ulama' tersebut. Fitnah menfitnah ulama'. Ulama sudah tidak dihormati lagi. Akhlak perbincangan seakan-akan sudah tiada lagi.

2. Cemuhan terhadap orang-orang Islam sendiri dan berakhir dengan perkelahian. Perdebatan yg membakar semangat perkelahian yg didorong oleh kemarahan yg tidak dapat dikawal. Perdebatan yg diasaskan dengan nafsu, ingin menegakkan benang basah. Jauh sekali dari keikhlas didalam agama!

3. Mendakwa seseorang ulama' ini berkata demikan tetapi sebenar ulama tidak pernah berkata begitu. Ini juga termasuk didalam memalsukan kenyataan ulama. Contohnya, Imam Syafie kan berkata perkara ini sunat, wal hal tak pula kedapatan didalam kitab Imam Syafie. Tak tahulah Syafie mana yg dirujukkannya?

4. Lebih bahaya lagi memalsukan hadis Rasulullah saw. Contohnya, kalau orang awam akan berkata :"Inikan sunnah Nabi", tetapi Rasulullah saw tidak pernah berkata demikan (pandai-pandai nak melibatkan nama Rasulullah saw tanpa usul periksa!), dan golongan-golongan oportunis pula akan memalsukan hadis-hadis nabi, dengan lahirnya hadis-hadis mawdhu'. Ini semua suatu penipuan terhadap Rasulullah saw!

5. Semua orang jadi ulama'. Masing-masing dah pandai mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa ilmu dan tanpa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah swt.Pergeseran dan pertembungan dua budaya ini sebenar merupakan pergesaran ilmu dan hujah yg amat hebat sekali. Terdapat ilmu perbandingan yg amat berharga dilahirkan. Ulama' mana yg nak menyesat manusia? Hanya ulama'-ulama' yg mempunyai kepentingan dunia sahaja yg melakukannya. Ada juga yg disebabkan oleh faktor-faktor tekanan, asasnya 'cinta pada dunia dan benci kepada maut'.
Apabila dilihat konflik ini secara positif, maka dapatlah kita senarai beberapa pengajaran yg boleh kita ambil seperti:
1) Meninggalkan budaya Pak Turut - Budaya ini memang tak dapat dipisahkan kepada mereka yg begitu 'sensitif tak menentu' mengenai isu bid'ah ini. Mereka tak boleh terima perkara baru didalam hidup mereka. Sekurang-kurangnya konflik ini dapat memecahkan sikap pak turut seperti "Guru saya kata atau Ustaz itu kata perkara ini sunat!" kepada sikap keterbukaan. Tepuk dada, tanya ilmu. Kita wujudkan budaya Pak Siasat, Pak Ingin Tahu dan sebagainya.
2) Peningkatan didalam budaya merujuk. Mempelajari konflik ini membuat seseorang Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu pelbagai-bagai pendapat yg membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini menjadikan kita lebih peka dan 'original' didalam ibadat yg kita lakukan.Ia menggalakkan masyarakat Islam mewujudkan budaya 'penyelidikkan' disamping meningkat ilmu pengetahuan. Didalam melakukan rujukan, maka timbullah teknik-teknik seperti 'citation indexing', siapa yg merujuk siapa?; proses atau langkah yg diambil apabila melakukan pencarian 'rujukan keatas rujukan'. Maka timbullah minat mengetahui dan membaca kitab-kitab asal sesuatu persoalan itu. Kalau dilihat dari segi subjek, bidang 'citation indexing' terhadap bahan-bahan bacaan Islam belum ada lagi. Maka usaha-usaha perlu digembelingkan kearah mewujudkan alat-alat rujukan tersebut.
3) Ulama' pewaris Nabi - Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama. Ulama tempat merujuk. Timbul budaya ulama' mana yg berkata begitu. Bagaimana mana cara 'argument' atau hujah mereka. Bagaimana ulama itu boleh berijtihad dengan hukum itu? Budaya ini membuatkan nama-nama ulama'-ulama' silam seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah dan sebagainya dirujuk dan disebut sehingga kini. Tanpa sumbangan ulama'-ulama' ini, tak kemana keislaman kita. Maka timbullah kecintaan kepada para ulama'-ulama'.
4) Memperbaiki qualiti ibadah. - Konflik ini membuat seseorang Islam itu mendalami ilmu ibadah mereka. Rujukan-rujukan ulama' seperti buku yg menyentuh 'Bagaimana Rasulullah sembahyang?', 'Ibadah Haji seperti Rasulullah' dan sebagainnya memberi ilmu yg 'genuine' atau asli kepada si pembaca tadi. Kita dapat ketahui melalui nas-nas dan perbincangan ulama' asal-usul, kaifiyat-kaifiyat, fadilat-fadilat sesuatu ibadah itu secara betul dan bukannya 'membuta tuli' sahaja. Dapatlah kita mengetahui dengan secara detail sesuatu ibadat itu dilaksanakan.
5) Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw - Konflik ini akan menggembalikan kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw. Rujukan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah akan dilakukan apabila timbulnya sesuatu konflik ini. Dalam mempelajari ilmu hadis ini, maka tahulah kita darjat-darjat sesuatu hadis itu dan sebagainya.Tahulah kita mana hadis-hadis yg dipalsukan atau yg tersangat daif.Sebagai kesimpulan kepada faktor-faktor diatas boleh kita simpulkan bahawa kalau bid'ah ini diperbincangkan berdasarkan ilmu dan akhlak, maka natijah-natijah negatif tidak akan timbul.Sebaliknya, ia menimbulkan budaya ilmu bagi mereka yg mengkaji polemik bid'ah membid'ah itu. Kajian secara terperinci telah dilakukan di Malaysia oleh Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat dari Universiti Sains Malaysia mengenai applikasi pembaharuan di Malaysia khususnya dinegeri Perlis

