MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Sunday, December 06, 2009

1 hari 1000 ilmu

Apa yang hendak di kongsikan pd hari ini adalah seminar yang berlansung selama 1 hari ini memberi 1000 ilmu kepada semua yang hadir.


Pada sesi pertama kami dihidangkan bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.samaada bijak membeli atau bijak berbelanja.disini kami dapat ilmu yang mana seorang penggunna yang bijak akan merancang setiap perbelanjaannya dengan rapi.sebb itu slogan yang diguna pakai ialah 1 suara 1 pengguna.


Pada sesi kedua kami dihidangkan pula dengan cara untuk memilih pemakanan yang halal.Kaitan antara kedua sesi ini pengguna yang bijak akan memilih makanan yang halal.

seminar ini disampaikan oleh Penasihat Hal Ehwal Agama Islam Ustaz Noh Gadot.saya yakin semua kenal dengan beliau.Selain seorang penceramah,beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran.Saya kagum dengan beliau.

Antara isi yang disampaikan:

  1. Manusia ni macam harimau yang sudah hilang taring dan belang.

kenapa?..... sebab manusia pada hari ini suka menerima dari memberi.

maksudnya......manusia mutakhair ini terima apa yang telah dihidangkan.dan tidak berani untuk berkata2 kerana untuk menjaga kepentingan peribadi dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

2. ulama' mendermakan harta kepada 3 golongan iaitu pelacur,pencuri dan orang kafir.

kenapa?.....harta yang halal dari sumber yang halal akan mendapat keredhaan Allah.

natijahnya.....tidak sampai 6 bulan ketiga2 golongan tersebut mendapat Nur iman dari Allah terus kehatinya.serta menjadikan mereka orang yang soleh dan solehah.SubhanaAllah.

3. Kesan pemakanan yang tidak halal.

  • siapa yang tidak kenal atau mengetahui Negara Dubai? Saya pasti semua tahukan.apa yang kita tahu?kebanyakannya tentang kemajuaannya....keunikannya...adakah kita perasan atau mengetahui yang mana Negara dubai sekarang sudah hilang Nur Islamnya?....
  • Kenapa berlaku?.....ini kerana banyaknya perkara2 yang syuhbaah dalam sektor ekonomi dan kemajuannya.Kemana Islam?.....Siapa yang akan menaikan semula?..... marila sama2 kita renung2kan.
  • yang paling menyedihkan bila saya mendengar penyataan ini, yang mana penganjur kuda judi yang terbesar adalah orang islam.
  • seorang jutawan yang terkenal di malaysia,tapi apa yang berlaku kepada beliau adalah anak beliau menjadi ketua paderi di luar negara.

Allahhuakbar..................

ini semua berpunca dari pemakanan yang kita makan hari2.oleh itu untuk mengekalkan iman dan ketakwaan kepada Allah pastikanla pemakanan kita seharian dari sumber yang bersih dan halal.

Marilah sama2 kita naikkan Nur Islam.

No comments: