MINDA YANG KREATIF AKAN MENGHASILKAN SATU NATIJAH YANG SANGAT MEMBANGGAKAN DALAM ARENA PENULISAN.

Tuesday, October 07, 2008

Kenangan Terindah

Hari2 yang aku lalui semakin pantas.Dalam sekelip mata sudah sampai kepenghujungnya.Aku rasakan macam baru semalam aku mengajar di sekolah sri johor bahru.Masa amat begitu pantas berlalu.Kini aku berada dekat dengan perpisah.Ya ALLAH begitu berat sebenarnya hati ini untuk meninggalkannya,tapi apakan daya aku harus pergi jua sekiranya takdir telah menentukan.Aku tidak kisah apa kata orang,biar pun mereka kata "wat apa nak sayang tinggalkan sek ni?" tp setiap orang tidak sama perasaanya.walaupun dengan gaji yang kecil,tapi aku gembira sangat diberi peluang untuk menimba ilmu perguruan disini.walaupun tidak seberapa tetapi sekurangnya aku puas.

Aku pasrah akhirnya,bila ku memikirkan keadaan abah yang sakit,emak yang semakin hari semakin berusia,takkan aku harus terus membiarkan emak ku bekerja?oh tidak sama sekali,aku redha sekiranya aku terpaksa meninggalaknnya.Bila aku memilih jalan ini aku rasa berat untuk tanggung mereka.tp dengan adanya peluanga yang lebih cerah aku harus akur jua.aku tidak akan biarkan emak terusan bekerja untuk kami sekeluarga.biarlah aku yang mengambil alih semua tugas2 mencari rezeki ini.cukuplah selama ini mereka menanggungku.takkan hanya abah dan emak aku tidak mmpu untuk menanggung mereka.sungguh kejam aku sekiranya aku berkelakuan begitu.

Aku pasrah dan redha dengan takdir ILAHI.setiap yang diberi pasti ada kenikmatan yang akan dapat kita rasinya.tapi kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri.Ya ALLAH, jadikanlah aku antara golongan orang2 yang sabar dan redha dengan ketentuanMU.
Kadang2 aku mendengar emak mengeluh,mengenangkan nasib yang menimpanya.bayangkanlah emak kena tanggung beban yang aku kira besar jugak.tiap2 bulan emak akan bayar duit kereta sebanyak RM1400.kalau tak betul2 memang tidak mmpu.aku selalu cakap ngan mak,walaupun mak rasa berat nak tanggung semua ni ,tapi kitadapat tempuh jugakan mak?mak aku terdiam memikirkan ada betulnya apa yang aku cakapkan.

"kini aku pasrah dengan segalanya,
kepedihan ini masih terasa
apakah salahku apakah dosaku
Tuhan berilaku petujukMu
Dan redha dengan kehendakMU "

Aku akan pastikan yang aku tidakpentingkan diri aku sendiri.aku akan utamakan keluarga dari kehidupan aku sendiri.orang hanya mmpu bercakap,tp kita yang menanggungnya.

Sunday, September 07, 2008

SALAM RAMADAN


SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.SEMOGA RAMADAN KALI INI MEMBERI BERIBU KEBERKATAN DIDALAM HIDUP KITA.JADIKAN BULAN YANG MULIA INI SATU BULAN YANG PENUH KEINSAFAN.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, May 18, 2008

SeLaMaT HaRi GuRu





selamat hari guru kepada semua guru dimalaysia.
jasa kalian akan dikenang sepanjang hayat.
tnpa kalian siapala kami.
terima kasih guru...

Sunday, May 11, 2008

SeLaMaT HaRi Ibu



Ibu Ibu engkaula ratu hati ku
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu
Ibu Ibu engkaulah ratu hatiku

Saturday, May 10, 2008

Kenangan Abadi

4 IMAM THOBARI

Cerianyer...cikgu tak der ker????


ni iklan gigi ker?????????

2 IMAM MALIKI

syukran ya ustazah


Rajinnye belajar

ASSALAMUALAIKUM

Kembali semula setelah lama menyepi.Maafkan saya seandainya saya sudah lama tidah menulis apa2 didalam blog sy ini.Dengan masa yg tidak mengizinkan saya berbuat sedemikian.Kalau sebelum ni saya masih belajar masa tidak banyak yg terluang.tapi sekarang saya sudah berada dialam pekerjaan yg menyebabkan segala aktiviti saya selama ni terbengkalai.Sekarang ni saya akan cuba untuk kembali semula.berkongsi apa yg patut,dan apa yg saya ader.