[3].Disini, sebagai permulaan, kita ingin memperkenalkan istilah bid'ah dari seorang ulama' hadis yg begitu popular dan juga kontroversi didalam persoalan bid'ah. Beliau ada Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Beliau merupakan ulama kelahiran Ashkodera, ibu negara Albania pada tahun 1914.Seorang yg amat mencintai ilmu hadis dan mendapat gelaran Professor hadis dari Universiti Madinah. Dibawah ini adalah terjemahan syarahan mengenai definasi bid'ah yg beliau lampirkan didalam buku 'Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a.' dibawah bab 'Bid'ah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis.Kita tidak membincangkan mengenai perkara yg beliau sentuh mengenai ibadat Haji dan Ziarah, tetapi cuma menyentuh definasi bid'ah yg mengambarkan minda beliau dan sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai mengapa sesuatu perkara itu dikatakan bid'ah menurut ulama' ini. Kita percaya bahawa sekurang-kurangnya terjemahan ini dapat membuka minda-minda kita agar dapat meningkatkan lagi qualiti ibadah dan mempraktik sunnah didalam penghidupan seharian. Sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Mulk ayat 2 -
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"Perkataan "Ahsanu 'amalan ( )" - dengan kata lain boleh didefinasikan sebagai amalan-amalan yg berqualiti; iaitu amalan-amalan yang menepati kehendak Allah dan yg dilakukan oleh Rasulullah saw. Qualilti sesuatu amalan tidak boleh dinilai dengan aqal semata-mata tetapi nilai ukurannya mesti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kerana Rasulullah itu adalah sebaik-baik ikutan, sebagaimana firmannya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].


Marilah kita kembali kepada Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw didalam apa jua perkara sekalipun, khususnya persoalan bid'ah membi'dah ini.Siapalah kita hendak mempersoalkan isu-isu Bid'ah ini? Kita hilangkan budaya menolak atau menerima sesuatu itu tanpa menyelidikinya. Kita wujudkan budaya ilmu didalam masyarakat kita, terutamanya umat Islam di Malaysia. Insyaallah.

