MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Wednesday, February 28, 2007

Mari Berfikir?????




apa yang anda fikir tentang gambar di atas? adakah hanya sekadar melihat? memerhati? atau mengubah?



Saturday, February 24, 2007

Sekadar Renungan

Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya
sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.
Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dikecapi oleh wanita solehah.
Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...
Firman Allah Subhanahu wata'ala dalam kitab-Nya yang amat mulia,yang bermaksud...Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. An-Nisa':124
Rasulullah Salallahu'alaihi wassalam (S.A.W) pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang palingberharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim-
anita Menurut Perspektif Islam:
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimanaeratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu jugalelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).
Allah Subhanahu wata'ala telah berfirman, maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baiklelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itumasuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."An-Nisaa : 124
Rasulullah Salallahu'laihi wassalam (S.A.W) juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlasadalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaikdikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi
Rasulullah (S.A.W) telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukanmenurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yangbermaksud...."Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran merekadiciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Comelkan....

Inilah pewaris yang dinantikan penganti pejuang srikandi islam...