Wednesday, September 12, 2007

KEKOSONGAN JAWATAN



A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
(yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada bila-
bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada orang-
orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya
apabila jenazah seseorang itu
diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah kasut) orang- orang
yang menghantarnya ke kubur pada saat
mereka meninggalkan tempat itu. Jika
mayat itu seorang muslim, maka solat
yang dilakukannya ketika beliau masih
hidup di dunia akan diletakkan di
kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan
di sebelah kirinya dan amalan
kebajikan daripada
sedekah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan di
hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat: dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kiri, maka zakat berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka
malaikat berkata kepadanya: Duduklah
kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam,
lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak sembahyang. Maka
berkata malaikat: Sesungguhnya engkau
akan mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki Muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya? Maka berkata mayat
itu: Laki- laki itu ialah Nabi
Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa
nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu
juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula
di akhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka
dikata padanya itulah tempat kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu
akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas
70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat
dari semua aras (kepala, kanan, kiri
dan hujung kaki).!

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm
temuduga ini....

Saturday, September 08, 2007

Apa pandangan anda ttg wanita menjadi hakim syarie

Rasional lantik hakim syarie wanita

Perbincangan mengenai pelantikan wanita Islam sebagai
hakim di Mahkamah Syariah sekali lagi hangat
diperbahaskan.

Dalam resolusi Seminar Wanita Muslim Meniti Perubahan
(Muslim Women in the Midst of Change) anjuran Forum
Profesional Malaysia (MPF) baru-baru ini, ada saranan
agar keputusan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang
mengharuskan wanita Islam menjadi hakim di Mahkamah
Syariah hendaklah dilaksanakan dengan segera.

Pandangan ini diutarakan oleh Dekan Kuliyyah Ahmad
Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, dan turut disokong oleh
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan Pengarah
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Prof. Datuk
Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid.

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan harus wanita Islam
menjadi hakim di Mahkamah Syariah dengan syarat
memiliki kebolehan, kewibawaan, kelayakan dan
pengalaman luas dan tidak pula mengadili kes-kes hudud
dan qisas (keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 6 April
2006).

Sebenarnya, Malaysia agak ketinggalan dalam hal ini
walaupun kita jauh ke hadapan dalam sistem kewangan
dan perbankan Islam. Malaysia yang dianggap oleh dunia
Islam sebagai negara contoh tidak menunjukkan
‘teladan’ yang baik dalam pelantikan wanita Islam
sebagai hakim di Mahkamah Syariah. Negara-negara Islam
jiran seperti Indonesia dan Brunei telah pun
melaksanakan ketetapan ini. Ia juga telah dilaksanakan
di negara-negara Islam lain seperti Mesir, Maghribi,
Sudan dan Pakistan.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk
memaksa negeri-negeri menerima fatwa yang
dikeluarkannya kerana seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan, urusan hal ehwal mengenai
undang-undang Islam adalah terletak secara eksklusif
di tangan kerajaan-kerajaan negeri. Setiap negeri
mempunyai Jawatankuasa Fatwa masing-masing dan fatwa
yang dikeluarkan setelah diwartakan hanya berkuat
kuasa di negeri berkenaan sahaja. Ini termasuk dalam
persoalan pelantikan wanita Islam sebagai hakim di
Mahkamah Syariah.

Sesungguhnya, ulama berbeza pendapat mengenai perkara
ini. Dua pandangan yang bertentangan menyebabkan
sesetengah negeri sukar membuat keputusan. Apatah
lagi, pandangan yang mengharamkannya pula datang
daripada mazhab Syafie yang menjadi mazhab dominan di
negara ini.

Sebenarnya, pandangan yang mensyaratkan lelaki sebagai
hakim di mahkamah disokong oleh fuqaha dari mazhab
Syafie, Hanbali dan Maliki. Mereka berhujah kepada
beberapa dalil al-Quran, antaranya:

* “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita).”
(al-Nisa:34)

* “Dan kaum lelaki itu mempunyai satu tingkat
kelebihan berbanding kaum wanita” (al-Baqarah: 228).

Mereka juga merujuk kepada satu hadis yang bermaksud:
“Tidak sesekali akan berjaya sesuatu kaum yang
melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasa’i dan Ahmad
dari Abu Bakrah).

Para ulama yang menyokong pandangan ini berhujah
bahawa lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal
berbanding dengan wanita. Justeru, bagi mereka,
pelantikan wanita sebagai hakim akan membawa kepada
kerosakan.

Melantik

Tetapi mazhab Hanafi mengharuskan pelantikan wanita
sebagai hakim kecuali dalam kes-kes hudud dan qisas.
Mereka menolak dalil-dalil yang dikemukakan oleh
majoriti. Dalil al-Quran yang menyatakan “kaum lelaki
adalah pemimpin bagi kaum wanita” sebenarnya
dikhususkan dalam urusan hal ehwal rumah tangga, dan
tidak lebih dari itu.