KENAPA SAMBUT MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum
Soalan yang sering menjadi kritikan dan takut utk dibicarakan oleh umat Islam ialah kenapa kita menyambut maulidul rasul? Bagi majoriti umat Islam Malaysia kini, 'hukum' maulidul rasul seolah-olah telah muktamad dan telah sepakat umat terhadapnya.Saya bawakan persoalan di sini bukan utk memesongkan akidah ataupun melarikan pembaca dari ajaran Islam. Sebaliknya saya membawa serba sedikit ajaran Islam sebenar dari ajaran rasullulah s.a.w para sahabat dan salafus soleh.Maulid nabi: mana asalnya?
Kenyataan 1: Maulid nabi itu sunat.
Tahqeeh: Kita sering bertanya, apakah yang dimaksudkan sebagai sunat? Bagi seorang yang mendalami ilmu fiqh, sunat adalah satu hukum yang dikeluarkan dari nabi dan disampai kepada para sahabat dan diikuti kemudiannya oleh pengikut sahabt dan umat Islam seleuruhnya. Maka utk mengatakan sesuatu itu sunat, ia perlu berasal dari perkataa, perbuatan, atau diam nabi.Maka persoalannya, di mana dari perbuatan, perkataan atau diam nabi membenarkan sambutan hari jadi nabi ini? Ini membawa kita kepada poin yang kedua.
Kenyataan 2: Nenek moyang kita telah melakukannya
Tahqeh: Nenek moyang kita sampai ke hidup zaman rasullulah s.a.w sehingga mereka melakukan perayaan ini bersama dengan nabi? Sebab itu kita sering bertanya, dimana dalil nabi menyambut hari jadinya sendiri?
Di mana dalil para sahabat menyambut hari jadi nabi? Dimana dalil para slaf (termasuk imam yang empat) menyambut hari jadi nabi. maka ia membawa kepada poin yang seterusnya.
Kenyataan 3: kami menyambutnya kerana kami cintakan nabi.
Tahqeeh: Kalau hendak dikata entiti yang paling cintakan nabi ialah Allah swt. Mengapa Allah swt tidak menurunkan perintah utk menyambut hari jadi baginda? Kalau dikatakan manusia yang mencintai nabi maka tidak pelik kalau kita katakan bahawa mereka ialah para sahabat yang sehidup dan semati dengan nabi s.a.w. Tetapi mengapa mereka tidak menyambutnya? Apakah tidak ada perayaan menyambut hari jadi pada zaman tersebut? Sebaliknya, antara budaya kaum arab ialah menyambut hari jadi (abu jahal antara orang yang gembira apabila nabi lahir dan menyembahnya di hadapan patung2 berhala - baca raheq al maktum). Maka di mana asalnya ajaran maulid ini?
Kenyataan 4: Kami menyambutnya kerana ia adalah bid'ah hasanah.
Tahqeeh: Sebenarnya orang yang bercakap mengenai bid'ah hasanah ini tidak faham apa yang ia cakapkan, atau ia keliru atau ia sengaja keliru. Kalaulah ini bid'ah hasanah, maka solat 4 rakaat subuh adalah lebih hasanah dari solat 2 rakaat. Dan ia adalah bid'ah. Maka kenapa kita tidak melakukannya dan memanggilnya bid'ah hasanah?
Kenyataan 5: Inilah cara kami menyatakan cinta kami.
Tahqeeh: Kalau lah ini caranya kamu menyatakan cinta kamu kepada nabi, sekiranya nabi hidup pada zaman ini melihat kamu, saya rasa nabi akan menagis dari gembira. Maka benarlah kata-kata nabi pada akhir hayatnya "ummati, ummati" dengan nada sedih. Seolah-olah baginda sedar akan jadi begini umatnya.Dengan syair2 dan marhaban2 yang tidak ada dalilnya dan tidak ada asasnya dan tidak benar ceritanya kamu berqasidah. Dengan bercampur lelaki dan perempuan kamu melaung2kan slogan. Namun dalam masa yang sama kamulah yang bebas meruntuhkan tiang-tiang Islam. Kamu dirikan Islam di atas landasan maksiat. Kamu matikan sunnah berdakwah. Kamu lekakan umat dengan harta, kekayaan, kekuasan dan pangkat. Kamu jadikan Islam itu duduknya diceruk dinding masjid sahaja. Hidup pada malam jumaat (satu bid'ah lagi), masa kahwin, maulid dan masa mati sahaja. Selain dari itu Islam tidak ada maknanya melainkan di atas kertas dan surat pengenalan kamu. Inikah cinta kamu kepada nabi?Kalau kamu cintakan nabi hidupkan sunnahnya. Bacalah al quran. Berzikirlah. Berselawatlah. Hidupkan solat malam. Hidupkan masjid. Bangkitkan semangat jihad Islam. Tingkatkan tarbiyyah rabbani. Bangkitkan balik iman umat Islam yang semakin hari semakin malap di himpit ruang sempit sekular dan penjajahan minda. Inilah cinta sebenar kepada nabi. Bukan dengan cara yang tidak ada asasnya ini.
Kenyataan 6: Ulama kami telah melakukannya.
Tahqeeh: Lantas kami bertanya adakah ulama ini lebih tinggi martabatnya daripada nabi, para sahabat dan ulama yang empat sehingga boleh mereka merubah atau menambah hukum yang sedia ada? Maka tidakkah kita belajar dari guru segala guru, ulama segala ulama yakni imam malik r.a "Kata-kata manusia boleh diterima atau ditolak melainkan kata-kata rasullulah s.a.w"Maka benarlah kata imam malik ini. Apakah kata-kata manusia ini lebih tinggi dari Allah dan rasulNya sehingga ia tidak boleh dipertikaikan malah menjadi satu 'ibadah' baru buat umat Islam? Inilah yang kita persoalkan.Sahabat, kadang kala pada nafsu kita itulah kebaikan. Tetapi pandangan nafsu selalunya akan berlawanan dengan pandangan syarak.
Wallahualam

