MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Saturday, August 08, 2009

Sedar X Sedar

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedar x sedar
sekolah yang bercuti selama seminggu akan dibuka semula.

Sedar x sedar
dunia yang didiami semakin tua

Sedar x sedar
umur aku makin meningkat

Sedar x sedar
dah 8 bulan aku mengajar di sek. men islam hidayah

Sedar x sedar
dah 8 bulan aku meninggalkan sek. ren. sri johor

Sedar x sedar
dah hampir setahun abah meninggalkan aku dan keluarga.

Sedar x sedar
pelajar2 aku akan menduduki peperiksaan UB2 dan PMR.

Ya Allah
jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur

Ya Allah
syukran sebab masih memberi aku peluang untuk hidup dibumi yang indah ini.

Ya Allah
tabahkan hatiku untuk menempuh setiap dugaanMu

Ya Allah
seandaiNya Engkau mengujiku berila ujian yang mampu aku lalui.

Ya Allah Ya Rabbi
kepadaMu aku datang dan kepadaMu aku akan kembali.

2 comments:

~chickenrice~ said...

semoga DIA tabahkan ustazah.

mardhatillah said...

Semoga DIA sentiasa meletakkan ustzh di bawah lembayung dan naungan rahmat serta inayahNYA.