Justeru, kepimpinan lain adalah diharuskan. Golongan
Hanafi juga menolak hadis “Tidak sesekali akan berjaya
mana-mana kaum melantik wanita mengendalikan urusan
mereka”. Terdapat tiga alasan utama yang menyebabkan
mereka menolak hadis ini:

* Ia hanya melibatkan larangan melantik wanita sebagai
Imam Al-Uzma dan tidak kepada jawatan-jawatan lain.

* Hadis tersbut adalah hadis Ahad yang bersifat zanni;
dan

* Ia merujuk khusus kepada jawapan oleh Nabi Muhammad
s.a.w terhadap pelantikan Raja Parsi yang melantik
anak perempuannya sebagai pengganti.

Dalam suasana yang berbeza dengan zaman dahulu,
seharusnya pandangan mazhab Hanafi diterima pakai. Ini
disokong oleh Imam-imam lain seperti Ibn Jarir
Al-Tabari dan Hassan Al-Basri. Hujah mereka ialah
kalau wanita boleh dilantik menjadi mufti, maka
melantik mereka ke jawatan hakim juga adalah patut.

Ini berdasarkan amalan yang pernah dibuat oleh Nabi
Muhammad s.a.w sendiri di mana Baginda pernah melantik
seorang wanita bernama Samra’ binti Nuhaik al-Asadiah
sebagai Muhtasibah (jawatan dalam Hisbah) di Mekah.
Jawatan ini merupakan salah satu cabang dari hakim.

Ini ditambahkan pula dengan pelantikan Al-Syifa’ Abi
Sulaiman sebagai Muhtasibah di pasar Madinah semasa
zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Tambahan pula,
mengikut pendapat Ibn Jarir, tugas hakim ialah untuk
melaksanakan keadilan dan keadilan boleh dilaksana
oleh lelaki atau wanita.

Justeru, beliau menolak hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Bakrah bahawa sesuatu kaum itu tidak akan berjaya
kalau pemimpinnya dilantik daripada kalangan wanita.
Ini kerana, larangan dalam hadis itu hanyalah untuk
jawatan khalifah.

Pandangan-pandangan yang mengharuskan wanita dilantik
sebagai hakim turut dikongsi oleh Ibn Hazm
Al-Zahiriyyah, Ibn Al-Qayyim dan beberapa ulama
kontemporari seperti Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi,
Syeikh Rashid Al-Ganushi, Allahyarham Dr. Zaki Badawi
dan lain-lain.

Menurut Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Jabatan
Syariah, UKM, terdapat banyak rasional dalam
mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim,
antaranya:

* Memandangkan kes-kes yang terlibat di Mahkamah
Syariah hanya dalam kategori mal dan kesalahan ta’zir;

* Hakim sekarang tidak memerlukan ijtihad yang berat
seperti dahulu;

* Majoriti pelanggan Mahkamah Syariah terdiri daripada
wanita;

* Kehadiran wanita di mahkamah tidak mengaibkan
golongan lelaki; dan

* Terdapat wanita yang dilantik sebagai peguam.

Dalam muzakarah pakar yang dianjurkan oleh Jabatan
Mufti Selangor tahun lalu (16 November 2006), para
hadirin telah melihat hujah-hujah yang dikemukakan
oleh para pembentang. Ada yang menyokong supaya wanita
dilantik sebagai hakim di Mahkamah Syariah dan ada
yang menentang. Datuk Md. Salleh Md.@ Ahmad, (UIAM)
tidak bersetuju dengan pelantikan wanita sebagai hakim
melihat kepada hujah-hujah yang dikemukakan di atas.
Datuk Syeikh Ghazali Abdul Rahman (JKSM) pula
nampaknya berhati-hati dalam membuat keputusan,
manakala Dr. Siti Zalikhah menyokong penuh pandangan
yang mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim di
Mahkamah Syariah.

Pandangan majoriti yang menyatakan terdapat ijmak
ulama bahawa wanita tidak boleh dilantik sebagai hakim
sebenarnya tidak tepat. Ini kerana pada pengamatan
penulis, pandangan yang menyatakan haram adalah
pendapat jumhur. Pandangan minoriti termasuk daripada
mazhab Hanafi, Ibn Jarir Al-Tabari, Ibn Hazm dan Ibn
Qayyim serta ulama kontemporari seperti Syeikh Dr.
Yusof Al-Qardhawi dan Rashid Al-Ghanushi tidak boleh
ditolak begitu sahaja.

Pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah
tidak bertentangan dengan hukum syarak. Ini
lebih-lebih lagi melihat kedudukan bidang kuasa dan
peruntukan terhad yang diberikan kepada Mahkamah
Syariah yang tidak boleh menjatuhkan hukuman hudud dan
qisas.