MAZHAB WAHABI

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya terkeliru dengan mereka kerana mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan kepada nama `Abd al-Wahhab iaitu bapa kepada pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk mengelakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang sebarang bentuk eksploitasi (istighlal) Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun
(unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.
Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus peratus sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad yang awal.
Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal daripada kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan kemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadith yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadith yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa semata-mata tanpa sebarang penilaian semula. Bahkan sekiranya sesuatu “ hadith “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama ada teks hadith itu selari dan selaras dengan al-Qur’an ataupun hadith yang diakui sahih atau sebaliknya. Kebanyakan ulama hadith (muhaddithun) Sunni termasuk ke dalam golongan al-Hasyawiyyah.
Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan kepada orang-orang yang meriwayatkan hadith-hadith sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa sebarang interpretasi semula, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah... Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh ... “
Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) ... sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) kerana banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap hiba seperti suara pelana baru dan bahawa Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di segenap sudut.”
Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadith atau Ahl al-Hadith dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.
Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi
Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah sebuah kampung dalam Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapanya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadi di sini. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapanya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang rapat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadith dan akidah.
Pada zaman remajanya, Muhammad selalu memperendah-rendahkan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan sahaja di Najd bahkan sehingga sejauh Madinah selepas dia kembali daripada menunaikan haji. Dia sering mengada-adakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia dikatakan tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.
Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damsyik. Di Damsyik, dia dikatakan telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Dia kembali ke Najd dan kemudian berpindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia berjaya memenuhi matlamatnya menegah orang ramai daripada melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka daripada perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya daripada perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.
Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu penat berjalan kerana kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berazam untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.
Pada tahun 1139H/1726M, bapanya berpindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikutserta dengan bapanya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan berlakunya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapanya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berkekalan sehingga ke tahun 1153H/1740M apabila bapanya meninggal dunia.
Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan mengenepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya. Sebahagian tertipu manakala sebahagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.
Muhammad kembali ke `Uyainah yang diperintah oleh `Uthman bin Hamad yang menerima dan memuliakannya dan berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap seorang hendaklah mempertahankan yang lain dengan seorang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendokong Muhammad dengan kekuatan dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.
Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakyahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula menyokongnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman dihantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.
Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan khabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimeterai.
7 Penduduk Dar`iyyah mendokongnya sehingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum persefahaman (`aqd al-Ittifaqiyyah).
Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kepayahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka ... Aku lihat kesempitan hidup mereka pada kali pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah selepas itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata disaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain lagi daripada sumber-sumber kekayaan sehinggakan lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu dihuraikan.”
“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di satu pihak lagi, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli ... “
Harta yang banyak itu tidak diketahui datang dari mana, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak mendedahkan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya daripada serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.
Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan daripada umat Islam yang meninggalkannya. Ada ketikanya, dia membahagikannya di antara 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima habuannya daripada ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seumpama mu`amalah kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.
Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut seruan al-Qur’an dan al-Hadith. Sesiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan sesiapa yang enggan pula dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama ada darah dan hartanya.
Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah daripada kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemahuan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan sahaja.
Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibahagi-bahagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.
Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang besar terdiri daripada 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke atas kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana sama ada mereka berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentera Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jenayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih lagi, sehingga disebutkan seramai 20 000 orang.
Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.
Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Aid al-Ghadir bagi memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai perlantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:
“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan Al baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas pertengahan malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya ...” dengan kekacauan fikiran dan kecelaruan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) sebaik sahaja mereka kembali daripada ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban. Mereka membunuh sebahagian besar daripadanya, terdiri daripada orang-orang `Ajam, dianggarkan 150 orang ataupun kurang ...”
Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jemaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.
Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadith-hadith yang datang daripada Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”