Mengambil pendekatan golongan minoriti bukanlah suatu
yang asing dan pelik dalam Fiqh. Tambahan pula,
walaupun pandangan mazhab Syafi’i merupakan pandangan
dominan di Malaysia, terdapat beberapa amalan yang
diambil daripada mazhab Hanafi seperti pembayaran
zakat fitrah dengan menggunakan wang menggantikan
beras setelah mengambil kira faktor maslahah dan
peredaran zaman.

– DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL,

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU),

Universiti Teknologi Mara, (UiTM).

Monday, September 03, 2007

Cara pelaksanaan haji Tamattu’


Jemaah boleh pilih jenis ibadat sesuai berasas kepada keadaan, kesanggupan

TIGA jenis haji dibolehkan kita memilihnya sesuai dengan keadaan dan kesanggupan kita yang berbeza-beza iaitu haji Tamattu', haji Ifrad dan haji Qiran.

Haji Tamattu’ bermaksud mengerjakan umrah pada bulan haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dengan umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun hijrah yang sama, ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal ibadat berkaitan dengan haji.

Sebahagian besar jemaah haji Malaysia memilih cara ini kerana tidak lama berada dalam ihram, khususnya bagi mereka yang uzur atau berlepas dengan penerbangan awal.

Cara pelaksanaan haji Tamattu' terbahagi dua bahagian iaitu cara pelaksanaan ibadat umrah dan cara pelaksanaan ibadat haji.

Cara pelaksanaan ibadat umrah:
• Sebelum berniat ihram, adalah disunatkan mandi sunat ihram dengan niat, “Saja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala.”


• Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya dua helai kain lepas yang tidak bersarung seperti seluar, baju dan sebagainya dan disunatkan berwarna putih. Bagi wanita pula hendaklah menutupi semua badan kecuali muka dan tangan.
• Sebelum berniat ihram, disunatkan mendirikan solat sunat ihram dua rakaat dan berdoa semoga Allah menerima ibadat umrah dan mempermudahkan urusannya.
• Berniat ihram umrah sebagai rukun umrah pertama. Lafaz niatnya “Saja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”
• Niat ihram itu hendaklah dilakukan di miqat atau sebelumnya (wajib umrah). Bagi jemaah haji Malaysia ada dua miqat yang berkaitan iaitu Qanul Manazil, bagi mereka yang menaiki penerbangan ke Jeddah dan terus ke Makkah, atau Bi'r Ali bagi mereka yang perjalanannya ke Madinah dulu.
• Sebaik saja selesai niat ihram, maka diwajibkan menjaga larangan ketika dalam ihram sehingga bertahallul.
• Disunatkan bertalbiah mulai selepas niat ihram sehingga memulakan tawaf.
• Hendaklah melakukan tawaf iaitu mengelilingi Kaabah tujuh keliling. Ini rukun umrah kedua.
• Selepas selesai melakukan tawaf dengan sempurna, maka hendaklah melakukan sa'ie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali sebagai rukun umrah ketiga.
• Bercukur atau bergunting sebagai rukun umrah keempat hendaklah dilakukan selepas selesai melaksanakan sa'ie dengan sempurna. Apabila selesai bercukur atau bergunting, maka terhasil tahallul, yakni bebas daripada semua larangan ketika dalam ihram.
• Melaksanakan susunan rukun umrah secara berturutan seperti di atas, bererti sudah melaksanakan tertib sebagai rukun umrah yang kelima.

Sementara menunggu hari wukuf, jemaah haji eloklah buat amalan sunat seperti mengerjakan umrah, tawaf sunat, solat berjemaah di Masjidil Haram mengikut kemampuan.

Cara pelaksanaan ibadat haji. Apabila sampai masa untuk mengerjakan haji iaitu biasanya pada 8 Zulhijjah, maka jemaah yang mengerjakan haji Tamattu' mengadakan persiapan untuk berihram haji. Pelaksanaannya seperti berikut:
• Sebelum berniat ihram, adalah disunatkan mandi sunat ihram dengan niat, “Saja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala.”
• Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, sekurang-kurangnya dua helai kain lepas yang tidak bersarung dan disunatkan berwarna putih. Bagi wanita pula hendaklah menutupi semua badan kecuali muka dan tangan.
• Sebelum berniat ihram, disunatkan mendirikan solat sunat ihram dua rakaat dan berdoa semoga Allah menerima ibadat dan mempermudahkan urusan.
• Berniat ihram haji adalah rukun haji. Lafaz niatnya, “Saja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.”
• Niat ihram itu hendaklah dilakukan di miqat sebagai wajib haji, iaitu di hotelnya atau Tanah Haram Makkah.
• Sebaik saja selesai niat ihram, maka diwajibkan menjaga larangan ketika dalam ihram sehinggalah selesai bertahallul (wajib Haji).
• Disunatkan bertalbiah mulai selepas niat ihram sehingga bertahallul awal.
• Wukuf adalah rukun haji yang dilakukan selepas niat ihram iaitu berada di bumi Arafah walaupun sekejap selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga fajar 10 Zulhijjah.
• Selepas selesai wukuf, jemaah bergerak menuju Muzdalifah untuk tujuan bermabit di Muzdalifah (wajib haji) dan disunatkan mengutip anak batu.
• Melontar Jamrah al-Kubra dilakukan selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah (Wajib Haji).
• Bercukur atau bergunting sebagai rukun haji dan boleh dilakukan bermula selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah.
• Selepas melaksanakan lontaran Jamrah al-Kubra dan bercukur atau bergunting, maka terhasil tahallul awal, iaitu bebas sepuluh perkara larangan ketika ihram dan yang masih menjadi larangan ialah perkara berkaitan dengan hubungan jenis dan nikah kahwin.
• Mabit (bermalam) di Mina wajib dilaksanakan pada malam 11 dan 12 Zulhijjah bagi jemaah yang memilih Nafar Awal. Manakala jemaah yang memilih Nafar Thani adalah wajib mabit di Mina pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah (wajib haji).
• Melontar Jamrah al-Sughra, Jamrah al-Wusta dan Jamrah al-Kubra adalah wajib dilaksanakan pada 11 dan 12 Zulhijjah bagi jemaah yang memilih Nafar Awal. Manakala jemaah yang memilih Nafar Thani adalah wajib melontar ketiga-tiga jamrah tadi pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (wajib haji).
• Tawaf rukun haji hendaklah dilakukan bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah.
• Sa'ie sebagai rukun haji hendaklah dilakukan selepas tawaf haji
• Apabila sudah melakukan lontaran Jamrah al-Kubra, bercukur atau bergunting dan sudah selesai tawaf dan sa'ie, maka berhasil tahallul thani iaitu bebas daripada semua larangan ketika dalam ihram.

Mengenai tertib dalam melaksanakan rukun haji, ada banyak pilihan yang boleh disemak dalam penulisan berkaitan dengan rukun haji. Dengan terlaksananya semua perkara di atas, maka sempurnalah haji Tamattu'.

Penulis ialah pengkursus ibadat haji Lembaga Tabung Haji

Saturday, September 01, 2007

Bincang puasa

soalan : Adakah harus bagi seseorang yang berpuasa untuk mandi laut?Adakah dengan mandi laut akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal?

Jawapan : Sheikh Husnain Mohd Makhluf .

Mandi dilaut atau mandi air biasa untuk menyejukan badan ataupun berkelubung mengunakan kain yang basah tidak membatalkan puasa,meskipun ia dapat merasakan kesejukan air tersebut pada dalaman badanya.

Dan Imam Abu Yusof telah memfatwakan membasahkan diri dgn air sewaktu berpuasa tidak makruh bersandarkan apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Nabi S.A.W pernah mencurahkan air keatas kepalanya walhal nabi dalam keadaan berpuasa menahan dahaga dan kepanasan.

Ibnu Umar juga pernah membasahkan kainya dan berselubung dengan mengunakan kain tersebut,dan beliau berpuasa pada waktu itu, kerana perkara tersebut akan mendatangkan kesenangan dalam menunaikan puasa dan dapat menolak kepayahan yang tabi'i.

Dan sekiranya air itu memasuki kedalam tubuh melalui liang-liang rongga ia tidak memberikan apa-apa kesan terhadap puasa seseorang,ini kerana ia hanya akan terbatal sekiranya air memasuki melalui saluran-saluran(mulut,hidung dan yang sewaktu dgnya) sahaja.

Imam Abu hanifah telah memakruhkan perkara tersebut kerana ia menzahirkan kelemahan dalam mengibaratkan kelemahan itu bukan kerana ia membatalkan.

sumber Hadieislam.

Tuesday, August 28, 2007

Ajaran sesat

Ajaran sesat yang datang dalam pelbagai bentuk dan gaya, malah berselindung di sebalik nama tertentu melambangkan keislaman menjadi satu ancaman besar kepada umat Islam.Sesetengahnya menggunakan nama aliran tarikat dan kumpulan zikir, membuatkan ramai orang terkeliru dan terpengaruh, malah menjadi taksub dengan segala yang dibawa oleh ketua mereka.