14 Sehinggalah dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).
Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadith-hadith yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadith mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Inilah juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.
Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi pemerhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menerusi bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka akhirnya beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat dimanfaatkan pada setiap masa dan zaman.
Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul kerana puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam kalam mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa ...”
Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi
Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil sejak dari mula lagi. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapanya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah daripada mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang bertajuk al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghentamnya. Di samping itu tentangan juga dihadapkan kepadanya oleh sepupunya, `Abdullah bin Husayn.
Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapa kepada al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang salih dan merupakan seorang tokoh ahli ilmu, begitulah juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awal lagi iaitu pada ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Kedua-duanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang ramai mengenai bahayanya pemikiran Muhammad...”
Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapanya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.”
`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Misri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengiktiraf saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”
Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berterusan sehingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun daripada para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya...”
Jelaslah bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab bukan sahaja sengaja mengada-adakan bid`ah dalam pendapat dan pemikirannya, bahkan beberapa abad terdahulu daripadanya, pendapat dan pemikiran seperti itu telah pun didahului oleh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan muridnya, Ibn al-Qayyim al-Jawzi dan tokoh-tokoh seperti mereka berdua.
Ibn Taimiyyah
Dia ialah Abu al-`Abbas bin `Abd al-Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah (m.728H/1328M) termasuk dalam kalangan ulama al-Hanabilah. Pendapat dan pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama selepas akidahnya yang penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada orang ramai.
Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara:
(1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur’an dan al-Hadith. Contohnya:
a) Taqi al-Din al-Subki dengan kitabnya, Syifa’ al-Siqam fi Ziyarah Qabr al-Imam.
b) Al-Subki dengan kitabnya, al-Durrah al-Mudi’ah fi al-Radd `ala Ibn Taimiyyah.
c) Taqi al-Din Abi `Abd-Allah al-Akhna’i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah.
d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi.
e) Taqi al-Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah.
f) Taj al-Din, al-Tuhfah al-Mukhtarah fi al-Radd `ala Munkir al-Ziyarah.
Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya.
(2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha’ terhadapnya dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh merosakkan, yang dihasilkan daripada pemikirannya.
Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai ziarah kubur Nabi (s.`a.w). Qadi al-Qudat tersebut menjawab:
“ Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama bersepakat dalam hal ini dan sesiapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para ulama wajib mengutuknya dan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan diperendah-rendahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi.”
Bukan Qadi al-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini, bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut sama mendakwa kefasikan Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng.
Al-Dhahabi, salah seorang ulama abad ke-8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut ... dan beliau menyamakannya dengan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.
Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada tahun 728H/1328M di dalam penjara al-Syam. Ibn al-Qayyim cuba menyambung dan meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan kematian Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga turut mengalami kematian, dan umat Islam terlepas daripada bid`ah dan kesesatannya.
Kemudian Muhammad bin `Abd al-Wahhab datang dengan membawa pemikiran Ibn Taimiyyah dan bersekongkol pula dengan keluarga Sa`ud yang saling menyokong di antara seorang dengan yang lain dari segi pemerintahan dan keislaman. Di Najd, kesesatan telah tersebar dan fahaman al-Wahhabiyyah merebak ke seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan manusia. Dia menipu kebanyakan umat manusia dan menubuhkan sebuah pertubuhan ataupun dengan kata-kata lain, mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl al-Tawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang manusia, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat. Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara itu, mazhab yang baru ini dihubungkan dengan mazhab-mazhab yang banyak itu. Musibah itu akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.
Penduduk Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi. Mereka dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya’) Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah (Al Rasulillah) dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk mengoncangkan hati dan perasaan umat Islam.
Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: “ Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi (s.`a.w), Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.`a.w), Abu Bakr dan al-Imam `Ali. Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut.”
Al-`Allamah al-Sayyid Sadr al-Din al-Sadr mengatakan:
“ Demi usia hidupku, sesungguhnya al-Baqi` telah menerima nasib yang sangat malang, kerana hati-hati yang kecewa, mengikut nafsu dan berperangai kebudak-budakan, maka berlakulah pencetus kepada segala kecelakaan, apabila tiada lagi kedamaian. Bagi umat Islam kepada Allah diadukan, hak Nabi-Nya yang telah memberikan petunjuk dan syafaat.”
Katanya lagi:
“ Celakalah anak cucu Yahudi dengan perbuatan jenayah yang mereka lakukan, mereka tidak mendapat apa-apa daripadanya dengan membongkarkan harim Muhammad dan kaum kerabat baginda. Neraka wail untuk mereka dengan apa yang mereka tentang terhadap orang-orang yang kuat (al-Jabbar). Mereka musnahkan kubur orang-orang salih dengan perasaan benci mereka. Hindarkanlah daripada mereka kerana sesungguhnya mereka membenci orang-orang yang terpilih (di sisi Allah).”
Nabi Muhammad (s.`a.w) pernah bersabda bahawa: “ Apabila sesuatu bid`ah itu muncul di kalangan umatku, maka orang-orang alim hendaklah memperlihatkan dan menyampaikan ilmu mereka kerana kalau mereka tidak melakukannya, laknat Allah akan ditimpakan ke atas mereka.”
Rasulullah (s.`a.w) juga bersabda: “ Apabila bid`ah timbul dan orang-orang yang terkemudian daripada umat ini melaknat orang-orang yang terdahulu, maka barang siapa yang memiliki keilmuan, maka hendaklah menyampaikannya. Sesungguhnya orang yang menyembunyikan keilmuannya pada hari itu seumpama orang yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad.”
Para Siddiqin (`a.s) daripada kaum kerabat Rasulullah (s.`a.w) mengatakan bahawa: “ Apabila bid`ah lahir, maka orang alim hendaklah menzahirkan keilmuannya, sekiranya dia tidak berbuat demikian, cahaya keimanan (Nur al-Iman) akan hilang.”