Tetapi hakikatnya fahaman dibawa golongan sesat bertentangan dengan akidah dan syariat Islam, malah jauh tersasar daripada anjuran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.Walau pun penampilannya dengan pelbagai rupa dan nama, sesuatu ajaran itu boleh dikenali sebagai sesat dengan melihat kepada beberapa kriteria yang jelas menyeleweng, antaranya:

* Dakwaan Allah menjelma dalam diri guru atau seseorang.

* Dakwaan guru mereka sebagai nabi atau malaikat.

* Mengamalkan nikah batin.

* Dakwaan guru mereka memegang kunci pintu syurga dan pengikut mereka saja dijamin syurga.

* Mendakwa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang atau harta.

* Percaya guru mereka menerima wahyu.

* Syeikh atau guru mendakwa mempunyai mukjizat.

* Mengaku mengetahui perkara ghaib.

* Meninggalkan solat Jumaat kerana mengamalkan suluk (mengasingkan diri di tempat tertentu seperti gua atau bukit.

* Mendakwa ajaran dibawa mereka diambil terus dari Rasulullah s.a.w secara jaga.

* Dakwa mampu berbicara dengan Rasulullah bagi menyelesaikan masalah semasa.

Sesetengahnya berselindung dengan amalan berzikir tetapi yang sebenarnya lain pula diucapkan dan dilakukan. Malah, niat mereka juga lain. Jika tidak mengapa perlu berzikir di dalam gelap, malah ada pula bercampur bebas lelaki dan wanita.
Mereka mendakwa berzikir, tetapi mereka sendiri tidak mengerti maksud dan hakikat zikir, jelas menunjukkan kejahilan mereka. Tetapi anehnya, masih ada yang terkeliru dan terpengaruh, lalu menjadi pengikut setia.Ada pula yang berpegang solat hanya kepada niat, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, malah menyerahkan diri sepenuh jiwa raga kepada guru melalui nikah batin, semuanya bertentangan dengan syariat.

Kumpulan ajaran sesat sekiranya tidak dibasmi boleh meruntuhkan kerukunan beragama dalam masyarakat, malah secara tidak langsung merobek imej Islam itu sendiri, sebagai satu agama murni dan jalan hidup paling ideal.Menyedari bahaya ancaman terbabit, umat Islam seharusnya sentiasa berwaspada sepanjang masa, terutama apabila berdepan dengan dakwaan mengelirukan sesetengah pihak, kononnya merekalah yang terbaik dan paling selamat.

Allah mengingatkan kepada hamba-Nya agar sentiasa berpegang teguh dengan agamanya iaitu Islam melalui firman-nya dalam al-Quran surah an-An'am ayat 153, maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.”
Umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah, memahami kandungannya serta melipat gandakan usaha dakwah dengan menekankan aspek pengukuhan akidah, menjaga sahsiah diri dan mematuhi segala yang disyariatkan.

Saturday, August 25, 2007

Pengertian Bulan Islam



1. Muharram ertinya yang "diharamkan' atau 'dipantangkan' kerana dalam
bulan ini dilarang dari menumpahkan darah. Larangan ini berjalan terus
sampai datangnya permulaan Islam yang telah membatalkannya.

2. Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki
bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang,
berniaga,
mengembara dan sebagainya.

3. Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'. Dalam bulan ini semua
lelaki
yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di
rumah
masing-masing.

4. Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'. Dalam bulan ini semua
lelaki
yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di
rumah
masing-masing.

5. Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'. Dalam bulan ini orang
Arab
zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah
dan
tasik menjadi kering.

6. Jamadilakhir ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan' .
Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang
penghabisan atau yang terakhir.

7. Rejab ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini
dengan 4 cara iaitu,
a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai
tanda
pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang
dan
malam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapi
tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan
Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan
ini
juga telah dibatalkan.

8. Syaaban ertinya 'berserak-serak' . Dalam bulan ini orang Arab zaman
dahuku akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk
mencari air
disebabkan oleh kekeringan. Dinamakan juga berserak untuk mencari
kebajikan.

9. Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'. Cuaca dalam bulan
ini di
Jazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan
kaki
tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur. Sabda Rasulullah, "
bulan ini
juga dapat membakar dosa-dosa lalu".

10. Syawal ertinya 'naik'. Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki
unta dan
ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan ini
tidaklah berlaku sedemikian.

11. Zulkaedah erti 'yang empunya duduk'. Dalam bulan ini semua orang
lelaki
akan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir atau
mengembara.

12. Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'. Dalam bulan ini semua umat
manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi
Adam
sehinggalah sekarang.

Thursday, August 23, 2007

نشفش2

نحن قوم أعزنا الله بالاسلام، فإن ابتغينا العزة فى غيره أذلنا الله

Tanpa kedukaan / kesukaran hidup, kita tidak dapat mengenali kemanisan hidup - No pain, no glory, bak pepatah Inggeris. Ianya anak tangga untuk mengenali keimanan diri, wallahualam

sekadar pengajaran

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu tlh mncuba sdya upaya.. Bila tangisanmu brpnjgn dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. Bila kau telah mencuba segalanya ttp msh xbrhasil.. ALLAH mgmplkn segalanya utk satu saat yang xtrduga.. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu utk krniakn kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. ..

Mghindari kegelisahan - "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain. Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu. Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."- Abdullah ibnu Masu'd

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.LEMBU : eh? kenapa? ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak. ANJING: Wah.. ayat ko memang power la

Friday, August 17, 2007

haram menikahi wanita musyrik

Sayid Qutub berkata: Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan
yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan
di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan
penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua
manusia itu.

Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan
titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk
mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu
akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling
mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.

Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan
perasaan-perasaanny a, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang
menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

Firman Allah: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-
perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama
Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu
lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya
menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan
Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman
(memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang
beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun
keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-
orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga
dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-
ayat-Nya (keterangan- keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia,
supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya) . (Al-Baqarah:
221)

Firman Allah s.w.t: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-
perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama
Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu
lebih baik daripada perempuan kafir musyrik.

Mengikut pandangan ulama tafsir ayat ini diturunkan kepada seorang
sahabat Nabi yang bernama Marsad bin Abi Marsad yang diutuskan oleh
Rasulullah ke Mekah. Kemudian beliau bertemu dengan seorang
perempuan musyrik yang rupawan yang bernama Anaq sehinggalah apabila
beliau meminta izin kepada Rasulullah untuk berkahwin dengannya yang
musyrik itu lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat ibn Abbas.

Pendapat kedua menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah memukul hamba
perempuannya sedangkan beliau seorang yang rajin solat, puasa dan
lain-lain. Akhirnya Abdullah mengadu kepada Rasulullah dan
Rasulullah bersabda: "Hai Abdullah! Ini perempuan Mukmin".

Akhirnya Abdullah berkata, demi yang membangkit kamu dengan
kebenaran aku akan merdekakannya dan kahwinkannya menyebabkan orang
Islam menghinanya. Lantas turun ayat ini seperti yang diriwayatkan
oleh al-Suddi.

Firman Allah s.w.t: Sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Terdapat
dua pandangan:

Pertama: Dengan sebab cantik dan jelitanya.

Kedua: Dengan sebab keturunannya.

Firman Allah s.w.t: Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-
perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka
beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki
yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun
keadaannya menarik hati kamu.

Al-Sonhaji berkata: Ayat ini pula ditujukan kepada orang yang
menjadi wali kepada perempuan di dalam akad nikah. Adalah dilarang
menikahkan perempuan-perempuan Islam kepada orang-orang musyrik,
sehingga mereka mereka itu beriman. Dan mengahwinkannya kepada
seorang hamba yang Mukmin lebih baik di sisi Allah daripada
mengahwinkannya kepada seorang merdeka tetapi musyrik (kafir)
walaupun ia berkelebihan kerana hartanya, berbangsa, atau elok
rupanya atau apa jua pun keistimewaannya yang ada padanya, tidak
dapat menandingi seorang hamba yang Mukmin di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t: (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir
itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi
keampunan dengan izin-Nya.

Ini kerana orang musyrikin sifatnya sentiasa mengajak ke arah neraka
sama ada dari segi perkataan atau perbuatan apatah lagi dengan sebab
hubungan kekeluargaan hubungan suami isteri yang memberi kesan yang
besar. Sebaliknya Allah menyeru orang yang beriman ke arah syurga
dan juga keampunan dengan izin dan taufik-Nya.

Firman Allah s.w.t: Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-
keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat
mengambil pelajaran (daripadanya) .

Al-Maghari berkata: Dia menjelaskan segala dalil pada hukum syariat
bagi manusia sehingga hikmah dan faedahnya. Mudah-mudahan mereka
mengambil iktibar.

Permasalahan Hukum

Apakah boleh mengahwini wanita musyrik dan ahli kitab?

Ibn al-Arabi berkata: Terdapat tiga pendapat tentang ayat tersebut:

Tidak harus melakukan akad nikah dengan wanita musyrik sama ada dia
ahli kitab atau bukan ahli kitab. Pendapat ini dikatakan oleh Umar
melalui salah satu riwayat yang dilaporkan daripadanya. Ia dipilih
oleh Imam Malik dan al-Syafie tetapi dengan syarat wanita itu
seorang hamba.