Atas dasar inilah, para ulama Syi`ah dan Sunni telah bersama-sama bangkit menentang serangan mazhab Wahhabi. Mereka telah menulis, menerbitkan kitab-kitab dan menjelaskan keburukan dan kejahatan tokoh-tokoh Wahabi yang berusaha untuk merealitikan cita-cita dan harapan Britain menerusi bentuk baru.
Kitab pertama yang ditulis untuk menolak dan menentang fahaman Muhammad ibn `Abd al-Wahhab ialah al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah yang ditulis oleh al-Syaikh Sulayman, iaitu saudara kepada Muhammad sendiri.
Di kalangan golongan Syi`ah pula, kitab pertama ditulis untuk tujuan tersebut ialah Manhaj al-Rasyad oleh al-Syaikh Ja`far Kasyif al-Ghita’ (m.1228H/1813M). Kitabnya ditulis untuk menjawab risalah yang dihantarkan kepadanya oleh al-Amir `Abd al-`Aziz bin Sa`ud, salah seorang pemerintah Sa`udi pada zamannya. Beliau telah membongkarkan kecetekan dan kedangkalan pemikiran Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dalam kitabnya dan mensabitkan kebatilan pemikiran Muhammad menerusi pandangan al-Qur’an dan al-Sunnah. Kitabnya itu telah dicetak pada tahun 1343H/1924M di al-Najaf al-Asyraf di `Iraq. Selepas itu, kitab-kitab lain mulai menyusul satu demi satu dengan menolak dan mengkritik pemikiran Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dari perspektif yang lain sehingga ke hari ini.
Pada zaman itu, golongan Wahhabi telah meningkatkan serangan mereka yang merosakkan dan berbahaya terhadap Islam dan umatnya menerusi penentangan dan peperangan yang didalangi oleh keluarga Sa`ud dengan bantuan daripada hasil keuntungan petrol mereka. Pemerintahan kesultanan Sa`udi telah memperuntukkan sejumlah besar hasil keuntungan petrol mereka untuk menyebarkan dan mengembangkan mazhab ciptaan Britain ini di kalangan orang Islam. Kalaulah tidak kerana kekayaan yang besar itu tentulah mazhab Wahhabi tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Kelihatan bahawa unsur-unsur penjajahan (al-isti`mar) Britain begitu jelas menerusi mazhab tersebut dan mereka mengambilnya sebagai cara yang terbaik untuk mewujudkan perpecahan, pertelagahan, persengketaan, permusuhan, perselisihan dan pertentangan di kalangan umat Islam sendiri. Mazhab tersebut juga turut memperkuatkan dan memperkukuhkan matlamat penjajahan Britain dengan mengada-adakan fitnah di kalangan umat Islam seperti menuduh orang-orang Islam yang lain sebagai fasiq dan kafir.
Umat Islam yang tidak prihatin dan mempunyai pemikiran yang cetek dengan mudah diperdayakan oleh mereka sehingga akhirnya mereka sama ada secara sedar atau tidak, turut sama menyokong usaha-usaha mazhab Wahhabi dan Britain, bahkan melaksanakannya dalam kehidupan mereka menerusi perbuatan dan tindakan terhadap umat Islam lain yang disangkakan sebagai lawan-lawan mereka. Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi bertopeng dengan Islam.