Yang dimaksudkan, ialah larangan menyetubuhi mereka yang tidak
mempunyai kitab seperti penganut agama Majusi dan orang Arab. Ini
adalah pendapat Qatadah.

Ayat ini dimansuhkan dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat
5 yang bermaksud: …dan juga perempuan-perempuan yang menjaga
kehormatannya dalam kalangan orang yang diberikan kitab dahulu
daripada kamu.

Al-Qadhi berkata: Kami belajar dengan Syeikh al-Imam Fakhrul Islam
Abu Bakar bin Muhammad bin Ahmad bin al-Hassan al-Syasyi di Madinah
al-Salam. Dia ada berkata: Abu Hanifah berhujah menunjukkan
kebenaran mengahwini hamba wanita ahli kitab dengan firman Allah
yang bermaksud: "…dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang
beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik".

Alasan pendalilannya ialah Allah memberikan pilihan berkahwin dengan
hamba wanita yang beriman atau hamba perempuan musyrik. Kalaulah
mengahwini hamba perempuan yang musyrik tidak diharuskan tentulah
Allah tidak memberi pilihan antara kedua-duanya. Ini kerana
pemilihan adalah bagi dua perkara yang harus, bukan antara yang
harus dan yang dilarang, dan bukan antara dua perkara yang
berlawanan.

Tidakkah anda memerhatikan bahawa anda tidak mungkin
mengatakan "madu lebih manis daripada cuka". Jawapan kepada
kenyataan ini daripada tiga sudut:

Adalah harus dibuat pilihan antara dua perkara yang berlawanan dari
segi bahasa dan plot al-Quran, kerana Allah menyebutkan dalam surah
al-Furqan, ayat 24 yang bermaksud: Ahli-ahli syurga pada hari itu
lebih baik tempat menetapnya, dan lebih elok tempat rehatnya.
Padahal ahli neraka tidak ada kebaikan langsung.

Dalam suratnya kepada Abu Musa, Umar r.a. menyebut, "Berpatah balik
kepada kebenaran lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan".

Allah berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya seorang hamba
lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik. Oleh
sebab itu tidak harus perempuan beriman berkahwin dengan hamba abdi
lelaki yang musyrik, maka begitulah juga tidak harus lelaki Muslim
berkahwin dengan wanita musyrik.

Hal ini disebabkan kalau satu bahagian ayat ini menunjukkan suatu
maksud maka bahagian yang satu lagi juga menunjukkan maksud yang
sama, kerana kedua-dua bahagian ini diterangkan oleh ayat berkaitan
satu perkara.

Firman Allah yang bermaksud: Dan hamba perempuan, yang dimaksudkan
bukanlah hamba abdi milik manusia, tetapi ia dimaksudkan sebagai
wanita keturunan Adam. Semua anak Adam adalah hamba Allah sama ada
lelaki atau perempuan. Pendapat ini dikatakan oleh Qadi Basrah Abu
Bakar al-Jurjani rahimahullah.

Dahulu pertumbuhan pertama kelompok Muslimin di Mekah pada mulanya
tidak membenarkan adanya perpisahan sosial dan tegas dari kaum
musyrikin seperti perpisahan dari akidah yang wujud di dalam jiwa
orang-orang Islam.

Ini disebabkan kedudukan sosial berasingan yang memerlukan kepada
masa dan kepada penyusunan yang beransur-ansur. Tetapi oleh sebab
Allah mahukan kelompok Muslimin mempunyai kedudukan yang merdeka di
kota Madinah, di mana ia mempunyai perbezaan keperibadian sosialnya
di samping mempunyai perbezaan keperibadian akidahnya, maka satu
penyusunan yang baru mula dibuat.

Ayat ini diturunkan bagi mengharamkan sebarang perkahwinan yang baru
di antara orang-orang Islam dan orang-orang musyrikin. Adapun
perkahwinan yang telah sedia wujud, maka perkahwinan itu terus
dikekalkan sehingga kepada tahun yang keenam Hijrah di mana turun di
Hudaibiah ayat dari surah al-Mumtahanah.

Iktibar Ayat

* Tidak boleh berkahwin dengan orang musyrik sama ada lelaki atau
perempuan.

* Kebaikan dan kelebihan seseorang bukan berdasarkan zahir semata-
mata, tetapi kepada iman dan takwa.

* Fungsi ayat Allah menjelaskan kepada manusia supaya mereka
mengambil peringatan dan iktibar.

Saturday, August 11, 2007

cerita lucu 2 (untuk hiburan sahaja)


Dialog dua hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.




CERITA AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.


Abang aku selalu buat

Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya...
setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah.
Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi.
Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah.
Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas
gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak
turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut
mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."

salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...




Don't Worry

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"



15)



3 Sekawan

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !





Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”