Monday, March 27, 2006

23/24/3/2006 DALAM SANUBARI

23/24/3/2006 unit dakwah & tarbiah telah mengadakan ijtima' mahasiswi kali kedua yang telah dilaksanakan oleh usrah baru yang manu terdiri daripada pelajar2 baru.Cara pembawakan mereka lain dari yang lain.walaupun ader kekurangan tapi ianya sangat menyeronokan.
Bermula pendaftaran lepas Asar dan terus ke Magrib majlis bermula.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin yang dilaksanakan oleh adik2 baru.selepas itu majls terus dimulakan.
1) majlis perasmian dan ucapan pengarah program: ustazah siti rabeah hassan
2) debat yang membawa tajuk " benarkah wanita dieksploitasikan".dengan saingan yang hebat dan mantap semua pendebat dianugerahkan pendebat terbaik.
3) kami tidor di dewan beramai2.dan akan dikejutkan pada pukul 2.00 pg.
4) kami dikejutkan pukul 2.00 pagi dengan agenda yang menyayat hati iaitu " keinsafan"
5) agenda diteruskan dengan qiam dan tazkirah yang disampaikan oleh saya sendiri bertajuk " wanita ".
6) waktu pagi kami dihidangkan dengan sarapan pagi yang sungguh menyelerakan.
7) kami dehidangkan juga dengan permainan cek point.penat sangat.cubalah bayangkan lepas makan terus lari.boleh nak keluar balik.
tapi hakikatnya memang best.
Tema yang dibawa " Kearah Kemantapan Thaqafah Daieah"
wassalam.

Sunday, March 26, 2006

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


MORAL & IKTIBAR
1) Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
2) Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
3) Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
4) Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
5) Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
6) Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
7) Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Thursday, March 23, 2006

memory semalam

Hari2 yang aku lalui sangat menyeronokan dan kadang kala sungguh menyakitkan.dengan perangai manusia yang bermacam2 ragam.kesiankan kalau difikirkan.em....entahlah.mesti korang ingat aku dah putus asa atau dah tak kuasa nak hidup tapi bukan macam tu cuma aku tensian dengan perangai manusia nie.mereka rasa diaorang betul tapi hakikatnya tak pun.sahabat yang dikasihi cubalah ubah mana yang rasa salah.kadang2 kita rasa apa yang kita buat tu betul tapi hakikatnya tidak.kalau ada orang yang menegur kita tu bermakna orang tu masih sayang dekat kita.tapi kalau kita dah tidak dilayan itu bermakna kita seorang manusia yang rugi sangat.sayangkan kalau kawan2 dah tak nak ingatkan kita lagi.
kalau korang nak tahu aku nie seorang yang suka membebel. biasa ornag macam saya nie orang salah tafsirkan.ingatkan kita nie jahat nak jatuhkan orang.tapi semua orang tak tahu hati orang yang suka membebel nielah yang baik daripada orang yang diam.tapi dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu.
sahabat2 yang saya kasihi.
marilah kita sama2 mengubah keadaan yang semakin lama kita rasa ianya betul tapi hakikatnya tidak.
apa pandangan sahabat sekalian tentang pandangan saya.
bingkisan ni tak der kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam yang tak dapat diluahkan dialam nyata tapi saya nak luahkan disini.
wassalam....

Saturday, March 18, 2006

aku

Assalamualaikum......
aku seorang pimimpin yang dipilih oleh sahabat untuk mewakili mereka dalam menyelesaikan segala masalah yang bertandang dihati mereka.pada mulanya aku tidak mahu menerimanya sebab tugas ni begitu berat untuk dipikul.ialah nak jadi pemimpin bukan untuk mendapat nama atau dipandang orang tapi amanah yang diberikan mesti dilaksanakan sebaik mungkin.dengan keyakinan dan bantuan sahabat dan solat yang dilakukan akhirnya aku terima jugak amanah yang telah ditakdirkan untuk diri ku.aku tanam dalam diri ku yang aku akan melaksanakan sebaik mungkin.Alhamdulillah sihingga sekarang aku masih mampu untuk memikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya.aku meminta sahabat yang ingin melantik ku sebagai pepimpin tadi menegur segala kekhalalan yang aku lakukan.seorang pemimpin kena sentiasa terbuka dalam melakukan apa sekali pun tugas yang diamanahkan.
sahabat2 yang dikasihi,
sebelum kita ditakdirkan jadi pepmimpin kita menyatakan sanggup dan akan melakukan kerja dengan sungguh tapi bila telah dilantik kita lupa janji kita sebeum tu.dimanakah janji kita.
sahabat2 berubahlah.tolong berubah demi kebaikan bersama.
luahan rasa hati.....

Monday, March 13, 2006

kenangan semalam

assalamualaikum......
hati ni terlalu sedih bila mengenangkan nasib yang tak pernah terbela.em...em...entahlah kalau tak punya iman yang kuat dah tentu hidup ini ibarat kapal yang karam.tapi dengan kekuatan yang diberikan al-hamdulillah aku masih mampu meneruskan hidup ini.berkat sokongan dari kawan2.dan nasihat dari keluarga aku tetap aku.itulah pentingnya hidup bersahabat sekiranya kita susah ada yang membantu.bila mereka susah kita pulak yang memberi bantuan.
hidup yang tak pernah bahagia adalah hidup yang jauh dari Rahmat Allah.
Firman Allah yang bermaksud:hiduplah dalam berkasih sayang kerana sifat itu yang paling Aku suka.Dan orang yang jauh dari kasih sayang sifat yang paling Aku benci.
bila kita hampir futur bersegeralah ingat kepada pencipta kita.

Saturday, March 11, 2006

assalamualaikum.......

assalamualaikum......bersama melayari dunia cyber yang semakin canggih.ini adalah pertama saya membuat blog supaya dengan adanya blog nie dapatlah sama2 kita berkongsi pengalaman suka dan duka untuk dijadikan panduan masa hadapan.
sahabat yang dikasihi,dalam dunia yang semakin moden ni kita terasa yang mana kita semakin jauh dengan yang maha pencipta.adakah sahabat merasakannya.marilah kita sama2 fikirkan.
buat masa ni sampai sini dulu.
wassalam.....